BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR – 8 MEI 2019: Penduduk-penduduk di Ladang Bukit Jalil sedang menghadapi ancaman pengusiran paksa selepas menerima notis pengosongan tapak yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan pada hari semalam (7 Mei 2019). Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan telah menggunakan Seksyen 425(1) Kanun Tanah Negara untuk mengarahkan … Continue reading Penduduk Ladang Bukit Jalil diancam pengusiran paksa
Bekalan air dipotong seminggu – Penduduk Ladang Padang Meha minta campurtangan Kerajaan Negeri Kedah
ALOR SETAR, KEDAH – 15 APRIL 2019: Penduduk-penduduk dari Ladang Padang Meha telah menyerahkan satu memorandum kepada Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Aman pada hari ini, dengan tuntutan pada Kerajaan Negeri Kedah supaya mencampurtangan segera dalam isu pemotongan bekalan air yang sedang dihadapi mereka, di samping menyelesaikan isu perumahan mereka yang telah berlarutan untuk selama … Continue reading Bekalan air dipotong seminggu – Penduduk Ladang Padang Meha minta campurtangan Kerajaan Negeri Kedah
Pekerja 5 ladang di Batang Berjuntai mahu Menteri Perumahan percepatkan penyelesaian masalah perumahan
PUTRAJAYA: Wakil pekerja dari 5 buah ladang di Batang Berjuntai (Ladang Mary, Ladang Nigel Gardner, Ladang Sungai Tinggi, Ladang Minyak dan Ladang Bukit Tagar) telah hadir ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 12 April 2019, untuk menyerahkan surat terkini daripada syarikat Berjaya dan memaklumkan perkembangan terkini supaya KPKT mengambil tindakan untuk mempercepatkan proses … Continue reading Pekerja 5 ladang di Batang Berjuntai mahu Menteri Perumahan percepatkan penyelesaian masalah perumahan
Suami isteri tuntut keadilan kerana dibuang kerja atas pertuduhan tidak sah
Roman dan isterinya Maheswary bekerja di sebuah ladang di Gemencheh, Negeri Sembilan. Maheswary bekerja dengan Nam Bee Company, manakala Roman bekerja sebagai pemandu lori di The Muar Rice and Transport Co. Sdn Bhd, anak syarikat kepada Nam Bee Company. Kedua-dua mereka telah diberhentikan kerja atas dua pertuduhan, iaitu memukul seorang warga Nepal dan mengingkar arahan … Continue reading Suami isteri tuntut keadilan kerana dibuang kerja atas pertuduhan tidak sah
Ladang Padang Meha – Sebuah kisah tentang penipuan korporat
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Pada tahun 1994, syarikat East Asiatic menjual tanah ladang seluas 5,000 ekar kepada MBf Holdings dengan harga RM 115.9 juta. 460 orang pekerja diberhentikan kerja pada masa itu. Lebih kurang separuh daripada mereka menerima gaji 20 hari untuk setiap tahun berkhidmat sebagai faedah pemberhentian kerja yang diwajibkan di bawah Akta Kerja, … Continue reading Ladang Padang Meha – Sebuah kisah tentang penipuan korporat
Penduduk Ladang Padang Meha desak MBF Holdings selesaikan masalah perumahan yang berlarutan 23 tahun
KUALA LUMPUR – 25 OKTOBER 2018: Lebih 80 orang bekas pekerja Ladang Padang Meha di Kedah telah berprotes di depan Menara MBF di Kuala Lumpur pada hari, untuk menuntut pada MBF Holdings supaya menyelesaikan masalah pampasan rumah yang telah berlarutan untuk 23 tahun. Para bekas pekerja Ladang Padang Meha dan keluarga mereka yang datang jauh … Continue reading Penduduk Ladang Padang Meha desak MBF Holdings selesaikan masalah perumahan yang berlarutan 23 tahun
Menteri Wilayah Persekutuan akan teliti isu perumahan bekas pekerja Ladang Bukit Jalil
KUALA LUMPUR – 20 SEPTEMBER 2018: Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad telah bersetuju untuk meneliti isu perumahan bekas pekerja Ladang Bukit Jalil, berikutan satu perjumpaan dengan wakil penduduk Bukit Jalil bersama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada hari semalam, 19 September 2018. Jawatankuasa Bekas Pekerja Ladang Bukit Jalil mengadakan satu sidang akhbar pada hari ini … Continue reading Menteri Wilayah Persekutuan akan teliti isu perumahan bekas pekerja Ladang Bukit Jalil
17 tahun berjuang akhirnya menang: Penduduk Ladang Bangi dapat rumah percuma
Selepas perjuangan melawan pengusiran paksa yang berlarutan untuk 17 tahun, 24 keluarga bekas pekerja di Ladang Bangi akhirnya berjaya mempertahankan hak perumahan mereka dengan mendapat rumah gantian daripada pihak pemaju.