Protes berjaya hentikan lelong rumah keluarga mendiang Chandrasekar

Sebuah keluarga yang tinggal di Sungai Siput, Perak, mengadakan protes di hadapan ibupejabat Bank OCBC, dengan tuntutan supaya pihak bank menghentikan tindakan kejam yang melelongkan rumah mereka selepas kematian ketua isi rumah yang merupakan peminjam wang dengan bank itu. Proses pelelongan telah diberhentikan dan rumah mereka berjaya diselamatkan selepas protes ini.

Bekas pekerja Ladang Bukit Beruntung gesa Kerajaan Selangor ambil tanah dan bina rumah yang dijanjikan kepada mereka

Bekas pekerja Ladang Bukit Beruntung di Selangor, telah dijanjikan rumah sendiri sejak tahun 1991, tetapi ditipu oleh pemilik ladang, iaitu syarikat rospell Enterprise Sdn Bhd, yang enggan menunaikan janji membina rumah untuk mereka. Penduduk-penduduk Ladang Bukit Beruntung yang merupakan bekas pekerja di ladang tersebut, diusir keluar dari ladang itu untuk memberi laluan kepada pembangunan Bandar … Continue reading Bekas pekerja Ladang Bukit Beruntung gesa Kerajaan Selangor ambil tanah dan bina rumah yang dijanjikan kepada mereka