Penduduk-penduduk Kampung Jenjarom menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya membatalkan rancangan pembukaan semula kilang bateri plumbum di situ yang bakal mengancam kesihatan dan keselamatan penduduk setempat.
Rakyat marhaen mahukan kehidupan yang lebih baik – Catatan Forum Akar Umbi “Pandemik, Kemiskinan, Perjuangan”
Kehidupan rakyat marhaen telah bertambah susah kerana pandemik COVID-19, tetapi semangat untuk memperjuangkan tuntutan rakyat demi perubahan yang lebih baik bagi semua masih kuat dalam kalangan masyarakat akar umbi. Wakil daripada pelbagai sektor telah menyuarakan tuntutan rakyat marhaen dalam sesi forum kemuncak Himpunan Marhaen 2021.
Batalkan pembukaan semula kilang bateri di Kampung Jenjarom
Kumpulan-kumpulan masyarakat sivil dan penduduk-penduduk setempat di Kampung Jenjarom, membantah pembukaan semula kilang bateri di Kampung Jenjarom, Kuala Langat, Selangor.
Malaysia sakit, rakyat bangkit: #TINDAK15 gesa tindakan segera selamat nyawa rakyat
Malaysia sakit, rakyat bangkit! Lebih 600 orang berhimpun secara maya untuk mengemukakan tuntutan #TINDAK15 bagi pelaksanaan segera supaya menyelamatkan nyawa rakyat dan membebaskan masyarakat Malaysia daripada kemelut krisis COVID-19 yang sedang melanda pada masa kini.
Jika bukan sekarang, bila lagi? – Masyarakat sivil gesa Kerajaan Malaysia sokong penepian hak harta intelek WTO
Penggantungan penguatkuasaan hak harta intelek di bawah TRIPS akan membebaskan teknologi-teknologi perubatan dan membenarkan lebih banyak pengeluar, termasuk pengeluar-pengeluar di negara-negara sedang membangun, untuk mempercepatkan dan meningkatkan pengeluaran vaksin, ubat-ubatan, diagnostik, ventilator dan produk perubatan lain yang diperlukan untuk menangani COVID-19.
Kartel polis dan kebebasan selamatkan institusi polis
(Berikut ialah kenyataan bersama daripada 43 buah organisasi yang dikeluarkan pada 30 April 2021.) Kami, Organisasi Sivil dan Politik yang menandatangani kenyataan mengenai Kartel Polis dan Kebebasan ini ingin menegaskan dan mengutarakan beberapa perkara penting berhubung dengan Institusi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) seperti berikut: Kenyataan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador, semasa … Teruskan membaca Kartel polis dan kebebasan selamatkan institusi polis
Rakyat Malaysia tolak keganasan pemerintah tentera Myanmar
KUALA LUMPUR – 31 MAC 2021: Masyarakat sivil di Malaysia menyatakan bantahan mereka dengan jelas terhadap keganasan yang dilakukan oleh pemerintah tentera Myanmar ke atas rakyat Myanmar yang berprotes secara aman untuk menuntut demokrasi. Bantahan tersebut telah disampaikan kepada Kedutaan Myanmar pada hari ini melalui penyerahan memorandum yang disokong oleh organisasi-organisasi masyarakat sivil dan komuniti … Teruskan membaca Rakyat Malaysia tolak keganasan pemerintah tentera Myanmar
“Kakak juga pekerja”: Pinda Jadual Pertama Akta Kerja untuk lindungi hak pekerja domestik
Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa tahun ini, masyarakat sivil di Malaysia melancarkan kempen “Kakak juga pekerja” dalam satu sidang akhbar atas talian pada 7 Mac 2021, untuk menggesa supaya memastikan pekerja-pekerja domestik di negara kita mempunyai hak yang sama dengan pekerja-pekerja yang lain. Kempen yang dilancarkan untuk mengiktiraf sumbangan pekerja-pekerja domestik dengan cara melindungi hak … Teruskan membaca “Kakak juga pekerja”: Pinda Jadual Pertama Akta Kerja untuk lindungi hak pekerja domestik
Apabila hanya tinggal 1,086 pasang kasut…
(foto: Challenger Malaysia) PETALING JAYA, SELANGOR: Masyarakat sivil Malaysia yang prihatin pada 1,086 orang warga Myanmar yang dihantar pulang ke negara Myanmar pada 23 Februari 2021 melalui kapal perang Tentera Laut Myanmar pada ketika rejim pemerintahan tentera Myanmar sedang membunuh rakyatnya di negara sendiri, telah menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan penghantaran pulang itu dan bersolidariti … Teruskan membaca Apabila hanya tinggal 1,086 pasang kasut…
3 orang aktivis disiasat polis kerana perhimpunan memperingati mangsa kematian dalam tahanan
KUALA LUMPUR - 20 JULAI 2020: Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan dan dua orang lagi aktivis sosial telah dipanggil untuk dirakamkan keterangan oleh pihak polis pada hari ini di Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi. Mereka disiasat polis kerana kehadiran mereka dalam perhimpunan “Hari Hitam Kematian Dalam Tahanan di Malaysia” yang diadakan pada … Teruskan membaca 3 orang aktivis disiasat polis kerana perhimpunan memperingati mangsa kematian dalam tahanan