Malaysia Bekerja: Nasionalisasi semula kerja perkhidmatan sokongan

(Siri “Malaysia Bekerja” - 3) oleh Sharan Raj Kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menjana 500,000 pekerjaan tanpa polisi kukuh merupakan sebuah gimik politik. Kekurangan pengetahuan ekonomi rakyat dan menjana pekerjaan oleh Zafrul sedang menyebabkan rakyat merana. Kerajaan perlu mengambilalih dan menambah pekerja penyelenggaraan seperti pekerja pembersihan … Continue reading Malaysia Bekerja: Nasionalisasi semula kerja perkhidmatan sokongan

JPKK gesa Kementerian Kewangan hapuskan sistem kontrak untuk jimat dana kerajaan

PUTRAJAYA – 18 DISEMBER 2020: Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Kewangan pada hari ini, dengan tuntutan menghapuskan sistem kontrak di premis kerajaan supaya mengembalikan jaminan kerja kepada pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan seperti pekerja pembersihan, tukang kebun dan pengawal keselamatan yang bertugas di premis kerajaan. Antara mereka yang hadir semasa penyerahan memorandum … Continue reading JPKK gesa Kementerian Kewangan hapuskan sistem kontrak untuk jimat dana kerajaan

JPKK gesa Ahli Parlimen bela nasib pekerja kontrak kerajaan

KUALA LUMPUR – 15 DISEMBER 2020: Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) mengemukakan seruan kepada semua Ahli Parlimen supaya menyokong kempen untuk menghapuskan sistem kontrak dalam perkhidmatan sokongan di premis kerajaan. Seruan ini telah disahut oleh beberapa orang Ahli Parlimen yang mengadakan satu sidang akhbar di dalam Parlimen pada hari ini untuk menyatakan sokongan mereka terhadap … Continue reading JPKK gesa Ahli Parlimen bela nasib pekerja kontrak kerajaan

JPKK gesa Kementerian Kesihatan iktiraf pekerja perkhidmatan sokongan hospital sebagai frontliner

PUTRAJAYA – 3 DISEMBER 2020: Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Kesihatan pada hari ini untuk menggesa pihak Kementerian supaya mengiktiraf perkhidmatan sokongan hospital (seperti pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan) sebagai sebahagian daripada barisan hadapan (frontliner) supaya mereka tidak dinafikan faedah yang diberikan kepada golongan frontliner, menyerapkan semua pekerja perkhidmatan sokongan … Continue reading JPKK gesa Kementerian Kesihatan iktiraf pekerja perkhidmatan sokongan hospital sebagai frontliner

JPKK gesa Kementerian Pendidikan serap pekerja kontrak sebagai pekerja tetap

PUTRAJAYA – 27 NOVEMBER 2020: Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menyerahkan satu memorandum mengenai tuntutan untuk penghapusan sistem kontrak pada hari ini kepada Kementerian Pendidikan. Memorandum yang mengemukakan tuntutan JPKK untuk menghapuskan sistem kontrak dalam pengupahan pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan (kawalan keselamatan, pembersihan dan pertukangan kebun) di sekolah kerajaan ini diterima oleh Mohammad Azziyadi bin Ismail … Continue reading JPKK gesa Kementerian Pendidikan serap pekerja kontrak sebagai pekerja tetap

Kembalikan jaminan kerja: JPKK lancar kempen desak penghapusan sistem kontrak di hospital dan sekolah kerajaan

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) melancarkan kempen “Hapus Sistem Kontrak – Jaminan Kerja untuk Semua” dalam satu sidang akhbar atas talian yang diadakan pada 19 November 2020. Sidang akhbar anjuran JPKK ini telah mengetengahkan isu-isu yang dihadapi oleh pekerja-pekerja barisan hadapan (frontliner) yang dilupakan atau diabaikan dalam keadaan ancaman pandemik pada ketika ini, di samping … Continue reading Kembalikan jaminan kerja: JPKK lancar kempen desak penghapusan sistem kontrak di hospital dan sekolah kerajaan

Majikan curi OT dan cuti umum pekerja pembersihan?

Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) membongkarkan bahawa Edgenta UEMS, syarikat yang mengambilalih kontrak kerja pembersihan di hospital-hospital kerajaan di empat buah negeri di Utara Pantai Barat sejak awal tahun ini, masih terus menghakis hak pekerja, dan isunya kali ini ialah bayaran kerja lebih masa (OT) dan cuti umum yang … Continue reading Majikan curi OT dan cuti umum pekerja pembersihan?

Kerajaan jangan cuci tangan daripada tanggungjawab menjamin hak pekerja pembersihan hospital

oleh A. Sivarajan Bayangkan anda bekerja selama 26 tahun, sebagai seorang pembersih hospital, tetapi anda masih dianggap pekerja baru oleh majikan subkontraktor yang dilantik oleh syarikat konsesi pembersihan. Tiada kenaikan gaji seperti pekerja di sektor lain, terima gaji minimum RM1200 sahaja. Tiada bonus tahunan. Tiada kenaikan pangkat. Majikan subkontraktor tukar selepas beberapa tahun, setiap kontraktor ini layan anda seperti pekerja baru. Kerja … Continue reading Kerajaan jangan cuci tangan daripada tanggungjawab menjamin hak pekerja pembersihan hospital