Brazil: Penempatan MST di Minas Gerais diusir secara ganas

Penduduk-penduduk di kem penempatan Quilombo Campo Grande kehilangan rumah dan tanah pertanian mereka pada 14 Ogos 2020, selepas melawan pengusiran paksa untuk selama hampir 60 jam. Kem Quilombo Campo Grande ialah sebuah penempatan keluarga-keluarga tanpa tanah yang didirikan oleh Gerakan Pekerja Luar Bandar Tanpa Tanah (Movimento dos Trabalhadores Rurais Sem Terra, MST) di negeri Minas Gerais, yang … Continue reading Brazil: Penempatan MST di Minas Gerais diusir secara ganas

Perancis: Mogok hebat paksa kerajaan berkompromi

Setelah aksi mogok umum yang berterusan untuk lebih 6 minggu di Perancis untuk menentang “pembaharuan” terhadap sistem pencen oleh Kerajaan pimpinan Presiden Emmanuel Macron, dan gas pemedih mata terus berterbangan di jalanan bandar besar seperti Paris, Kerajaan Perancis akhirnya terpaksa menawarkan kompromi dalam usahanya menghentikan perjuangan kelas pekerja yang sedang menggugat kekuasaan pemerintah Perancis ini. … Continue reading Perancis: Mogok hebat paksa kerajaan berkompromi

Revolusi China 1949

1 Oktober 2019 menandakan ulangtahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat China, hasil daripada perjuangan Revolusi China yang diterajui oleh Parti Komunis China. Bagi pendukung negara China hari ini, semestinya hari 1 Oktober disambut dengan meriahnya dengan niat mengagung-agungkan pencapaian “hebat” negara China di bawah pemerintahan Parti Komunis China dan “kebangkitan” negara China sebagai kuasa besar dunia; … Continue reading Revolusi China 1949

Nasib kelas pekerja dalam sistem kapitalis dan jalan keluarnya

oleh Cecilia Antonysamy  “Anak saya 3 orang – umur 15 tahun, 12 tahun, dan 2 tahun”, kata seorang bekas pekerja pembersihan sekolah yang diberhentikan kerja tempoh hari 31 Mei 2019 lalu. “Duit lampin bayi, duit beli susu dah berapa dah sebulan? Anak saya yang berumur 15 tahun akan menduduki PMR akhir tahun ini, terpaksa saya … Continue reading Nasib kelas pekerja dalam sistem kapitalis dan jalan keluarnya

Kapitalisme dan perkauman

Rasisme berkait rapat dengan kapitalisme, malah rasisme itu produk yang dihasilkan daripada kapitalisme dan berfungsi untuk memperkukuhkan sistem kapitalis. Rasisme ialah sejenis fahaman atau ideologi yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Rasisme ditunjukkan dalam prejudis terhadap sesuatu kaum yang lain dan tindakan yang bersifat diskriminasi atau pilih kasih berasaskan kaum. Kapitalisme pula merupakan sistem … Continue reading Kapitalisme dan perkauman

Adakah perjuangan kelas masih relevan hari ini?

“Segala sejarah masyarakat sehingga ke hari ini, adalah sejarah perjuangan kelas.” – Karl Marx & Friedrich Engel, Manifesto Komunis, 1848. Apa itu kelas? Kelas yang dimaksudkan di sini bukannya bilik darjah di mana guru mengajar murid-murid. Perjuangan kelas di sini juga bukan bermaksud pergaduhan dalam bilik darjah antara murid-murid ataupun guru bergaduh dengan murid-muridnya. Kelas … Continue reading Adakah perjuangan kelas masih relevan hari ini?

Perjuangan kelas dan pembebasan wanita

Tokoh-tokoh politik kiri pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, seperti Karl Marx, Friedrich Engels, Clara Zetkin, Rosa Luxemburg, V.I. Lenin, Alexandra Kollontai dan Leon Trotsky, telah memperkembangkan kerangka teori yang menghubungkaitkan perjuangan pembebasan wanita dengan perjuangan untuk membina sosialisme. Marx dan Engels menjejak punca penindasan ke atas wanita yang wujud pada peranan wanita dalam … Continue reading Perjuangan kelas dan pembebasan wanita

Perancis: “Jaket Kuning” hantui rejim Macron

Satu gelombang protes besar-besaran telah melanda Perancis, dengan ratusan ribu demonstran turun ke jalanraya dan mendirikan sekatan jalan, untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap kerajaan pimpinan Presiden Emmanuel Macron dan dasar-dasarnya yang anti-pekerja. Pertempuran hebat berlaku antara demonstran dengan polis di jalanan Paris, mencetuskan konflik jalanan yang paling ganas sejak peristiwa kebangkitan rakyat pada bulan Mei … Continue reading Perancis: “Jaket Kuning” hantui rejim Macron

Kelas

Kelas yang dimaksudkan di sini bukannya bilik darjah/dewan kuliah dengan guru/pensyarah yang mengajar anak murid/pelajar, tetapi kelompok masyarakat yang dibezakan mengikut status sosio-ekonomi mereka, ataupun kedudukan mereka dalam hubungan pengeluaran-pengagihan kekayaan sesuatu masyarakat. Dalam masyarakat primitif, di mana manusia yang hidup secara kelompok itu tiadanya hasil buruh lebihan (surplus), maka tidak perlu wujudnya pemisahan kerja … Continue reading Kelas