Banjir sering berlaku kerana pembinaan EKVE– penduduk kampung Felcra Semungkis tuntut pampasan dan penyelesaian

Penduduk-penduduk dari kawasan perkampungan di Jalan Felcra Semungkis, Hulu Langat, Selangor, mengadakan aksi protes di hadapan ibu pejabat Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB), syarikat induk kepada kepada pemaju Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE), untuk mengetengahkan masalah banjir yang sering berlaku sejak bermulanya pembinaan lebuh raya EKVE pada tahun 2017.

Jangan biar tragedi tanah runtuh Granito dan Bukit Kukus berulang lagi! – Perlu mitigasi segera untuk projek pembinaan Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu

Projek pembinaan Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu yang sedang dilaksanakan pada masa sekarang telah menimbulkan kebimbangan masyarakat madani mengenai keselamatan penduduk di sekitar tapak projek dan potensi kesan buruk terhadap alam sekitar. Tragedi yang meragut nyawa seperti tanah runtuh Granito dan Bukit Kukus mungkin berulang lagi di Pulau Pinang, sekiranya tiada tindakan konkrit diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan risiko kejadian yang mengancam nyawa rakyat dan alam sekitar!

Pengambilalihan 4 lebuhraya untuk selamatkan keuntungan Gamuda?

Rancangan pengambilalihan 4 syarikat konsesi lebuhraya bertol oleh kerajaan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini telah menimbulkan persoalan sama ada tindakan itu lebih kepada menyelamatkan keuntungan syarikat Gamuda Berhad. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 24 Jun 2019 oleh Sharan Raj selaku Penyelaras Biro Alam Sekitar Parti Sosialis Malaysia (PSM), PSM … Continue reading Pengambilalihan 4 lebuhraya untuk selamatkan keuntungan Gamuda?