Pekerja Ladang Windsor diancam pengusiran

Pekerja-pekerja ladang meminta untuk pelaksanaan skim perumahan tetapi dilayan pula dengan pengusiran paksa daripada pihak pengurusan ladang pada ketika negara kita masih dilanda ancaman pandemik COVID-19. Inilah kemelut yang sedang dihadapi oleh pekerja-pekerja di Ladang Windsor. 6 orang pekerja Ladang Windsor yang sudah melebihi usia persaraan tetapi masih bekerja secara kontrak telah diberhentikan kerja oleh … Continue reading Pekerja Ladang Windsor diancam pengusiran

Pekerja Ladang Bukit Beruntung tuntut tanah untuk selesaikan penantian rumah selama 20 tahun

KUALA KUBU BHARU - 18 DISEMBER 2019: Pekerja-pekerja Ladang Bukit Beruntung yang ditipu oleh pemilik ladang tersebut yang gagal menunaikan janji membina rumah untuk mereka, telah mengadakan aksi protes pada hari ini dan menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, dengan tuntutan kepada Pentadbir Tanah supaya merampas tanah daripada pemilik tanah ladang … Continue reading Pekerja Ladang Bukit Beruntung tuntut tanah untuk selesaikan penantian rumah selama 20 tahun

Masyarakat ladang tuntut penggubalan akta perumahan

KUALA LUMPUR - 4 DISEMBER 2019: Lebih 500 orang berprotes di hadapan bangunan Parlimen pada hari ini untuk menuntut pada Kerajaan Persekutuan supaya menggubal undang-undang yang menjamin hak perumahan masyarakat ladang di seluruh Malaysia. Aksi yang disertai oleh pekerja, bekas pekerja dan penduduk di lebih 30 buah ladang di seluruh Malaysia ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Sokongan … Continue reading Masyarakat ladang tuntut penggubalan akta perumahan

Masyarakat ladang akan protes di Parlimen

KUALA LUMPUR - 5 NOVEMBER 2019: Pekerja-pekerja ladang akan bermobilisasi ke Parlimen pada 3 Disember 2019 untuk menyampaikan tuntutan mereka kepada kerajaan supaya melaksanakan skim perumahan untuk pekerja ladang dan meningkatkan gaji untuk pekerja ladang. Pengumuman ini dibuat oleh Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) dalam satu sidang akhbar pada hari ini. “Kami berharap Menteri Sumber Manusia, … Continue reading Masyarakat ladang akan protes di Parlimen

MB Kedah nampaknya tiada empati dan kesungguhan politik untuk selesaikan isu bekas pekerja Ladang Padang Meha

oleh S. Arutchelvan Sejak 25 September lalu, lebih kurang 70 buah keluarga bekas pekerja ladang yang tinggal di Ladang Padang Meha yang terletak berhampiran dengan Padang Serai di negeri Kedah, telah dinafikan bekalan air paip. Adalah mengejutkan bahawa dalam abad ke-21 ini, pemaju masih boleh menggunakan cara menafikan kemudahan asas rakyat seperti air untuk mengusir … Continue reading MB Kedah nampaknya tiada empati dan kesungguhan politik untuk selesaikan isu bekas pekerja Ladang Padang Meha

Bekalan air dipotong! Penduduk Ladang Padang Meha gesa MB Kedah campurtangan segera

ALOR SETAR, KEDAH – 26 SEPTEMBER 2019: Bekas pekerja Ladang Padang Meha berprotes di hadapan Pejabat Menteri Besar Kedah pada hari ini untuk menuntut campurtangan segera daripada pihak Kerajaan Negeri supaya menyambung semula bekalan air ke rumah mereka yang dipotong semalam. Pihak pemilik tanah Ladang Padang Meha, Vintage Developers Sdn Bhd (anak syarikat MBF Holdings … Continue reading Bekalan air dipotong! Penduduk Ladang Padang Meha gesa MB Kedah campurtangan segera

Kerajaan Selangor digesa ambil tanah untuk perumahan pekerja Ladang Bukit Beruntung

SHAH ALAM, SELANGOR – 1 OGOS 2019: Bekas pekerja Ladang Bukit Beruntung mengadakan satu aksi protes di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini, untuk menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya mengambil tanah daripada pemilik tanah ladang bagi tujuan menyelesaikan masalah perumahan yang dihadapi mereka untuk selama 20 tahun. Bekas pekerja Ladang Bukit Beruntung … Continue reading Kerajaan Selangor digesa ambil tanah untuk perumahan pekerja Ladang Bukit Beruntung

Kerajaan tipu pekerja ladang untuk 3 dekad? Pastikan pekerja ladang miliki rumah sendiri!

Kerajaan perlu menggubal undang-undang baru untuk memastikan pekerja-pekerja ladang memiliki rumah mereka sendiri. Seruan ini dikemukakan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam satu sidang akhbar yang diadakan secara bersama dengan Jawatankuasa Perumahan Pekerja Ladang Bukit Beruntung pada 31 Mei 2019 di Kuala Lumpur. Selain anggota Jawatankuasa Perumahan Pekerja Ladang Bukit Beruntung, turut hadir dalam sidang … Continue reading Kerajaan tipu pekerja ladang untuk 3 dekad? Pastikan pekerja ladang miliki rumah sendiri!

Mengapa MPKj tidak bertindak? Mengapa pemaju begitu kebal?

oleh S. Arutchelvan Pada 8 Mei 2019, iaitu tiga hari setelah penganut Sri Maha Karumariamman, Ladang Bangi menyambut perayaan tahunan mereka, pemaju Trans Loyal Development Sdn. Bhd (TLD) secara tiba-tiba telah menutup jalan masuk ke kuil Hindu di situ. Cara mereka menutup jalan adalah amat zalim sekali, di mana mereka menutup terowong untuk masuk ke … Continue reading Mengapa MPKj tidak bertindak? Mengapa pemaju begitu kebal?

Bekalan air dipotong seminggu – Penduduk Ladang Padang Meha minta campurtangan Kerajaan Negeri Kedah

ALOR SETAR, KEDAH – 15 APRIL 2019: Penduduk-penduduk dari Ladang Padang Meha telah menyerahkan satu memorandum kepada Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Aman pada hari ini, dengan tuntutan pada Kerajaan Negeri Kedah supaya mencampurtangan segera dalam isu pemotongan bekalan air yang sedang dihadapi mereka, di samping menyelesaikan isu perumahan mereka yang telah berlarutan untuk selama … Continue reading Bekalan air dipotong seminggu – Penduduk Ladang Padang Meha minta campurtangan Kerajaan Negeri Kedah