Sekretariat #DakwaZahid mendesak supaya Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga kes yang melibatkannya selesai supaya sebarang percanggahan kepentingan dapat dielakkan.
Dakwa semula Ahmad Zahid! – Surat bantahan PSM-MUDA kepada Peguam Negara merangkap Pendakwa Raya
PSM dan MUDA menyerahkan surat bantahan kepada Pejabat Peguam Negara untuk membantah terhadap keputusannya yang memohon supaya Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan rasuah.
Keadilan untuk Hidayat: Keluarga mangsa kematian dalam tahanan tuntut inkues
Organisasi masyarakat sivil dan keluarga mangsa kematian dalam tahanan menuntut supaya satu inkues diadakan berkenaan dengan kes kematian Muhammad Hidayat semasa dalam tahanan di IPD Pekan.
Pengadu yang simpati tarik balik kes, bila pula Peguam Negara nak bersimpati?
Vally, seorang mangsa kes penipuan, bebas daripada pertuduhan di mahkamah setelah pengadu yang bersimpati dengannya menarik balik kes, tetapi dia ada satu lagi kes di mahkamah. Bilakah Peguam Negara akan bersimpati dengan mangsa penipuan ini dan mencari penjenayah yang sebenar?
Peguam Negara teruskan pendakwaan terhadap aktivis yang pertahankan penduduk miskin daripada pengusiran paksa
22 JULAI 2019 – GEORGETOWN, PULAU PINANG: Kes pendakwaan terhadap Karthiges dan Nathan yang ditangkap semasa mempertahankan penduduk miskin di rumah pangsa PPR Padang Tembak Pulau Pinang daripada pengusiran paksa pada tahun lalu, telah bersambung bicara di Mahkamah Majistret Georgetown pada hari ini. Pendakwaan terhadap kedua-dua orang yang tertuduh diteruskan setelah Jabatan Peguam Negara menolak … Continue reading Peguam Negara teruskan pendakwaan terhadap aktivis yang pertahankan penduduk miskin daripada pengusiran paksa
Didakwa kerana bela rumah Mahathir – Gugurkan dakwaan terhadap Ketua Biro Perumahan PSM
oleh S. Arutchelvan R. Karthiges, Ketua Biro Perumahan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan seorang lagi aktivis tempatan Nathan a/l Munusamy, telah ditangkap pada 5 Jun 2018 yang ketika itu adalah bulan Ramadan, semasa mereka cuba mempertahankan rumah Mahathir bin Hajah Mydeen, seorang penduduk daripada keluarga B40 di unit PPR Padang Tembak, Pulau Pinang. Ini mungkin … Continue reading Didakwa kerana bela rumah Mahathir – Gugurkan dakwaan terhadap Ketua Biro Perumahan PSM
Peguam Negara digesa gugurkan pendakwaan terhadap aktivis yang pertahankan penduduk miskin daripada pengusiran paksa
28 MEI 2019 – PUTRAJAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menyerahkan satu memorandum pada hari ini kepada Jabatan Peguam Negara, dengan seruan pada Peguam Negara Tommy Thomas supaya menggugurkan pendakwaan terhadap Karthiges dan Nathan yang ditangkap semasa mempertahankan penduduk miskin di rumah pangsa PPR Padang Tembak Pulau Pinang daripada pengusiran paksa pada tahun lalu. Kedua-dua … Continue reading Peguam Negara digesa gugurkan pendakwaan terhadap aktivis yang pertahankan penduduk miskin daripada pengusiran paksa
Adakah sistem kehakiman sudah diperbaiki di sebalik kekejutan?
Lim Guan Eng, Menteri Kewangan dan juga mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, telah dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya semasa menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran. Keputusan ini dibuat oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 3 September 2018, berikutan permohonan peguam bela yang mewakili … Continue reading Adakah sistem kehakiman sudah diperbaiki di sebalik kekejutan?