Petani Chepor diancam pengusiran

Sekumpulan petani yang bercucuk tanam di kawasan Chepor, Perak, menghadapi ancaman pengusiran apabila sebuah syarikat pemaju menceroboh masuk ke tanah yang diusahakan mereka untuk melakukan kerja pengosongan tanah. Pengusiran telah diberhentikan sementara dan petani-petani yang terkesan sedang cuba berunding untuk mendapatkan penyelesaian yang adil.

Hak petani diancam oleh cadangan perlesenan kegiatan pemprosesan benih

Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) mengadakan satu sidang akhbar pada hari ini (6 April 2021) untuk menyuarakan kebimbangan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Benih Tumbuhan yang boleh meningkatkan harga benih dan memiskinkan petani. Berikut ialah kenyataan penuh FKMM: Forum Kedaulatan Makanan Malaysia khuatir kerana Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan membentangkan Rang Undang-Undang Kualiti … Continue reading Hak petani diancam oleh cadangan perlesenan kegiatan pemprosesan benih

Dua orang petani Mambang Diawan didakwa “menceroboh” tanah pemaju hartanah

KAMPAR: Dua orang petani di Mambang Diawan, Perak, yang sudah lama mengusahakan tanah pertanian, telah didakwa di Mahkamah Majistret Kampar pada 12 Mac 2021 atas pertuduhan aktiviti pertanian yang diusahakan mereka telah menceroboh tanah milik syarikat pemaju hartanah. Dua orang petani di Mambang Diawan ini ditangkap oleh polis dan ditahan semalaman di lokap Ibupejabat Polis … Continue reading Dua orang petani Mambang Diawan didakwa “menceroboh” tanah pemaju hartanah

India: Petani berarak dengan traktor untuk bantah dasar neoliberal Modi

26 Januari setiap tahun disambut di negara India sebagai Hari Republik. Hari Republik disambut untuk memperingati negara India menjadi sebuah republik yang baharu dan merdeka apabila Perlembagaan India mula berkuatkuasa pada 26 Januari 1950. 26 Januari dipilih sebagai Hari Republik juga kerana “Purna Swaraj” (Perisytiharan Kemerdekaan India) yang diisytihar oleh Kongres Nasional India pada 26 … Continue reading India: Petani berarak dengan traktor untuk bantah dasar neoliberal Modi

India: Petani bangkit lawan dasar kerajaan Modi yang anti-petani

Petani-petani di India telah mengadakan aksi protes yang berlarutan lebih 3 minggu untuk membantah undang-undang anti-petani yang dibawa oleh Kerajaan BJP pimpinan Narendra Modi. Ratusan ribu petani yang berprotes telah menduduki sekurang-kurangnya lima lebuhraya utama di kawasan pinggiran New Delhi, ibu negara India, dan bertekad untuk terus menduduki situ sehingga undang-undang baru yang menganiayai petani … Continue reading India: Petani bangkit lawan dasar kerajaan Modi yang anti-petani

India: 250 juta orang mogok lawan dasar neoliberal Modi

Negara India menyaksikan aksi mogok yang boleh dikatakan terbesar dalam sejarah pada 26 November 2020, dengan lebih 250 juta orang pekerja dan petani, bersama-sama dengan golongan pelajar dan masyarakat sivil, mengambil bahagian dalam mogok yang diadakan di seluruh negara itu. Aksi mogok nasional ini diadakan bersempena Hari Perlembagaan India, yang jatuh pada 26 November setiap … Continue reading India: 250 juta orang mogok lawan dasar neoliberal Modi