Bolehkah anda memainkan peranan untuk membantu petani-petani kecil dan melindungi jaminan makanan?
Sebuah lagi rumah B40 diancam perobohan paksa menjelang bulan Ramadan dan Tahun Baharu India
Catatan Arutchelvan mengenai peristiwa rumah keluarga M. Suppaya diancam perobohan oleh pihak berkuasa.
Perobohan rumah penduduk di Sungai Jelok berjaya diberhentikan
Operasi perobohan rumah sebuah keluarga yang tinggal di rumah kuarters Hospital Kajang di Sungai Jelok, Kajang, dapat diberhentikan, setelah aktivis-aktivis PSM yang turun bersolidariti dengan penduduk berjaya mendesak pihak Kerajaan Selangor untuk memberhentikan tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu.
Tiada penjelasan mengenai isu utama dalam kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor tentang perobohan kedai-kedai di Kampung Manickam
Bagaimanakah seorang peniaga yang kaya di Kampung Manickam telah membina kedai-kedai untuk lebih 20 tahun di atas tanah rizab kerajaan dan juga mengutip sewa daripada peniaga-peniaga kecil, tetapi tidak ada sebarang tindakan penguatkuasaaan diambil terhadapnya?
Teruknya Pakatan Harapan! – Komen Arul mengenai perobohan kedai di Kampung Manickam
Jika Mat Sabu di depan saya, saya akan tanya, inikah kualiti ADUN Parti Amanah? Ahli Parlimen dari DAP pula tidak mahu turun dan berkata beliau boleh lawat tempat ini pada hari Ahad nanti. Inikah cara rakyat akan dilayan? Inikah kualiti ADUN dan Ahli Parlimen PH?
Kedai Kampung Manickam diroboh, rakyat miskin terus dimangsakan pada ketika pandemik
Kenapa pihak kerajaan berdegil untuk memusnahkan rezeki rakyat miskin pada ketika pandemik dan krisis ekonomi?
MB Perlis digesa wujudkan skim rumah kos rendah sewa beli bagi penduduk Kampung Seri Kesinai yang diusir
KANGAR, PERLIS – 17 NOVEMBER 2020: Penduduk-penduduk dari Kampung Seri Kesinai, Padang Besar, Perlis, telah menyerahkan satu memorandum pada hari ini kepada Pejabat Menteri Besar Perlis, dengan seruan supaya pihak Kerajaan Negeri Perlis menyelesaikan isu pengusiran paksa yang sedang dihadapi mereka dengan mewujudkan skim perumahan kos rendah sewa beli. Penduduk-penduduk yang sedang menetap di Kampung … Continue reading MB Perlis digesa wujudkan skim rumah kos rendah sewa beli bagi penduduk Kampung Seri Kesinai yang diusir
Petani Mambang Diawan ditahan secara tidak sah dengan alasan “menceroboh” tanah swasta
Dua orang petani di Mambang Diawan yang ditahan semalaman pada 28 September 2020 bersama dengan peguam K. Kunasekaran di luar Ibupejabat Polis Daerah Kampar. IPOH, PERAK – 29 September 2020: Dua orang petani di Mambang Diawan, Perak, telah ditangkap polis pada 28 September 2020 dan ditahan semalaman di lokap Ibupejabat Polis Daerah Kampar, dengan alasan … Continue reading Petani Mambang Diawan ditahan secara tidak sah dengan alasan “menceroboh” tanah swasta
Mahkamah Rayuan benarkan penangguhan pelaksanaan pengusiran terhadap petani Chemor
PUTRAJAYA: Pada 22 September 2020, Mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang difailkan oleh 3 orang petani dari Chemor, Perak, maka menangguhkan pengusiran paksa yang sedang dihadapi oleh petani-petani berkenaan untuk sementara waktu. 3 orang petani telah bercucuk tanam di kawasan Kuala Kuang, Chemor, Perak, selama lebih setengah abad. Mereka … Continue reading Mahkamah Rayuan benarkan penangguhan pelaksanaan pengusiran terhadap petani Chemor
Pekerja Ladang Windsor gesa sambung semula air dan elektrik
KUALA LUMPUR - 21 OGOS 2020: Pekerja-pekerja dari Ladang Windsor di Ulu Sepetang, Kamunting, Perak, berprotes di hadapan ibupejabat syarikat Malakoff Corporation Berhad di Brickfields, Kuala Lumpur, pada hari ini, untuk menggesa pada pihak syarikat yang merupakan pemilik tanah ladang tersebut supaya jangan mengusir pekerja secara paksaan. Mereka menyeru untuk menyambung semula bekalan air dan … Continue reading Pekerja Ladang Windsor gesa sambung semula air dan elektrik