Bekas pekerja ladang dari Ladang Kamiri dan Ladang Changkat Salak mengadakan aksi protes di hadapan Pejabat Menteri Besar Perak untuk menggesa pada Kerajaan Negeri Perak supaya menyelesaikan masalah pemberian lot tanah perumahan yang tertangguh selama 12 tahun!
Menang kerana berani lawan! – 4 orang pengawal keselamatan hospital dipulihkan kerja selepas berprotes di Kementerian Kesihatan
Atas ketegasan dan kegigihan 4 orang pengawal keselamatan hospital yang berani lagi tegas dalam memperjuangkan hak mereka, akhirnya mereka berjaya dipulihkan kerja mereka selepas lebih 9 bulan diberhentikan kerja secara tidak adil.
(Galeri gambar) Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2023 di seluruh dunia
Sepintas lalu suasana sambutan Hari Pekerja 2023 di seluruh dunia…
Aksi sambutan Hari Pekerja 2023: Gaji bermaruah, jaminan makanan
Peserta-peserta aksi sambutan Hari Pekerja Sedunia 2023 yang berarak di Kuala Lumpur menyeru kepada kerajaan supaya memastikan semua pekerja dibayar gaji yang bermaruah dan pengeluar-pengeluar makanan harus dilindungi demi keterjaminan makanan untuk semua rakyat.
Rakyat bantah projek lebuh raya PJD Link!
Penduduk-penduduk kawasan Bandar Kinrara, Petaling Jaya dan Damansara membantah projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Penyuraian Trafik Petaling Jaya (PJD Link) yang hanya menguntungkan pihak pemaju dengan mengorbankan kelestarian kehidupan penduduk setempat.
(Galeri gambar) Bagaimana Hari Wanita Sedunia disambut pada tahun 2023?
Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 di merata tempat di dunia.
15 Februari 2003: Rakyat sedunia bangkit bantah perang imperialis
15 Februari 2003 ialah satu hari yang amat bersejarah dalam gerakan sosial sedunia apabila jutaan rakyat dari seluruh pelosok dunia turun beraksi di jalanan untuk menentang perang! (Rencana khas ulangtahun ke-20 aksi protes anti-perang antarabangsa yang terbesar dalam sejarah dunia.)
Perancis: Pekerja protes lagi untuk lawan serangan Macron ke atas pencen
Gelombang protes dan mogok melanda Perancis lagi untuk membantah rancangan Presiden Emmanuel Macron yang hendak meningkatkan umur persaraan dari 62 tahun kepada 64 tahun.
Masih tak dapat gaji minimum RM1,500: Kerajaan gagal bela pekerja B40
Walaupun gaji minimum RM1,500 sebulan telah mula berkuatkuasa pada bulan Mei 2022, tetapi selepas 9 bulan, masih adanya ramai pekerja yang diupah oleh kontraktor untuk bekerja di premis-premis kerajaan tidak dibayar dengan kadar gaji minimum terbaru ini. Sementara itu, wujudnya diskriminasi apabila kerajaan memanjangkan lagi tempoh pengecualian kepada majikan yang mengupah kurang daripada 5 orang pekerja dalam membayar gaji minimum RM1,500.
Peru: Rakyat miskin protes lawan rejim kudeta
Rakyat Peru berprotes untuk menuntut perletakan jawatan segera Dina Boluarte sebagai Presiden Peru, pembubaran Kongres Peru yang dikuasai oleh golongan berhaluan kanan, pilihan raya baharu dan pembentukan Perhimpunan Perlembagaan untuk mengubah Perlembagaan 1993 negara itu.
