IMG-20190516-WA0034

KAJANG, SELANGOR – 16 MEI 2019: Seramai 30 orang terdiri daripada pelbagai kaum telah berkumpul di Ibupejabat Polis Daerah Kajang hari ini untuk menyatakan solidariti kepada Persatuan Penganut Sri Maha Karumariamman, Ladang Bangi (PPSMK) yang hadir untuk membuat aduan polis terhadap pemaju Trans Loyal Development Sdn Bhd (TLD).

Ini merupakan aduan kedua PPSMK terhadap TLD. Aduan kali pertama telah dibuat pada 8 Mei 2019. Aduan terhadap TLD ini dibuat kerana TLD sebagai pemaju telah membina beberapa sekatan yang menghalang satu-satunya laluan ataupun jalan akses menuju ke kuil Ladang Bangi. Tindakan sewenang-wenang pemaju ini telah menyebabkan kesusahan kepada penganut agama dan pengunjung kuil untuk menunaikan ibadat.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelesaikan isu ini sebaik-baiknya. Walhal pada 10 Ogos 2018, PSM yang diwakili oleh S. Arutchelvan telah mengadakan mesyuarat di Pejabat Exco Ganabatirau (Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor berkaitan Hal Ehwal Perladangan), yang mana Ahli Exco sendiri telah menyatakan dengan tegasnya bahawa laluan ke kuil Ladang Bangi tidak boleh ditutup. Kenyataan Exco ini dipersetujui oleh Chia Yan Song selaku Pengurus Besar TLD. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Kes laluan ke kuil Ladang Bangi ini juga sebenarnya telah mendapat perhatian daripada Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj Nizam Zahar, apabila pada 17 Ogos 2018, beliau telah menghantar surat kepada pemaju TLD dan mengarahkan pemaju untuk membenarkan laluan sedia ada sebagai laluan keluar masuk sementara ke kuil Ladang Bangi sehingga laluan yang sah dibina mengikut pelan kelulusan.

Selepas pelbagai rundingan dibuat, nampaknya pemaju masih berdegil untuk menutup laluan. Pemaju bertindak seolah-olah memiliki kuasa yang lebih besar daripada MPKj dan begitu berani menafikan arahan yang diberikan oleh MPKj kepada mereka. MPKj pula dilihat seperti anak anjing mendengar guruh di langit apabila berhadapan dengan pemaju, padahal MPKj tidak malu menunjuk-nunjuk taring apabila berurusan dengan isu permit penjaja-penjaja kecil.

Hari esok Jumaat adalah hari di mana para penganut akan berkunjung ke kuil untuk bersembahyang. Pada kebiasaannya mereka akan menunaikan ibadah pada jam tujuh malam. MPKj seharusnya bertindak lebih tegas ke atas pemaju sebagaimana ketegasan mereka ke atas penjaja-penjaja kecil dalam soal permit. Hak kebebasan agama termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan, bahawa tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya. Jelasnya pemaju telah melanggar hak ini, sekaligus menafikan Perlembagaan Persekutuan yang kita sebagai rakyat Malaysia junjung bersama.

Jika MPKj terus bersikap pengecut, maka para penganut terpaksa mengambil langkah untuk membuka mangga supaya mereka dapat menjalankan ibadat sembahyang. Penganut yakin bahawa tindakan mereka dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Tindakan pemaju LTD membina sekatan dan menghalang laluan ke rumah ibadat bukan saja bercanggah dengan arahan Kerajaan Negeri dan MPKj, malah turut mengancam keharmonian dan keamanan rakyat keseluruhannya. Pihak berwajib harus membuat siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap pemaju. PPSMK berharap bahawa inilah kali terakhir pemaju bersikap seolah-olah lebih besar daripada undang-undang dan tidak menghormati perlembagaan.

Bacaan selanjut: Mengapa MPKJ tidak bertindak? Mengapa pemaju begitu kebal?

One thought on “Pemaju Transloyal sekat laluan masuk ke Kuil Ladang Bangi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s