Respon kepada kenyataan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, di Parlimen bahawa CPTPP tidak akan memberi kesan buruk terhadap pertanian dan petani tempatan.
Kuasa melampau dalam tangan penguatkuasa diberikan oleh RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022
RUU yang dibentangkan KKM perlu diubahsuai sepenuhnya sebelum dipertimbangkan untuk kelulusan di Parlimen. Ia mengandungi pelbagai peruntukan berbahaya yang mendedahkan masyarakat kepada pencabulan hak demokratik dan kemanusiaan mereka.
Pesawah padi gesa batalkan projek SMART Sawah Berskala Besar
Pesawah padi membantah projek SMART Sawah Berskala Besar yang bakal menyaksikan pengambilalihan pertanian padi oleh syarikat korporat besar dan meminggirkan petani kecil.
Memorandum persefahaman Kerajaan-Pembangkang patut pertahan kebebasan media
Tiada sebarang desakan tentang kebebasan media yang merupakan alat utama untuk mendidik dan membina pemikiran kritis dalam kalangan masyarakat, yang terkandung dalam Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan selaku pembangkang utama dalam Parlimen.
Tuntutan emosi atau tuntutan rasional: Perlukah Muhyiddin berundur atau semua parti duduk bincang?
Ternyata sekali, polemik pengumuman Muhyiddin adalah semata-mata untuk menyelamatkan bahteranya yang sedang tenggelam. Kita tidak perlu memberi talian hayat kepada pentadbiran ini dengan harapan mereka akan membawa reformasi yang dicadangkan. Mereka tidak pernah jujur dan besar kemungkinan tidak akan jujur pada masa akan datang.
Krisis politik sekarang perlukan penyelesaian interim yang kukuh
PSM mencadangkan pemilihan seorang Perdana Menteri baru dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen, pembentukan sebuah Kerajaan Perpaduan Interim dan menetapkan tarikh PRU-15, bagi mewujudkan penyelesaian sementara yang stabil dan kukuh demi menangani krisis kesihatan dan ekonomi dalam jangka masa pendek ini.
Anak muda tuntut Undi 18 sekarang juga
Anak muda berprotes di Parlimen membantah penangguhan pelaksanaan Undi 18.
JPKK gesa Ahli Parlimen bela nasib pekerja kontrak kerajaan
KUALA LUMPUR – 15 DISEMBER 2020: Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) mengemukakan seruan kepada semua Ahli Parlimen supaya menyokong kempen untuk menghapuskan sistem kontrak dalam perkhidmatan sokongan di premis kerajaan. Seruan ini telah disahut oleh beberapa orang Ahli Parlimen yang mengadakan satu sidang akhbar di dalam Parlimen pada hari ini untuk menyatakan sokongan mereka terhadap … Continue reading JPKK gesa Ahli Parlimen bela nasib pekerja kontrak kerajaan
Haruskah Belanjawan 2021 ditolak?
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Terdapat banyak keluhan daripada masyarakat kaum India tentang ketidakadilan yang kononnya wujud dalam Belanjawan Persekutuan 2021. Banyak komen dipapar dalam media sosial yang merungut tentang peruntukan sebanyak RM11.1 bilion untuk pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Bumiputera sedangkan hanya RM100 juta sahaja diberi kepada masyarakat India untuk tujuan yang sama. Ramai mengatakan Belanjawan ini … Continue reading Haruskah Belanjawan 2021 ditolak?
Ahli parlimen harus gunakan hak untuk debat Belanjawan secara bertanggungjawab dan tanpa kongkongan
oleh Nik Aziz Afiq Pemuda Sosialis merakamkan takzim atas keprihatinan Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) terhadap perkembangan semasa politik negara yang penuh kacau bilau mutakhir ini. Peranan Baginda dalam menjadi simbol penyatuan dan neutral dalam pemerintahan telah membantu negara menghadapi krisis demi krisis saban waktu. Ketika negara mulai bimbang apabila cadangan darurat disebut-sebut … Continue reading Ahli parlimen harus gunakan hak untuk debat Belanjawan secara bertanggungjawab dan tanpa kongkongan