KUALA LUMPUR - 4 DISEMBER 2019: Lebih 500 orang berprotes di hadapan bangunan Parlimen pada hari ini untuk menuntut pada Kerajaan Persekutuan supaya menggubal undang-undang yang menjamin hak perumahan masyarakat ladang di seluruh Malaysia. Aksi yang disertai oleh pekerja, bekas pekerja dan penduduk di lebih 30 buah ladang di seluruh Malaysia ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Sokongan … Continue reading Masyarakat ladang tuntut penggubalan akta perumahan
Pertempuran Seattle 1999 yang ganggu WTO: Perjuangan lawan neoliberalisme yang belum selesai
20 tahun dahulu, pada 30 November 1999, di bandar Seattle, Amerika Syarikat (AS), ketika Persidangan Peringkat Menteri Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) yang ke-3 dijadualkan untuk berlangsung mulai hari itu, jalan-jalan yang menuju ke Pusat Persidangan Negeri Washington (WSCC) telah disekat. Beberapa perarakan berlangsung pada hari itu, dengan membawa isu-isu masyarakat kepada perhatian umum ketika pemimpin-pemimpin … Continue reading Pertempuran Seattle 1999 yang ganggu WTO: Perjuangan lawan neoliberalisme yang belum selesai
Colombia: Rakyat bangkit untuk keamanan dan lawan neoliberalisme
Ketika benua Amerika Latin dilanda gelombang kebangkitan rakyat yang hebat dalam menentang kerajaan yang mengamalkan dasar neoliberal, negara Colombia dengan kerajaan yang sangat rapat dengan kuasa imperialis Amerika Syarikat beberapa dekad kebelakangan ini juga tidak ketinggalan. Pada 21 November 2019, mogok umum yang hebat telah melumpuhkan seluruh negara Colombia. Aksi mogok terbaru ini merupakan yang … Continue reading Colombia: Rakyat bangkit untuk keamanan dan lawan neoliberalisme
Hong Kong: Pemberontakan rakyat yang berterusan
Gelombang protes yang hebat telah melanda Hong Kong sejak hampir 6 bulan yang lalu, dan masih berterusan sehingga hari ini dan membawa masa depan yang tidak menentu kepada bandaraya yang menjad pusat kewangan antarabangsa ini. Protes yang bermula sebagai perarakan besar-besaran yang aman untuk menyuarakan bantahan terhadap rang undang-undang ekstradisi ke Tanah Besar China, telah berkembang kepada … Continue reading Hong Kong: Pemberontakan rakyat yang berterusan
Setahun sudah Gerakan Jaket Kuning
17 November 2019 menandakan ulangtahun pertama pencetusan gerakan “Jaket Kuning” (Gilet Jaunes) di Perancis. Lebih kurang 600 orang aktivis gerakan Jaket Kuning dari seluruh negara Perancis telah mengadakan satu perhimpunan baru-baru ini pada 1-3 November 2019 di bandar Montpelier, untuk membincangkan masa depan gerakan Jaket Kuning menjelang ulangtahun yang pertama untuk gerakan rakyat yang hebat … Continue reading Setahun sudah Gerakan Jaket Kuning
Masyarakat ladang akan protes di Parlimen
KUALA LUMPUR - 5 NOVEMBER 2019: Pekerja-pekerja ladang akan bermobilisasi ke Parlimen pada 3 Disember 2019 untuk menyampaikan tuntutan mereka kepada kerajaan supaya melaksanakan skim perumahan untuk pekerja ladang dan meningkatkan gaji untuk pekerja ladang. Pengumuman ini dibuat oleh Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) dalam satu sidang akhbar pada hari ini. “Kami berharap Menteri Sumber Manusia, … Continue reading Masyarakat ladang akan protes di Parlimen
“Nelayan bukannya tolak pembangunan, tetapi bantah kemusnahan yang dibuat atas nama pembangunan!” – Aksi Hari Solidariti Nelayan
GEORGETOWN, PULAU PINANG - 4 NOVEMBER 2019: Laungan slogan “Tolak tambak!”, “Hidup nelayan!” dan sebagainya telah menggegarkan Padang Kota Lama pada hari ini apabila ratusan orang berhimpun untuk menyatakan solidariti untuk nelayan-nelayan di negeri Pulau Pinang yang bakal terjejas oleh cadangan penambakan laut di bahagian selatan Pulau Pinang. Dataran Pidato di Padang Kota Lama dihiasi … Continue reading “Nelayan bukannya tolak pembangunan, tetapi bantah kemusnahan yang dibuat atas nama pembangunan!” – Aksi Hari Solidariti Nelayan
Oktober bergelora: Gelombang protes berterusan demi keadilan sosial
Bulan Oktober 2019 yang lalu, merupakan bulan yang penuh dengan gelombang kebangkitan rakyat di merata tempat di dunia. Dari Catalonia ke Haiti, dari Lubnan ke Chile dan Ecuador, rakyat turun ke jalanan dalam jumlah yang besar untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap ketidakadilan dan memperjuangkan masa hadapan yang lebih baik. Sama ada perjuangan untuk menentang keganasan … Continue reading Oktober bergelora: Gelombang protes berterusan demi keadilan sosial
Iraq: Momentum gelombang protes berterusan
Gelombang protes di Iraq sedang berterusan, dengan pusingan terbaru protes bermula lagi pada 24 Oktober 2019 apabila ribuan rakyat, kebanyakannya anak-anak muda, turun ke jalanan di seluruh negara Iraq untuk menuntut perubahan menyeluruh kepada sistem politik di situ. Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah dan university-universiti juga menyertai aksi protes. Demonstran mengadakan aksi duduk bantah di Dataran Tahrir … Continue reading Iraq: Momentum gelombang protes berterusan
Chile: Rakyat bangkit lawan neoliberalisme
Lebih 1 juta orang membanjiri ibu negara Chile, Santiago, pada 25 Oktober 2019, untuk memprotes terhadap dasar ekonomi neoliberal yang diamalkan oleh kerajaan pimpinan Presiden Sebastián Piñera yang berhaluan kanan. Gelombang protes yang melanda Chile sejak dua minggu kebelakangan ini, tercetus akibat daripada ketidakpuasan hati rakyat terhadap kenaikan tambang pengangkutan awam, kos sara hidup yang … Continue reading Chile: Rakyat bangkit lawan neoliberalisme
