PRN Melaka: Tamparan kepada PH yang terima ahli politik katak

Walaupun BN menang 75% kerusi DUN Melaka, tetapi jika dilihat dari segi perolehan undi, ia hanya meraih 38.39% undi, sedikit lebih tinggi berbanding 37.84% undi yang diperolehinya dalam PRU-14 pada tahun 2018. Parti komponen dalam PN seperti BERSATU patutnya berasa kesal kerana tidak pro-aktif dalam mempercepatkan proses pembaharuan sistem pilihanraya yang merangkumi usaha untuk memperkenalkan sistem perwakilan berkadar.