Sejarah masyarakat manusia penuh dengan perjuangan rakyat yang menentang kezaliman dan membebaskan diri daripada penindasan. Kronologi sejarah revolusi dunia ini (dalam 3 bahagian) menyenaraikan peristiwa-peristiwa perjuangan rakyat di seluruh pelusuk dunia, merangkumi kebangkitan rakyat melawan penindasan, pemberontakan menentang kuasa pemerintahan yang zalim, penentangan terhadap kekuasaan penjajah dan revolusi yang mengubah sistem masyarakat. (Ini bukannya senarai … Continue reading Kronologi Revolusi Dunia (Bahagian 1)
Imperialisme: Sejauh mana kapitalisme mengganas?
Kapitalisme yang berlandaskan eksploitasi berterusan terhadap tenaga kerja dan sumber alam semulajadi untuk menjana keuntungan sebanyak mungkin kepada golongan pemodal dan syarikat korporat, merupakan satu sistem ekonomi yang mempunyai sifat perluasan yang paling hebat dalam sejarah masyarakat manusia di atas muka bumi ini. Di bawah sistem kapitalis, golongan korporat memiliki kebanyakan benda dalam masyarakat dan … Continue reading Imperialisme: Sejauh mana kapitalisme mengganas?
Perjanjian Damai Hatyai 1989: Pengakhiran tragedi sejarah yang dipaksakan imperialis Zaman Perang Dingin
2 Disember 2019 ialah ulangtahun ke-30 pemeteraian Perjanjian Damai Hatyai 1989 yang menandakan pengakhiran satu konflik bersenjata yang berlarutan untuk lebih 40 tahun di negara kita. Perjanjian Damai Hatyai ditandatangani pada 2 Disember 1989, antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Upacara penandatanganan perjanjian yang penuh bersejarah ini diadakan di Hotel … Continue reading Perjanjian Damai Hatyai 1989: Pengakhiran tragedi sejarah yang dipaksakan imperialis Zaman Perang Dingin
Sepanyol: Pemimpin Catalonia dikenakan hukuman berat kerana buat referendum untuk kemerdekaan
Mahkamah Agung Sepanyol menjatuhkan hukuman berat terhadap 9 orang pemimpin gerakan kemerdekaan Catalonia yang disabit kesalahan “menghasut”, “perbuatan ingkar” dan “salah guna dana awam”. 9 orang pemimpin Catalonia yang disabit kesalahan tersebut masing-masing dihukum penjara dari 9 hingga 13 tahun. Sementara itu, 3 orang lagi pemimpin yang disabit kesalahan perbuatan ingkar dikenakan denda. Pertuduhan dan … Continue reading Sepanyol: Pemimpin Catalonia dikenakan hukuman berat kerana buat referendum untuk kemerdekaan
Revolusi China 1949
1 Oktober 2019 menandakan ulangtahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat China, hasil daripada perjuangan Revolusi China yang diterajui oleh Parti Komunis China. Bagi pendukung negara China hari ini, semestinya hari 1 Oktober disambut dengan meriahnya dengan niat mengagung-agungkan pencapaian “hebat” negara China di bawah pemerintahan Parti Komunis China dan “kebangkitan” negara China sebagai kuasa besar dunia; … Continue reading Revolusi China 1949
Papua Barat: Jalan berliku-liku menuju penentuan nasib sendiri
Satu gelombang protes besar-besaran tercetus di Papua Barat pada bulan Ogos 2019 berikutan serangan polis terhadap asrama pelajar Papua di Surabaya dan layanan rasis yang diterima oleh pelajar Papua. Protes dan keganasan daripada penindasan pihak berkuasa Indonesia, telah menyebabkan beberapa orang mati dan ramai cedera. Seruan untuk “Papua Merdeka” dan “referendum” sering kedengaran dalam protes … Continue reading Papua Barat: Jalan berliku-liku menuju penentuan nasib sendiri
Gerakan 4 Mei: Pembaharuan budaya untuk pembebasan
Tahun 2019 menandakan ulangtahun ke-100 Gerakan 4 Mei di China. Gerakan 4 Mei yang muncul sebagai satu gerakan budaya dan politik pembaharuan yang anti-imperialis, menyaksikan percambahan pemikiran pelbagai aliran dalam usaha mencari jalan untuk pembebasan nasional. Gerakan ini tercetus daripada kebangkitan semangat nasionalis yang hebat selepas tamatnya Perang Dunia I. Gerakan 4 Mei merupakan sebahagian … Continue reading Gerakan 4 Mei: Pembaharuan budaya untuk pembebasan
Revolusi Mesir 1919: Kebangkitan rakyat yang merentasi batasan agama
100 tahun dahulu, pada bulan Mac dan April 1919, bumi Mesir digegarkan oleh gelombang revolusi yang menggugat pemerintahan ketenteraan British di situ. Mogok pekerja, demonstrasi secara besar-besaran, penglibatan wanita yang menakjubkan dalam perjuangan pembebasan nasional dan perpaduan rakyat yang merentasi batasan agama, memaksa Britain mengiktiraf kemerdekaan Mesir pada tahun 1922 dan penggubalan perlembagaan baru yang … Continue reading Revolusi Mesir 1919: Kebangkitan rakyat yang merentasi batasan agama