Program bantu pengusaha lembu tenusu tidak telus

Walaupun inisiatif yang diambil oleh Kementerian Perpaduan Negara diberitakan telah mendapat sambutan baik daripada pengusaha-pengusaha lembu tenusu, namun selepas pengumuman ini keluar dalam berita dan media sosial, ramai penternak tenusu berasa tidak puas hati kerana program ini tidak telus, tidak mesra dan mencurigakan.

Kekalkan jaminan makanan rakyat, hentikan pengusiran terhadap petani dan penternak kecil

Petani-petani dan penternak-penternak di Semenanjung Malaysia telah mengemukakan tuntutan bersama kepada Perdana Menteri Muhiyiddin Yassin merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Negara yang sedang mengendalikan krisis wabak COVID-19, dengan seruan supaya pihak Kerajaan mengambil langkah-langkah untuk melindungi rezeki mereka dan memastikan jaminan makanan untuk semua rakyat. Dalam memorandum yang ditujukan kepada Perdana Menteri pada 23 April 2020, … Continue reading Kekalkan jaminan makanan rakyat, hentikan pengusiran terhadap petani dan penternak kecil

Penternak lembu ladang Sime Darby gesa hentikan gangguan

Penternak-penternak lembu di sekitar kawasan Kuala Selangor, Selangor, telah membuat aduan polis pada 1 Mac 2020 di Balai Polis Sungai Kapar Indah ke atas pengurus ladang daripada syarikat Sime Darby berkenaan dengan ugutan untuk mengusir keluar lembu dari ladang. Penternak-penternak ini datang daripada Ladang Bukit Cherakah, Ladang Brownson dan Ladang Bukit Panjang. Menurut salah seorang … Continue reading Penternak lembu ladang Sime Darby gesa hentikan gangguan

Penternak jadi mangsa kepada pembangunan yang abaikan kesejahteraan rakyat marhaen

oleh Gandi CF Sejak kebelakangan ini, timbulnya banyak isu berkaitan dengan penternak dan petani, terutamanya isu pengusiran paksa. Beberapa bulan yang lepas, pihak pengurusan syarikat Sime Darby telah mengeluarkan notis pengusiran paksa kepada semua penternak yang mengusahakan penternakan lembu dan kambing di ladang-ladang Sime Darby, dan kelmarin pula satu kandang di Bukit Tinggi, Selangor, telah … Continue reading Penternak jadi mangsa kepada pembangunan yang abaikan kesejahteraan rakyat marhaen

Kandang Lembu diroboh sebelum penyelesaian muktamad

BUKIT TINGGI, SELANGOR: Walaupun penyelesaian untuk penempatan semula penternak yang mengusahakan kandang lembu dan kambing di Bukit Tinggi masih boleh dimuktamadkan, tetapi Kerajaan Selangor masih tergesa-gesa untuk merobohkan kandang penternakan tersebut. Anggota-anggota penguatkuasa daripada Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Majlis Perbandaran Klang dan polis telah dikerahkan secara beramai-ramai pada 17 Februari 2020, untuk merobohkan kandang … Continue reading Kandang Lembu diroboh sebelum penyelesaian muktamad

Menteri Pertanian digesa campurtangan untuk selamatkan rezeki penternak

PUTRAJAYA: Penternak-penternak yang menjalankan aktiviti penternakan di ladang-ladang Sime Darby, telah menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 19 September 2019, untuk menyuarakan bantahan terhadap “Notis Larangan Ternakan” yang dikeluarkan oleh Sime Darby. Para penternak menyeru pada Salahuddin Ayub selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mencampurtangan dalam isu ini … Continue reading Menteri Pertanian digesa campurtangan untuk selamatkan rezeki penternak