Koleksi gambar-gambar hari ke-3 kempen PSM untuk PRU-15.
Bawani isytihar harta
Bawani KS, calon PSM untuk kawasan DUN N48 Ayer Kuning di Perak, mengisytihar hartanya kepada pengetahuan umum dan berikrar untuk tidak mempermainkan sentimen perkauman.
Selesaikan masalah perumahan rakyat segera – Seruan rakyat sempena Hari Habitat Sedunia
Bersempena Hari Habitat Sedunia, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Gabungan Marhaen mengadakan aksi protes serentak di Ipoh dan Shah Alam dengan membawa tuntutan-tuntutan kepada Kerajaan Negeri Perak dan Selangor untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat yang sudah lama tertangguh.
JSML bantah tindakan majikan Ladang Windsor usir pekerja secara paksa
Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) membantah tindakan majikan Ladang Windsor yang melakukan pengusiran paksa melalui tindakan mahkamah terhadap tiga orang pekerja ladang yang menuntut Skim Perumahan Ladang.
Rancangan pembinaan LRT bukan pilihan yang baik untuk Ipoh
Pembinaan LRT bukannya pendekatan yang baik untuk Ipoh, sebaliknya akan membebankan Dewan Bandaraya Ipoh dan penduduk Ipoh dengan hutang yang besar.
PSM Perak buka Pusat Khidmat “Jumpa Rakyat”
Sebagai parti politik alternatif berjiwa rakyat yang sentiasa memperjuangkan hak rakyat, PSM Perak baru-baru ini telah membuat keputusan untuk berjumpa rakyat secara konsisten di Pejabat Negeri Perak bagi mendesak perubahan polisi dalam isu asas seperti tanah, kesihatan, perumahan, jaminan kerja dan alam sekitar.
PSM syorkan 4 langkah untuk kawal kenaikan harga makanan
PSM menyerahkan satu memorandum yang mengandungi cadangan-cadangan untuk mengawal kenaikan harga makanan kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sekuriti Makanan melalui Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Ipoh.
Hentikan pengusiran terhadap petani Kanthan
Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan tarikh 21 Jun2022 untuk pendengaran inter partes mengenai kes tanah yang melibatkan petani Kanthan.
Pembantu kejururawatan yang ditamatkan kontrak berjaya dapat pampasan
Seorang pekerja pembantu kejururawatan yang diberhentikan kerja secara terancang oleh majikannya mendapat pampasan selepas memfailkan kes di Jabatan Tenaga Kerja.
Petani Kanthan dapat injunksi interim untuk halang pengusiran paksa
Petani-petani di kawasan Kanthan berjaya mendapat injunksi interim daripada Mahkamah Tinggi Ipoh untuk menghalang pengusiran paksa oleh PKNP terhadap mereka buat masa ini.
