PSM Perak buka Pusat Khidmat “Jumpa Rakyat”

Sebagai parti politik alternatif berjiwa rakyat yang sentiasa memperjuangkan hak rakyat, PSM Perak baru-baru ini telah membuat keputusan untuk berjumpa rakyat secara konsisten di Pejabat Negeri Perak bagi mendesak perubahan polisi dalam isu asas seperti tanah, kesihatan, perumahan, jaminan kerja dan alam sekitar.

Perampasan tanah pertanian di Perak: Kenapa murah hati pada pemaju tapi zalimi petani kecil?

“Kenapa Kerajaan Negeri Perak begitu murah hati pada pemaju swasta tetapi berlaku zalim terhadap petani kecil?” Ini ialah persoalan yang dibangkitkan oleh Dr. Jeyakumar Devaraj, Pengerusi Nasional PSM, dalam sidang akhbar khas untuk mendedahkan maklumat terperinci tentang isu perampasan tanah pertanian di negeri Perak yang menjejaskan punca pencarian golongan petani kecil dan mengancam jaminan makanan di negara kita.