Seorang politikus neoliberal menewaskan seorang politikus pelampau kanan, memang bukannya sesuatu yang mengujakan untuk kelas pekerja dan rakyat biasa walaupun jika yang sebaliknya berlaku… Rakyat Perancis bakal berdepan dengan lima tahun lagi serangan neoliberal dan ancaman pelampau kanan yang lebih hebat!
AS: Penyokong Trump serbu bangunan Kapitol
Pada ketika Kongres Amerika Syarikat (AS) mengadakan pengiraan undi badan perwakilan pengundi yang bersifat upacara beristiadat untuk memuktamadkan keputusan Pilihanraya Presiden AS, ribuan penyokong Donald Trump telah berhimpun di Washington DC pada 6 Januari 2021 dalam cubaan terdesak golongan pelampau kanan untuk “mengekalkan” Trump sebagai Presiden AS. Ratusan orang penyokong Trump yang merusuh dan bertindak … Teruskan membaca AS: Penyokong Trump serbu bangunan Kapitol
AS: Gelombang protes melanda Wisconsin selepas insiden tembakan polis
Kemarahan rakyat Amerika Syarikat (AS) terhadap rasisme dan keganasan polis terus membara, dengan gelombang protes terbaru tercetus di negeri Wisconsin selepas insiden seorang lelaki warga Amerika Afrika bernama Jacob Blake ditembak 7 kali dari belakang oleh seorang pegawai polis di bandar Kenosha, Wisconsin pada 23 Ogos 2020. Blake terkena 4 daripada 7 das tembakan … Teruskan membaca AS: Gelombang protes melanda Wisconsin selepas insiden tembakan polis
India: Samseng pelampau kanan mengganas di Delhi
Pertemuan antara dua orang pemimpin negara yang berhaluan kanan di dunia, telah “dimeriahkan” dengan keganasan samseng pelampau kanan yang mendukung ideologi yang dibawa oleh pemimpin berhaluan kanan tersebut. Ketika Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengadakan lawatannya ke negara India, kumpulan samseng yang berkaitan dengan Parti Bharatiya Janata (BJP), iaitu parti pemerintah di India yang dipimpin … Teruskan membaca India: Samseng pelampau kanan mengganas di Delhi
Jerman: Ketua Menteri Thüringen baru umum letak jawatan selepas sehari berkuasa
Hanya selepas 25 jam dipilih sebagai Presiden Menteri untuk negeri Thüringen di Jerman, Thomas Kemmerich daripada Parti Demokratik Bebas (FDP) mengumumkan bahawa dia akan meletak jawatannya, selepas mendapat tentangan hebat daripada masyarakat Jerman. Kemmerich membuat pengumuman itu selepas satu mesyuarat krisis dengan pemimpin parti FDP Christian Lindner pada 6 Februari 2020. Tindakan FDP yang hanya memperoleh 5% undi dan menguasai 5 … Teruskan membaca Jerman: Ketua Menteri Thüringen baru umum letak jawatan selepas sehari berkuasa
Jerman: Liberal rampas kuasa di Thüringen dengan bantuan pelampau kanan
Walaupun Parti Demokratik Bebas (FDP) hanya menguasai 5 daripada 90 kerusi dalam Parlimen Negeri (Landtag) Thüringen, tetapi FDP telah merampas kuasa pemerintahan untuk Thüringen daripada parti berhaluan kiri yang menguasai kerusi terbanyak, hasil daripada bantuan parti pelampau kanan, Alternatif untuk Jerman (AfD)! Untuk kali pertama dalam sejarah Jerman sejak tamatnya Perang Dunia II, pantang larang … Teruskan membaca Jerman: Liberal rampas kuasa di Thüringen dengan bantuan pelampau kanan
Itali: Gerakan Sardin berjaya sekat kemaraan pelampau kanan di Emilia-Romagna
Gerakan Sardin yang bermula dari wilayah Emilia-Romagna pada pertengahan bulan November 2019, telah berjaya menyekat kemaraan kuasa pelampau kanan daripada menawan wilayah yang merupakan kubu kuat politik kiri di negara Itali untuk selama lebih 70 tahun itu... sekurang-kurangnya untuk ketika ini. Dalam pilihanraya wilayah Emilia-Romagna yang diadakan pada 26 Januari 2020, Gabungan Kiri-Tengah yang dipimpin … Teruskan membaca Itali: Gerakan Sardin berjaya sekat kemaraan pelampau kanan di Emilia-Romagna
Itali: Lawan arus pelampau kanan dengan Sardin
Bermula pada 14 November 2019 di Piazza Maggiore, sebuah dataran awam yang terletak di bandar Bologna di wilayah Emilia-Romagna, lahirnya satu gerakan massa yang baru di Itali, sebagai respon kepada ancaman kuasa pelampau kanan yang diwakili oleh perluasan pengaruh politik Liga Utara (Lega Nord) yang dipimpin oleh Matteo Salvini. Gerakan yang baru di Itali ini … Teruskan membaca Itali: Lawan arus pelampau kanan dengan Sardin
Pilihanraya Sepanyol: Hantu Franco sedang dihidupkan kembali
Sepanyol mengadakan pilihanraya umumnya yang kedua dalam tahun ini pada 11 November 2019, dengan keputusannya parti pemerintah berhaluan kiri-tengah, Parti Pekerja Sosialis Sepanyol (PSOE) pimpinan penyandang jawatan Perdana Menteri Pedro Sánchez, kekal sebagai parti terbesar dalam Parlimen tetapi jumlah kerusi sudah berkurang, sementara parti pelampau kanan Vox menunjukkan peningkatan yang hebat dari segi sokongan undi. … Teruskan membaca Pilihanraya Sepanyol: Hantu Franco sedang dihidupkan kembali
Jerman: Kiri menang dalam pilihanraya Thüringen tapi ancaman pelampau kanan sangat hebat
Parti Kiri (Die Linke) baru-baru ini mendapat pencapaian terbaiknya dalam sejarah pilihanraya di negeri Thüringen, negeri kelima kecil dari segi jumlah penduduk daripada 16 buah negeri di Jerman, tetapi keputusan pilihanraya tersebut juga menyaksikan peningkatan kekuatan elektoral parti pelampau kanan di Jerman yang amat merunsingkan. Pilihanraya untuk Parlimen Negeri (Landtag) Thüringen, negeri yang terletak di … Teruskan membaca Jerman: Kiri menang dalam pilihanraya Thüringen tapi ancaman pelampau kanan sangat hebat