Dianggarkan lebih kurang 200 juta orang pekerja industri, petani dan pekerja pertanian mengambil bahagian dalam aksi mogok umum selama 2 hari pada 28-29 Mac 2022, untuk melawan dasar Kerajaan India pimpinan Narendra Modi yang anti-pekerja, anti-petani dan anti-rakyat.
PM umum gaji minimum RM1,500: Dah lama pekerja tunggu
Peningkatan gaji minimum ke RM1,500 mungkin merupakan gimik politik untuk meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Umum yang dijangka akan berlangsung tidak lama lagi, namun ia sesuatu yang memang ditunggu-tunggu sekian lama oleh para pekerja dan harus dilaksanakan segera.
Gaji rendah, ketiadaan jaminan kerja dan pekerjaan gig – Isu kritikal pekerja yang harus ditangani di Johor
Calon PSM untuk Kota Iskandar, Ara, menggesa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya menjadi teladan dengan melaksanakan gaji minimum RM1,500 segera untuk semua pekerja mereka.
Pengawal keselamatan dapat balik gaji OT selama 3 tahun
Pekerja hanya dapat memberi pengajaran kepada majikan yang tidak membayar gaji OT secara betul dengan lebih ramai lagi yang memfailkan kes di Jabatan Tenaga Kerja. Tindakan ini amat penting, demi memastikan industri kawalan keselamatan ini menghentikan penindasan dan perampasan hasil titik peluh pekerja tanpa membayar gaji OT.
Pekerja pembersihan hospital terus berkonvoi walaupun dihalang majikan
Walaupun menghadapi halangan daripada pihak majikan, tetapi konvoi motosikal pekerja pembersihan hospital tetap meneruskan perjalanan mereka untuk mara ke hadapan demi memperjuangkan hak pekerja.
Kemboja: Pekerja syarikat milik kapitalis Malaysia terus mogok walaupun hadapi penahanan dan penindasan
Pekerja-pekerja NagaWorld, hotel mewah dan kasino terbesar di negara Kemboja, telah ditindas oleh pihak berkuasa baru-baru ini kerana bermogok untuk menuntut pemulihan kerja pekerja yang dipecat tahun lalu.
Lazada, jangan tindas pekerja!
Pekerja-pekerja penghantaran yang menyumbangkan titik peluh mereka tidak harus dilayan sebagai barangan yang boleh diubah harganya sesuka hati.
Jangan tekan pekerja semasa banjir!
Terdapat pekerja yang merupakan mangsa banjir ditekan oleh majikan dengan paksaan hadir kerja, potongan gaji dan ugutan pembuangan kerja.
Gaji pengawal keselamatan sekolah di bawah Wira Corps tertangguh-tangguh sampai 2 bulan
Urusniaga syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan di premis kerajaan ini bukannya sejenis perniagaan yang hasil pendapatannya akan dipengaruhi oleh faktor turun naik pasaran dalam ekonomi. Ia akan tetap menerima bayaran daripada kerajaan tanpa mengira keadaan ekonomi di luar, selagi kerajaan menyalurkan dana kepadanya. Oleh itu, adalah tidak masuk akal untuk syarikat ini lewat dalam membayar gaji kepada pekerja-pekerjanya kecuali kelambatan pembayaran daripada pihak Kementerian Pendidikan.
Pengawal keselamatan sekolah Perlis tidak dibayar gaji 2 bulan
38 orang pengawal keselamatan yang bertugas di premis Kementerian Pendidikan di Perlis hanya menerima bayaran gaji satu bulan dalam tempoh tiga bulan yang lalu.