50685946_2304212939602567_703618258443436032_n.jpg

Roman dan isterinya Maheswary bekerja di sebuah ladang di Gemencheh, Negeri Sembilan. Maheswary bekerja dengan Nam Bee Company, manakala Roman bekerja sebagai pemandu lori di The Muar Rice and Transport Co. Sdn Bhd, anak syarikat kepada Nam Bee Company. Kedua-dua mereka telah diberhentikan kerja atas dua pertuduhan, iaitu memukul seorang warga Nepal dan mengingkar arahan majikan (kerana enggan menandatangani surat tunjuk sebab yang diserahkan kepada mereka).

Pada bulan Januari 2018, seorang lelaki warga Nepal yang bekerja ladang tersebut cuba melakukan pencabulan seksual terhadap Maheswary semasa dia sedang menyidai kain di belakang rumahnya pada waktu pagi sebelum bermula kerja. Lelaki tersebut dalam keadaan berpakaian seluar dalam sahaja cuba menarik tangan Maheswary ke dalam sebuah rumah kosong rumah yang berhampiran. Mageswary bertindak untuk menyelamatkan diri dengan memukul lelaki itu dengan seliparnya.

Selepas itu, Roman dan Maheswary berjaya membawa lelaki penyerang itu ke Balai Polis di Air Kuning dengan keizinan seorang pegawai atasan Syarikat tersebut. Isu ini telah pun selesai di balai serta di hadapan pegawai tersebut dengan beberapa syarat. Tetapi pada keesokan hari kedua-dua isteri dan suami dihentikan kerja oleh majikan masing-masing, sementara lelaki yang menyerang Maheswary itu masih bekerja seperti biasa dan tiada tindakan diambil terhadapnya.

Roman telah dituduh memukul lelaki Nepal tersebut, tetapi insiden seperti itu tidak berlaku. Roman dan Maheswary dipecat oleh majikan mereka setelah siasatan dalaman yang dijalankan oleh majikan mengatakan mereka bersalah dalam pertuduhan itu.

Kes ini telah dibawa dan difail di Jabatan Tenaga Kerja Seremban pada bulan Mac 2018 selepas dua bulan diberhentikan kerja. Pada 27 Julai 2018, mereka berdua telah menang di Mahkamah Buruh Seremban kerana didapati siasatan dalaman berat sebelah dan berlakunya salahguna kuasa oleh pihak syarikat. Mahkamah Buruh memerintah untuk membayar segala kos termasuk gaji, faedah penamatan kerja serta gaji ganti notis lebih kurang RM 12 ribu dalam masa 30 hari bagi kedua-dua suami dan isteri.

Namun, pihak majikan mencabar keputusan Mahkamah Buruh di Mahkamah Tinggi Seremban. Kes telah dibicara pada 23 Januari 2019. Kedua-dua pekerja diwakili oleh Peguam Y. Kohila. Mahkamah Tinggi akan menyampaikan keputusan rayuan kes ini pada 15 Februari 2019.

3 thoughts on “Suami isteri tuntut keadilan kerana dibuang kerja atas pertuduhan tidak sah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s