Perobohan rumah dan pengusiran paksa terhadap golongan rakyat marhaen tanpa sebarang rumah gantian yang bersesuaian bukannya satu pendekatan yang MADANI!
PSM-MUDA: Jangan roboh rumah penduduk Kampung Koskan Tambahan!
Kenyataan bersama oleh PSM dan MUDA mengenai isu pengusiran paksa yang sedang dihadapi oleh penduduk-penduduk Kampung Koskan Tambahan di Daerah Hulu Selangor, Selangor.
Hentikan pengusiran paksa terhadap penduduk Kampung Koskan Tambahan!
12 buah keluarga peneroka bandar di Kampung Koskan Tambahan, Serendah, Selangor, menyeru pada Kerajaan Negeri Selangor supaya mencampur tangan dalam menghentikan pengusiran paksa terhadap mereka dan menyelesaikan kemelut perumahan mereka.
Selesaikan masalah perumahan rakyat segera – Seruan rakyat sempena Hari Habitat Sedunia
Bersempena Hari Habitat Sedunia, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Gabungan Marhaen mengadakan aksi protes serentak di Ipoh dan Shah Alam dengan membawa tuntutan-tuntutan kepada Kerajaan Negeri Perak dan Selangor untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat yang sudah lama tertangguh.
PSM 22 tahun: Perjuangan sosialis terbukti relevan kini
(Berikut ialah tulisan Setiausaha Agung PSM bersempena dengan Ulangtahun ke-22 Penubuhan PSM pada 30 April 2020.) oleh Sivarajan Arumugam 22 tahun telah berlalu sejak penubuhan sebuah parti yang telah mencabar norma politik di Malaysia pada masa itu. Pada 30 April 1998, wakil jawatankuasa penaja parti telah mengemukakan borang-borang penubuhan Parti Sosialis Malaysia (PSM) kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), walaupun … Continue reading PSM 22 tahun: Perjuangan sosialis terbukti relevan kini
Kampung Kastam diancam pengusiran
PULAU PINANG: Penduduk-penduduk Kampung Kastam, yang terletak di Bukit Gelugor, Pulau Pinang, sedang menghadapi ancaman pengusiran paksa daripada pihak pemaju dan mereka bertekad untuk mempertahankan hak perumahan mereka. Dalam satu sidang media yang diadakan oleh penduduk-penduduk Kampung Kastam pada 29 Februari 2020, mereka menyuarakan bantahan mereka terhadap intimidasi baru-baru ini yang dilakukan oleh syarikat pemaju … Continue reading Kampung Kastam diancam pengusiran
Peneroka Kampung Segambut Permai diberi tawaran rumah PPR berdekatan
KUALA LUMPUR: Setelah menghadapi dua kali tindakan perobohan rumah pada bulan Disember 2019, penduduk-penduduk Kampung Segambut Permai dapat berasa lega sedikit menjelang Tahun Baru 2020 apabila mereka diberikan tawaran baru untuk unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan berdekatan seperti yang diminta oleh mereka sebelum ini. Berikutan aksi protes di Bangunan Dewan Bandaraya Kuala … Continue reading Peneroka Kampung Segambut Permai diberi tawaran rumah PPR berdekatan
Tawarkan rumah sewa beli kepada penduduk Kampung Segambut Permai sebelum rumah dirobohkan
oleh Biro Perumahan dan Peneroka PSM Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru pada Kementerian Wilayah Persekutuan supaya memenuhi tuntutan 30 buah keluarga Kampung Segambut Permai untuk memberikan tawaran rumah sewa beli sepertimana yang dinyatakan dalam memorandum yang diserahkan pada hari Jumaat lalu (27 Disember 2019). Antara yang dibincangkan dalam pertemuan dengan wakil Kementerian Wilayah Persekutan pada … Continue reading Tawarkan rumah sewa beli kepada penduduk Kampung Segambut Permai sebelum rumah dirobohkan
Peneroka Kampung Segambut Permai tuntut rumah alternatif kekal bukannya rumah transit sementara
KUALA LUMPUR - 27 DISEMBER 2019: Setelah bertahan untuk menangguhkan perobohan rumah kampung pada 24 Disember 2019, penduduk-penduduk Kampung Segambut Permai telah berprotes di hadapan hadapan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada hari ini untuk menuntut penyelesaian yang sewajar untuk masalah perumahan mereka. Satu memorandum telah diserahkan kepada wakil Menteri Wilayah Persekutuan Nik Razak. … Continue reading Peneroka Kampung Segambut Permai tuntut rumah alternatif kekal bukannya rumah transit sementara
Penduduk Kampung Segambut Permai masih diancam pengusiran tanpa rumah alternatif kekal
KUALA LUMPUR - 24 DISEMBER 2019: Setelah 8 jam bertahan, dengan 3 buah rumah kosong dirobohkan, penduduk Kampung Segambut Permai mendapat penangguhan perobohan rumah untuk 2 minggu lagi daripada pihak pemilik tanah Kemasekutu Sdn Bhd. Selepas perobohan rumah yang dijadualkan pada 9 Disember 2019 ditangguhkan untuk 2 minggu berikutan Kementerian Wilayah Persekutuan berjanji untuk mengaturkan … Continue reading Penduduk Kampung Segambut Permai masih diancam pengusiran tanpa rumah alternatif kekal
