PSM Negeri Sembilan amat terkejut dengan tindakan pihak pemaju Sime Darby, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), bersama dengan pihak syarikat PLUS Expressway yang membuat cubaan untuk memotong bekalan air di Ladang Kirby, Labu, Negeri Sembilan, pada 8 Jun 2021.

Walaupun pihak penduduk telah menghubungi Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang mempengerusikan jawatankuasa perladangan, Arul Kumar, dan ADUN kawasan Labu, Dato’ Haji Ismail, tetapi mereka berdua langsung tidak memainkan sebarang  peranan untuk memberhentikan tindakan pemotongan air, malah mengatakan Kerajaan Negeri tidak ada sebarang kuasa terhadap Sime Darby.

Tindakan pemotongan air ini dibuat oleh pihak PLUS Expressway yang diberikan kelulusan oleh pihak Sime darby. Jika tindakan ini dilaksanakan, ia akan menjejaskan pembekalan air kepada 20 buah keluarga yang masih menetap di Ladang Kirby.

Cubaan pemotongan air pada 8 Jun 2021 ini kemungkinan berlaku kerana Sime Darby hendak menghalau pekerja-pekerja keluar dari tanah yang kini diduduki mereka. Pada 30 April lalu, para pekerja telah mengadakan satu perjumpaan dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun, di mana dalam mesyuarat tersebut, pihak Menteri Besar setuju bahawa pemindahan sementara mereka ke Flat Lobak dibatalkan dan satu penempatan alternatif akan dicadangkan. Para penduduk pun bersetuju untuk perumahan alternatif yang ditawarkan oleh pemaju dengan kerjasama Kerajaan Negeri setelah satu perjuangan lebih kurang 20 tahun.

Namun, pihak penduduk kemudiannya hanya mendapat tahu melalui salah seorang pekerja bahawa mereka ditawarkan rumah sewa untuk RM500 dan pekerja dikehendaki memberikan jawapan balas pada 24 Mei 2021 padahal surat tersebut langsung tidak diberikan kepada penduduk. Pada 1 Jun 2021, Kerajaan Persekutuan telah pun mengumumkan lockdown di seluruh negara sehingga 14 Jun 2021. Ini menyebabkan kesukaran untuk pekerja berhimpun dan berbincang. Maka mereka telah memaklumkan bahawa mereka memerlukan masa, tetapi belum pun sempat mereka berbincang dan semasa lockdown masih berlaku, tiba-tiba ada pihak hendak memotong bekalan air.

Tindakan nekad Jawatankuasa Penduduk Ladang Kirby yang diketuai oleh P. Shanmugam untuk berunding dengan pihak polis telah berjaya meredakan keadaan dan menangguhkan masalah ini buat sementara waktu. Pegawai Polis di lapangan, Mohd Aris Bin Mohd Salleh, telah menasihatkan pihak PLUS bahawa mereka tidak boleh memotong air dengan tiba-tiba dan mengatakan akan memanggil satu mesyuarat di Balai Polis Labu untuk berbincang dan menyelesaiakan masalah ini dalam masa terdekat ini.

Mengulas perkara ini, Pengerusi PSM Negeri Sembilan, R. Vijaya Gandi, meminta pihak Sime Darby untuk mengadakan perbincangan dengan penduduk dan cuba merundingkan penyelesaian, bukannya membuat tindakan-tindakan yang melulu seperti memotong air dan sebagainya. Ini juga bukan masa yang terbaik untuk melakukan tindakan sebegini . Selain itu, beliau mengatakan bahawa pihak penduduk sedia untuk berpindah ke kuarters kosong di ladang bersebelahan yang juga milik Sime Darby sementara menunggu rumah baharu mereka siap dibina. Namun, cadangan yang bernas ini masih belum mendapat sebarang respon daripada pihak Sime Darby. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak polis atas kerjasama mereka.

==========

Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s