Tawarkan rumah sewa beli kepada penduduk Kampung Segambut Permai sebelum rumah dirobohkan

oleh Biro Perumahan dan Peneroka PSM Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru pada Kementerian Wilayah Persekutuan supaya memenuhi tuntutan 30 buah keluarga Kampung Segambut Permai untuk memberikan tawaran rumah sewa beli sepertimana yang dinyatakan dalam memorandum yang diserahkan pada hari Jumaat lalu (27 Disember 2019). Antara yang dibincangkan dalam pertemuan dengan wakil Kementerian Wilayah Persekutan pada … Continue reading Tawarkan rumah sewa beli kepada penduduk Kampung Segambut Permai sebelum rumah dirobohkan

Peneroka Kampung Segambut Permai tuntut rumah alternatif kekal bukannya rumah transit sementara

KUALA LUMPUR - 27 DISEMBER 2019: Setelah bertahan untuk menangguhkan perobohan rumah kampung pada 24 Disember 2019, penduduk-penduduk Kampung Segambut Permai telah berprotes di hadapan hadapan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada hari ini untuk menuntut penyelesaian yang sewajar untuk masalah perumahan mereka. Satu memorandum telah diserahkan kepada wakil Menteri Wilayah Persekutuan Nik Razak. … Continue reading Peneroka Kampung Segambut Permai tuntut rumah alternatif kekal bukannya rumah transit sementara

Penduduk Kampung Segambut Permai masih diancam pengusiran tanpa rumah alternatif kekal

KUALA LUMPUR - 24 DISEMBER 2019: Setelah 8 jam bertahan, dengan 3 buah rumah kosong dirobohkan, penduduk Kampung Segambut Permai mendapat penangguhan perobohan rumah untuk 2 minggu lagi daripada pihak pemilik tanah Kemasekutu Sdn Bhd. Selepas perobohan rumah yang dijadualkan pada 9 Disember 2019 ditangguhkan untuk 2 minggu berikutan Kementerian Wilayah Persekutuan berjanji untuk mengaturkan … Continue reading Penduduk Kampung Segambut Permai masih diancam pengusiran tanpa rumah alternatif kekal

Penduduk Kampung Segambut Permai yang diusir akan dapat rumah alternatif

KUALA LUMPUR: 33 buah keluarga di Kampung Segambut Permai dapat berasa lega seketika selepas pelaksanaan notis pengusiran terhadap mereka telah ditangguhkan selama dua minggu sementara Kementerian Wilayah Persekutuan telah berjanji untuk mengaturkan perumahan alternatif untuk penduduk yang terlibat. Kampung Segambut Permai menghadapi pengusiran paksa pada 9 Disember 2019 apabila wakil pemaju Kemasekutu Sdn Bhd datang ke … Continue reading Penduduk Kampung Segambut Permai yang diusir akan dapat rumah alternatif

33 keluarga bakal kehilangan rumah: Kampung tradisi diancam pengusiran paksa

SENTUL, KUALA LUMPUR - 24 November 2019: Lebih 30 orang penduduk Kampung Segambut Permai membuat aduan polis secara beramai-ramai pada hari ini di Ibupejabat Polis Daerah Sentul, berkenaan dengan isu perumahan yang dihadapi oleh mereka. Sebanyak 33 buah keluarga di Kampung Segambut Permai telah mendapat satu notis pengosongan rumah baru-baru ini. Notis yang dikeluarkan berasaskan satu Penghakiman Persetujuan di … Continue reading 33 keluarga bakal kehilangan rumah: Kampung tradisi diancam pengusiran paksa

Lindungi hak peneroka bandar, hentikan pengusiran paksa

KUALA LUMPUR – 8 OKTOBER 2019: Bersempena dengan Hari Habitat Sedunia 2019, Gabungan Peneroka Bandar dan Perumahan mengadakan aksi protes di hadapan Bangunan Parlimen pada hari ini untuk menggesa Kerajaan supaya menghormati hak peneroka bandar dan menghentikan pengusiran paksa. Aksi ini diadakan bersempena dengan Hari Habitat Sedunia 2019. Hari Habitat Sedunia disambut pada hari Isnin … Continue reading Lindungi hak peneroka bandar, hentikan pengusiran paksa

Kerajaan Perak perlu selesaikan masalah perumahan penduduk sebelum membangunkan kawasan Kampung DBI dan Kampung DBI

IPOH, PERAK: Penduduk-penduduk dari Kampung DBI dan Kampung KTM di Ipoh menyerah satu surat kepada Pejabat Menteri Besar Negeri Perak pada 30 Mei 2019 untuk meminta satu temujanji dengan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu bagi membincangkan masalah perumahan yang dihadapi mereka dan mencari satu penyelesaian yang adil. Mohanarani Rasiah, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis … Continue reading Kerajaan Perak perlu selesaikan masalah perumahan penduduk sebelum membangunkan kawasan Kampung DBI dan Kampung DBI

Dato’ diberi kuasa oleh Mahathir untuk roboh rumah?

KLANG, SELANGOR - Pada 22 Ogos 2018, ketika waktu malam, Kampung Bukit Kuda yang terletak di Klang, Selangor, telah didatangi 6 orang lelaki. Mereka terdiri daripada seorang bernama Khairul yang menggelar dirinya sebagai Dato’, seorang bernama Faizal yang menggelar dirinya sebagai tuan tanah, dan 4 orang lagi pegawai polis dari Ibupejabat Polis Daerah Klang Utara. … Continue reading Dato’ diberi kuasa oleh Mahathir untuk roboh rumah?