Masyarakat Orang Asli bantah penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara

SHAH ALAM - 26 FEBRUARI 2020: Masyarakat Orang Asli dari Kuala Langat menyerahkan satu memorandum pada hari ini kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menyatakan bantahan mereka terhadap cadangan kerajaan untuk menyahwartakan Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Rombongan masyarakat Orang Asli lebih 200 orang yang menyerahkan memorandum di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, terdiri daripada … Continue reading Masyarakat Orang Asli bantah penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara

India: Samseng pelampau kanan mengganas di Delhi

Pertemuan antara dua orang pemimpin negara yang berhaluan kanan di dunia, telah “dimeriahkan” dengan keganasan samseng pelampau kanan yang mendukung ideologi yang dibawa oleh pemimpin berhaluan kanan tersebut. Ketika Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengadakan lawatannya ke negara India, kumpulan samseng yang berkaitan dengan Parti Bharatiya Janata (BJP), iaitu parti pemerintah di India yang dipimpin … Continue reading India: Samseng pelampau kanan mengganas di Delhi

Iraq: Wanita berprotes desak hentikan keganasan

Ribuan wanita Iraq turun berprotes dalam perarakan besar-besaran pada 13 Februari 2020, di bandar-bandar seperti Baghdad, Basra, Karbala, Najaf dan Nasiriyah, untuk membantah keganasan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan dan kumpulan militia bersenjata terhadap demonstran yang menyertai protes anti-kerajaan. Mereka yang berprotes juga mencabar “kod etika” yang diumum oleh Muqtada al-Sadr, seorang ulama mazhab Shia … Continue reading Iraq: Wanita berprotes desak hentikan keganasan

Jerman: Ketua Menteri Thüringen baru umum letak jawatan selepas sehari berkuasa

Hanya selepas 25 jam dipilih sebagai Presiden Menteri untuk negeri Thüringen di Jerman, Thomas Kemmerich daripada Parti Demokratik Bebas (FDP) mengumumkan bahawa dia akan meletak jawatannya, selepas mendapat tentangan hebat daripada masyarakat Jerman. Kemmerich membuat pengumuman itu selepas satu mesyuarat krisis dengan pemimpin parti FDP Christian Lindner pada 6 Februari 2020. Tindakan FDP yang hanya memperoleh 5% undi dan menguasai 5 … Continue reading Jerman: Ketua Menteri Thüringen baru umum letak jawatan selepas sehari berkuasa

Belgium: Pekerja beraksi pertahan perlindungan sosial

Lebih kurang 20,000 orang pekerja Belgium berarak dan berprotes di bandaraya Brussels, ibu negara Belgium, pada 28 Januari 2020, bersempena dengan aksi mogok nasional yang dianjurkan kesatuan sekerja untuk mempertahankan perlindungan sosial. Aksi massa ini dianjurkan oleh Persekutuan Umum Buruh Belgium (ABVV/FGTB), sebuah gabungan kesatuan sekerja sosialis di Belgium. Demonstran yang turun beraksi di jalanan … Continue reading Belgium: Pekerja beraksi pertahan perlindungan sosial

Iraq: Protes massa desak pengunduran tentera AS

Kemarahan rakyat terhadap pendudukan tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq telah ditunjukkan dalam aksi jalanan. Ratusan ribu orang rakyat Iraq berprotes di Baghdad pada 24 Januari 2020 untuk mendesak pengunduran tentera AS dari negara itu. Dua hari selepas itu, pada 26 Januari 2020, satu lagi aksi protes diadakan oleh pelajar-pelajar Iraq yang menuntut supaya menghentikan … Continue reading Iraq: Protes massa desak pengunduran tentera AS

Iran: Tragedi yang cetuskan semula protes rakyat

Pada 11 Januari 2020, Kerjaan Iran mengaku bahawa pesawat Penerbangan 752 Ukraine International Airlines yang terhempas pada 8 Januari 2020 adalah ditembak jatuh atas kesilapan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC). Pengakuan tersebut dibuat selepas tiga hari Kerajaan Iran cuba menafikan dakwaan bahawa pesawat yang terbang dari Tehran ke Kiev itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu. … Continue reading Iran: Tragedi yang cetuskan semula protes rakyat

Seruan rakyat Malaysia: Hentikan perang ke atas Iran

Kuala Lumpur - 10 Januari 2020: Satu aksi protes anti-perang telah diadakan pada hari ini di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, untuk menyuarakan bantahan rakyat Malaysia terhadap ancaman perang oleh AS ke atas Iran dan Timur Tengah. Protes yang dipanggil oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam tempoh masa hanya satu hari ini telah … Continue reading Seruan rakyat Malaysia: Hentikan perang ke atas Iran

Hong Kong: Tahun Baru disambut dengan perarakan besar dan gas pemedih mata

Setelah hampir 7 bulan dilanda gelombang protes yang terbesar dalam sejarah Hong Kong, nampaknya momentum perjuangan masih kuat lagi apabila melangkah masuk ke tahun 2020. Sejurus melepasi jam 12 malam memasuki 1 Januari, gas pemedih mata yang pertama untuk tahun 2020 ditembak oleh polis Hong Kong di Mongkok ketika menyuraikan demonstran di situ. Sebelum itu, … Continue reading Hong Kong: Tahun Baru disambut dengan perarakan besar dan gas pemedih mata

Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)

Tahun 2019 merupakan satu tahun yang penuh dengan perjuangan. Dari awal tahun hingga ke akhir tahun, dari benua Afrika ke Asia dan Amerika Latin, rakyat turun beramai-ramai ke jalanan untuk berprotes, ada yang berjaya menjatuhkan rejim bersifat kediktatoran, ada yang berjaya memaksa kerajaan yang memerintah membatalkan dasar anti-rakyat yang cuba dibawanya, ada yang masih bertahan … Continue reading Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)