Ahli parlimen harus gunakan hak untuk debat Belanjawan secara bertanggungjawab dan tanpa kongkongan

oleh Nik Aziz Afiq Pemuda Sosialis merakamkan takzim atas keprihatinan Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) terhadap perkembangan semasa politik negara yang penuh kacau bilau mutakhir ini. Peranan Baginda dalam menjadi simbol penyatuan dan neutral dalam pemerintahan telah membantu negara menghadapi krisis demi krisis saban waktu. Ketika negara mulai bimbang apabila cadangan darurat disebut-sebut … Continue reading Ahli parlimen harus gunakan hak untuk debat Belanjawan secara bertanggungjawab dan tanpa kongkongan

Perspektif alternatif dalam menangani masalah pengangguran belia

oleh Gandipan Nantha Gopalan Pengangguran belia pada kadar 13.1% adalah satu statistik yang amat membimbangkan. Pemuda PSM berpendapat bahawa perlunya satu anjakan paradigma dalam menangani masalah dalam sistem pendidikan dan peluang pekerjaan di Malaysia. Pemuda PSM tidak bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh ahli-ahli politik yang lain (tua mahupun muda) yang sering menyalahkan belia di negara ini … Continue reading Perspektif alternatif dalam menangani masalah pengangguran belia

Bukan soal parti anak muda, tetapi prinsip dan ideologi perjuangan

oleh Nik Aziz Afiq bin Abdul Saya tertarik dengan laporan akhbar di mana YB Syed Saddiq diberitakan tidak menyertai parti Pejuang yang ditubuhkan “bos”” beliau, sebaliknya bercadang untuk menubuhkan parti baru berteraskan anak muda dan lebih utama ia berbilang kaum. Ketertarikan saya itu cepat pula pudar apabila kenyataan seterusnya dibaca bahawa meskipun menubuhkan parti lain, beliau tetap berikan sokongan … Continue reading Bukan soal parti anak muda, tetapi prinsip dan ideologi perjuangan

Pilihanraya Kerajaan Tempatan satu keperluan! – Kembalikan demokrasi kepada akar umbi

oleh Nik Aziz Afiq Bin Abdul Sidang Dewan Rakyat pada 14 Julai lalu menimbulkan satu isu yang hangat diperkatakan, iaitu berkenaan pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menjawab soalan di Parlimen dengan mengatakan bahawa idea pilihanraya tempatan tidak mendapat sokongan ketika berada dalam Pakatan Harapan (PH) dan tidak … Continue reading Pilihanraya Kerajaan Tempatan satu keperluan! – Kembalikan demokrasi kepada akar umbi

Menteri Sumber Manusia patut fokus pada pengwujudan kerja, bukan paksa rakyat ambil apa jua kerja yang ada

oleh Arveent Karthirtchelvan Menteri Sumber Manusia M. Saravanan baru-baru ini menyatakan bahawa rakyat Malaysia perlu mengubah corak pemikiran mereka dan menerima apa-apa pekerjaan yang ada untuk mengatasi masalah kadar pengangguran yang semakin meningkat. Pemuda PSM menyangkal kenyataan yang tidak bertanggungjawab, berfikiran sempit serta berdasarkan idea kuno ini. Terdapat beberapa sebab Pemuda PSM mempertikaikan kenyataan ini. … Continue reading Menteri Sumber Manusia patut fokus pada pengwujudan kerja, bukan paksa rakyat ambil apa jua kerja yang ada

Catatan COVID-19: Bagaimana nasib pekerja asing?

oleh Nik Aziz Afiq Pada 3 April lalu, saya dan rakan-rakan sekolah lama saya di Semenyih berpeluang menyertai sebuah misi bantuan kemanusiaan untuk membantu mereka yang terputus bekalan makanan. Sedikit kelainan dalam misi ini ialah ia bukan menyasarkan warga tempatan, sebaliknya para pekerja dan mahasiswa warga Indonesia. Mungkin ada yang tertanya apa perlunya dibantu warga … Continue reading Catatan COVID-19: Bagaimana nasib pekerja asing?

Mahathir Menteri Pendidikan sementara, apa nasib anak didik kita?

oleh Ahmad Yasin Bin Basri Perletakan jawatan Dr. Maszlee Malik daripada posisi Menteri Pendidikan pada 2 Januari yang lepas atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir telah membuahkan spekulasi akan sebab serta nasib posisi tersebut. Keengganan Mahathir memberi ulasan untuk memunasabahkan perletakan jawatan tersebut juga tidak memberi sebarang keringanan dalam keresahan orang ramai atas kekeruhan … Continue reading Mahathir Menteri Pendidikan sementara, apa nasib anak didik kita?

Naib Canselor UM, UPM, UPSI dan UiTM digesa letak jawatan kerana jatuhkan reputasi IPTA tempatan

Organisasi-organisasi pelajar dan anak muda mengeluarkan kenyataan bersama pada hari ini (9 Oktober 2019) sebagai respon kepada penglibatan Naib Caselor daripada 4 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam penganjuran Kongres Maruah Melayu yang penuh dengan kontroversi pada 6 Oktober 2019. Mereka menggesa perletakan jawatan Naib Canselor di 4 buah universiti yang telah menjejaskan reputasi … Continue reading Naib Canselor UM, UPM, UPSI dan UiTM digesa letak jawatan kerana jatuhkan reputasi IPTA tempatan

Negara Malaysia negara berbilang kaum – Menjawab Fadhli Shaari tentang resolusi jawatan utama kerajaan hanya untuk orang Melayu

oleh Nik Aziz Afiq bin Abdul Kongres Maruah Melayu yang berlangsung pada 6 Oktober 2019 telah dihadiri kira-kira 5,000 peserta dan menghasilkan beberapa resolusi utama yang menjadi tuntutan kepada pihak kerajaan. Kami merasa terpanggil untuk menjawab YB Ustaz Fadhli Shaari selaku pembentang resolusi daripada kluster agama sebagaimana yang dilaporkan akhbar bahawa resolusi itu bermaksud, semua … Continue reading Negara Malaysia negara berbilang kaum – Menjawab Fadhli Shaari tentang resolusi jawatan utama kerajaan hanya untuk orang Melayu