Tiga orang bekas pekerja Ladang Windsor, di Ulu Sepetang, Taiping, Perak, telah menerima notis pengusiran pada 3 September 2020 yang dikeluarkan oleh peguam bagi pihak Tradewinds Plantech Sdn Bhd, iaitu syarikat yang menguruskan Ladang Windsor yang merupakan milikan Malakoff Corporation Berhad. Ketiga-tiga orang bekas pekerja ini diarahkan untuk mengosongkan rumah yang dihuni mereka di Ladang Windsor selewat-lewatnya 2 Oktober 2020.

Sebelum ini, pihak majikan Ladang Windsor memotong bekalan air dan elektrik yang disambung ke rumah tiga orang bekas pekerja tersebut pada 19 Ogos 2020. Ini merupakan satu tindakan yang kejam oleh sebuah syarikat yang menjana keuntungan lumayan daripada titik peluh pekerjanya tetapi enggan memberi perhatian kepada tuntutan pekerja untuk skim perumahan. Lebih-lebih lagi, pihak syarikat Malakoff Corporation Berhad enggan menerima surat daripada pekerja dan langsung tidak mahu mendengar tuntutan mereka. Sekarang ini, Malakoff Corporation Berhad, melalui ejen pengurusan ladangnya Tradewinds Plantech Sdn Bhd, berdegil untuk mengusir keluar bekas pekerja ladang secara paksa tanpa mahu berunding dengan pekerja untuk pelaksanaan skim perumahan.

Pekerja-pekerja Ladang Windsor telah mengambil keputusan untuk meneruskan perjuangan mereka dalam menuntut skim perumahan dan melawan pengusiran paksa oleh syarikat gergasi yang langsung tidak berperikemanusiaan.

Pekerja ladang merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi negara kita. Kebanyakan pekerja ladang telah bekerja dan tinggal di kawasan perladangan untuk beberapa generasi lamanya. Selain gaji yang rendah semasa bekerja dan tidak mempunyai pencen selepas mencapai umur persaraan, pekerja-pekerja ladang juga sering menghadapi masalah kehilangan rumah tinggal mereka apabila diberhentikan kerja atau mencapai umur persaraan. Perkara ini terjadi kerana syarikat pemilik ladang gagal melaksanakan skim perumahan untuk pekerja ladang. Skim perumahan untuk pekerja ladang merupakan satu janji yang ditaburkan oleh Kerajaan Malaysia sejak zaman Tun Abdul Razak, dan skim perumahan memang telah dilaksanakan di beberapa ladang di negara kita, tetapi masih ramai pekerja ladang menghadapi masalah perumahan.

Di kawasan yang berdekatan dengan Ladang Windsor, syarikat Sime Darby telah bersetuju untuk memberi tanah kepada pekerja ladang bagi tujuan pembinaan rumah. Kenapa Malakoff Corporation Berhad tidak boleh berbuat demikian? Malakoff Corporation Berhad ialah syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) yang terbesar di Malaysia, dan merupakan anak syarikat kepada MMC Corporation Berhad, sebuah syarikat korporat gergasi utiliti dan infrastruktur yang utama di negara kita. Malakoff Corporation Berhad memiliki tanah seluas 2,500 ekar di Ladang Windsor, dan pekerja-pekerja di situ hanya meminta 3 ekar daripada 2,500 ekar tanah itu (iaitu hanya 0.12%) supaya digunakan untuk membina rumah bagi 25 orang pekerja yang berkhidmat di situ. Ini merupakan tuntutan yang munasabah dan bukannya sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan oleh sebuah syarikat yang begitu besar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s