Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa tahun ini, masyarakat sivil di Malaysia melancarkan kempen “Kakak juga pekerja” dalam satu sidang akhbar atas talian pada 7 Mac 2021, untuk menggesa supaya memastikan pekerja-pekerja domestik di negara kita mempunyai hak yang sama dengan pekerja-pekerja yang lain. Kempen yang dilancarkan untuk mengiktiraf sumbangan pekerja-pekerja domestik dengan cara melindungi hak … Continue reading “Kakak juga pekerja”: Pinda Jadual Pertama Akta Kerja untuk lindungi hak pekerja domestik
Apabila hanya tinggal 1,086 pasang kasut…
(foto: Challenger Malaysia) PETALING JAYA, SELANGOR: Masyarakat sivil Malaysia yang prihatin pada 1,086 orang warga Myanmar yang dihantar pulang ke negara Myanmar pada 23 Februari 2021 melalui kapal perang Tentera Laut Myanmar pada ketika rejim pemerintahan tentera Myanmar sedang membunuh rakyatnya di negara sendiri, telah menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan penghantaran pulang itu dan bersolidariti … Continue reading Apabila hanya tinggal 1,086 pasang kasut…
3 orang aktivis disiasat polis kerana perhimpunan memperingati mangsa kematian dalam tahanan
KUALA LUMPUR - 20 JULAI 2020: Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan dan dua orang lagi aktivis sosial telah dipanggil untuk dirakamkan keterangan oleh pihak polis pada hari ini di Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi. Mereka disiasat polis kerana kehadiran mereka dalam perhimpunan “Hari Hitam Kematian Dalam Tahanan di Malaysia” yang diadakan pada … Continue reading 3 orang aktivis disiasat polis kerana perhimpunan memperingati mangsa kematian dalam tahanan
Layani pelarian secara berperikemanusiaan
PUTRAJAYA - 17 JULAI 2020: Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama dengan beberapa lagi organisasi masyarakat sivil telah menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada hari ini dengan seruan kepada Kerajaan untuk menggubal dasar yang berperikemanusiaan terhadap golongan pelarian yang berada di Malaysia. Memorandum yang ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri Hamzah bin Zainuddin tersebut … Continue reading Layani pelarian secara berperikemanusiaan
Membina jambatan merentasi jurang etnik – mesej Hari Krismas dan Tahun Baru 2020
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua yang menyambutnya, dan Selamat Tahun Baru untuk semua rakyat Malaysia. Dalam suasanan perayaan ini, kita semua harus merenung seketika dan mengambil maklum bahawa jika kita benar-benar ingin membina masa depan bahagian untuk negara kita dan anak cucu kita, kita … Continue reading Membina jambatan merentasi jurang etnik – mesej Hari Krismas dan Tahun Baru 2020
Penghormatan untuk S. M. Mohamed Idris (1926-2019)
Tokoh aktivis sosial yang terkenal di Pulau Pinang, S. M. Mohamed Idris, meninggal dunia pada 17 Mei 2019, pada usia 93 tahun. Allahyarham S. M. Mohamed Idris merupakan seorang pemimpin masyarakat sivil yang mendedikasikan hidupnya kepada usaha untuk memperjuangkan keadilan sosial dan perlindungan alam sekitar. S. M. Mohamed Idris pernah menjadi Ahli Majlis Perbandaran Georgetown … Continue reading Penghormatan untuk S. M. Mohamed Idris (1926-2019)
Masyarakat sivil seru untuk undi PSM dalam PRK Semenyih sebagai usaha membina kuasa progresif baru
SEMENYIH, SELANGOR – 27 FEBRUARI 2019: Aktivis-aktivis masyarakat sivil daripada pelbagai latar belakang telah menyeru pada pengundi di kawasan DUN Semenyih untuk mengundi calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Nik Aziz Afiq dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Semenyih yang akan datang ini, sebagai satu langkah yang penting untuk membina kuasa progresif yang baru dalam politik Malaysia. Seruan … Continue reading Masyarakat sivil seru untuk undi PSM dalam PRK Semenyih sebagai usaha membina kuasa progresif baru