Kertas yang dibentangkan oleh Dr. Jeyakumar Devaraj, Pengerusi Nasional PSM, dalam Kongres Nasional PSM, untuk menganalisis dinamik di sebalik fenomena “Gelombang Hijau”.
PRN 2023: Status quo kekal dan polarisasi undi berterusan
PRN 2023 menghasilkan keputusan yang mengekalkan kerajaan yang memerintah di negeri masing-masing, di mana semua gabungan politik yang memerintah menguasai majoriti dua pertiga di negeri masing-masing kecuali negeri Selangor.
Jangan bergantung pada politikus lagi – Beroganisasilah sekarang juga!
Sudah tiba masanya rakyat Malaysia menyedari bahawa kebergantungan kita terhadap ahli politik yang bercakap manis, tidak kira betapa progresifnya mereka kelihatan pada mulanya, adalah strategi yang gagal.
Jangan mengadu pasal puak kanan kalau kamu tak bangunkan kesedaran kelas
PH gemar menuding jari ke arah sesuatu jembalang politik untuk mempopularkan diri sendiri. Dalam PRU-14, mereka menggunakan BN sebagai alasan untuk bekerjasama dengan Mahathir. Kini, mereka menggunakan PAS sebagai alasan untuk bekerjasama dengan BN. Realitinya, PH dan semua orang progresif perlu faham bahawa tiada jalan pintas untuk menjatuhkan ancaman sayap kanan.
“KITA BOLEH” tukar naratif sesuka hati
Cara PH cuba menjustifikasi kerjasama dengan BN amat menjijikkan dan ia merupakan satu proses pembodohan rakyat Malaysia yang berketerlaluan. Tiba-tiba naratif tentang BN bertukar wajah 180 darjah dan kita harus menerimanya?
PRU-15: Penjajaran semula politik tanah air?
Pilihan Raya Umum ke-15 yang menyaksikan pertarungan sengit antara tiga gabungan parti politik yang utama menghasilkan keadaan parlimen tergantung untuk kali pertamanya dalam sejarah pilihan raya di negara kita. Tiada satu gabungan parti politik mendapat kerusi majoriti mudah dalam Dewan Rakyat.
PRN Johor: BN menang besar tanpa majoriti undi popular
Adalah jelas bahawa PRN Johor kali ini merupakan pertandingan antara tiga gabungan parti utama, iaitu BN, PH dan PN. Namun, oleh sebab sistem pengundian FPTP, BN muncul sebagai pemenang besar kerana undi yang menolak BN telah berpecah antara PH dan PN serta parti-parti kecil yang lain.
Pengajaran daripada PRN Melaka 2021
Kita sedang kekurangan negarawan yang dapat mengambil langkah untuk “mengeset semula” imbangan politik di dalam negara kita.
PRN Melaka: Tamparan kepada PH yang terima ahli politik katak
Walaupun BN menang 75% kerusi DUN Melaka, tetapi jika dilihat dari segi perolehan undi, ia hanya meraih 38.39% undi, sedikit lebih tinggi berbanding 37.84% undi yang diperolehinya dalam PRU-14 pada tahun 2018. Parti komponen dalam PN seperti BERSATU patutnya berasa kesal kerana tidak pro-aktif dalam mempercepatkan proses pembaharuan sistem pilihanraya yang merangkumi usaha untuk memperkenalkan sistem perwakilan berkadar.
Memorandum persefahaman Kerajaan-Pembangkang patut pertahan kebebasan media
Tiada sebarang desakan tentang kebebasan media yang merupakan alat utama untuk mendidik dan membina pemikiran kritis dalam kalangan masyarakat, yang terkandung dalam Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan selaku pembangkang utama dalam Parlimen.