KUALA LUMPUR – 15 DISEMBER 2020: Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) mengemukakan seruan kepada semua Ahli Parlimen supaya menyokong kempen untuk menghapuskan sistem kontrak dalam perkhidmatan sokongan di premis kerajaan. Seruan ini telah disahut oleh beberapa orang Ahli Parlimen yang mengadakan satu sidang akhbar di dalam Parlimen pada hari ini untuk menyatakan sokongan mereka terhadap tuntutan daripada JPKK.

Ahli-ahli Parlimen yang hadir dalam sidang akhbar menyatakan sokongan kepada kempen menghapuskan sistem kontrak pada hari ini, termasuklah Chang Lih Kang (Tanjung Malim, PKR), Charles Santiago (Klang, DAP), Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya, PKR), Hassan Abdul Karim (Pasir Gudang, PKR) dan Fahmi Fadzil (Lembah Pantai, PKR).

“Selama ini, kita selalu diberitahu bahawa penswastaan adalah sesuatu yang baik untuk menjimat wang untuk kerajaan, tetapi ia adalah sebaliknya. Berdasarkan kajian JPKK, pada tahun 2019, kerajaan membayar sebanyak RM1.5 bilion kepada kontraktor kawalan keselamatan untuk semua sekolah di Malaysia, tetapi kontraktor ini hanya membayar lebih kurang RM1 bilion kepada pekerja-pekerja mereka. Jikalau kerajaan menyerap balik pekerja-pekerja kontrak ini, kerajaan bolehlah jimat RM500 juta, malah dapat memberi jaminan kepada pekerja-pekerja kita untuk menikmati hak yang lebih baik,” kata Chang Lih Kang dalam sidang akhbar hari ini.

Fahmi Fadzil mengatakan bahawa isu ini bukan sahaja harus diberi perhatian oleh Ahli-ahli Parlimen, tetapi juga perlu diteliti oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), kerana ia melibatkan satu jumlah dana awam yang besar. Hassan Karim juga menegaskan bahawa pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan ini seperti pekerja-pekerja pembersihan di hospital, patut diiktiraf sebagai petugas barisan hadapan (frontliner) dan menyerapkan semula mereka sebagai pekerja tetap di bawah kerajaan supaya mereka dapat menikmati layanan yang lebih baik. “Jika kerajaan ingin membantu rakyat B40, penghapusan sistem kontrak inilah salah satu caranya,” kata Hassan Karim.

Sementara itu, sekumpulan aktivis daripada JPKK dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengadakan aksi protes dengan penjarakan fizikal di luar Bangunan Parlimen, untuk menyeru pada semua Ahli Parlimen yang sedang bersidang di Dewan Rakyat supaya membela nasib pekerja-pekerja pembersihan, pengawal-pengawal keselamatan dan tukang-tukang kebun yang bekerja di dalam premis kerajaan.

JPKK telah melancarkan kempen “Hapus Sistem Kontrak – Jaminan Kerja untuk Semua” baru-baru ini, dengan tuntutan utama:

  1. Serapkan pekerja kontrak sebagai pekerja tetap yang diupah secara langsung oleh kerajaan.
  2. Hapuskan budaya kroni dan orang tengah dalam pengupahan pekerja perkhidmatan sokongan di premis kerajaan.
  3. Kurangkan pembaziran dan cekapkan pentadbiran melalui penghapusan sistem kontrak.

JPKK sedang dalam proses menyerahkan memorandum kepada empat kementerian (Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan), Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang, untuk mendapatkan sokongan mereka terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh JPKK. JPKK juga sedang giat mengumpul tandatandangan untuk petisyen atas talian yang menuntut kerja tetap bagi pekerja kontrak kerajaan.

JPKK menyeru kepada semua Ahli Parlimen supaya:

  • Menandatangani petisyen atas talian Kempen Hapuskan Sistem Kontrak dan menyebarkannya kepada rakyat di kawasan masing-masing.
  • Memainkan peranan untuk mendesak kerajaan supaya menyokong tuntutan JPKK.
  • Berhujah dan berdebat tentang isu ini di dalam Parlimen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s