Kita sudah sampai ke penghujung tahun 2020 dan bakal menyambut Tahun Baru 2021. Marilah kita imbas kembali sepintas lalu pergolakan politik dan sosio-ekonomi yang berlaku di negara Malaysia sepanjang tahun 2020. 1. Penularan wabak COVID-19 dan PKP Pandemik penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) menular di seluruh dunia sejak awal tahun 2020, dan Malaysia juga tidak dapat … Continue reading Imbas kembali 2020: Pergolakan dalam negara Malaysia
Pengewangan hutang – Jangan biar perkara baharu takutkan anda!
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Terdapatnya lonjakan dalam minat terhadat strategi “pengewangan hutang” (debt monetization) khususnya selepas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal menyokong pendekatan ini. Terdapatnya suara-suara yang menyokong dan membantahnya. Seorang bergelaran Tan Sri dalam salah satu kumpulan Whatsapp yang saya ada dalamnya menulis, “Mencetak wang adalah tidak bertanggungjawab dan membinasakan. Kita … Continue reading Pengewangan hutang – Jangan biar perkara baharu takutkan anda!
Terlepas pandang pada masalah yang lebih besar – Pandangan sepintas lalu Belanjawan 2021
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Terdapat beberapa aspek dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz yang tidak menyenangkan untuk saya. Yang pertama adalah, isteri saya dan saya akan menerima bayaran sekali gus (one-off) RM300 masing-masing kerana kami ialah pesara kerajaan. Adakah kerajaan mempunyai lebihan dana yang begitu besar sehingga ia boleh memberi … Continue reading Terlepas pandang pada masalah yang lebih besar – Pandangan sepintas lalu Belanjawan 2021
Belanjawan 2021: Idea baru diperlukan untuk tangani kemelesetan zaman COVID-19
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Apakah belanjawan yang paling sesuai untuk Malaysia mengharungi kemelesetan ekonomi yang timbul daripada pandemik COVID-19? Ini ialah isu penting yang patut kita bincangkan agar penyelesaian yang sesuai dapat ditemui. Setiap negara perlu membangunkan konsensus nasional mengenai bagaimana kapasiti kewangan negara yang terhad harus digunakan untuk mengurangkan kesan pandemik yang sedang berlaku … Continue reading Belanjawan 2021: Idea baru diperlukan untuk tangani kemelesetan zaman COVID-19
Lanjutkan moratorium kepada B40 & M40
oleh Gandipan Nantha Gopalan Pemuda Sosialis ingin menggesa kerajaan untuk melanjutkan moratorium pinjaman bank kepada golongan yang berpendapatan rendah (B40 dan M40). Pelanjutan moratorium ini akan membantu golongan pekerja dan pemilik syarikat kecil/sederhana untuk mengharungi pandemik COVID-19. Kami ingin mengingatkan kerajaan bahawa terdapat ramai orang yang telah hilang punca pendapatan, mengalami potongan gaji dan ramai … Continue reading Lanjutkan moratorium kepada B40 & M40
Kemelesetan ekonomi pasca COVID-19: Cadangan PSM untuk pulihkan negara demi rakyat – Pastikan tiada sesiapa yang ketinggalan
Wabak COVID-19 telah mengejutkan ekonomi global. Walaupun beberapa pakar ekonomi arus perdana berusaha untuk menyakinkan diri bahawa ekonomi global akan bangkit semula selepas langkah-langkah kawalan pergerakan di beberapa buah negara dilonggarkan, hakikatnya adalah pemulihan ini tidak akan berbentuk “V” dan ekonomi dunia akan mengambil masa 18 bulan ataupun lebih untuk pulih ke tahap sebelum wabak … Continue reading Kemelesetan ekonomi pasca COVID-19: Cadangan PSM untuk pulihkan negara demi rakyat – Pastikan tiada sesiapa yang ketinggalan
Pulih negara demi rakyat: PSM kemuka cadangan tangani kemelesetan ekonomi pasca COVID-19
PUTRAJAYA - 16 JULAI 2020: Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyerahkan satu dokumen yang mengandungi cadangan pelan tindakan nasional untuk menangani kegawatan ekonomi negara kerana krisis wabak COVID-19 kepada Pejabat Perdana Menteri pada hari ini. Rombongan PSM yang hadir semasa penyerahan memorandum hari ini terdiri daripada Dr. Jeyakumar Devaraj selaku Pengerusi PSM, S. Arutchelvan selaku Timbalan … Continue reading Pulih negara demi rakyat: PSM kemuka cadangan tangani kemelesetan ekonomi pasca COVID-19
Ada apa dengan Pendapatan Asas Sejagat (UBI)?
Dalam keadaan krisis ekonomi yang membawa kepada pengangguran dan kehilangan pendapatan secara meluas dalam masyarakat, sehingga wujudnya kemungkinan semakin ramai orang tidak mempunyai punca pendapatan tetap untuk mendapatkan makanan yang mencukupi, UBI semakin menjadi satu topik perbincangan hangat sebagai solusi kepada masalah ini. UBI yang dimaksudkan di sini bukannya ubi kentang, ubi kayu atau ubi keledek … Continue reading Ada apa dengan Pendapatan Asas Sejagat (UBI)?
PENJANA – Pelan pemulihan ekonomi yang penuh kelemahan
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) menghargai bahawa Kerajaan Perikatan Nasional menyedari perlunya campurtangan Kerajaan dalam menangani kemerosotan ekonomi yang sedang kita lalui. Ini menunjukkan bahawa kerajaan sedar akan pernyataan neoliberal yang mengatakan pasaran boleh memperbetulkan diri itu adalah tidak boleh dipakai dalam situasi sekarang. Namun, sebarang campurtangan kerajaan harus dikonsepsikan dengan baik serta bersesuaian dengan … Continue reading PENJANA – Pelan pemulihan ekonomi yang penuh kelemahan
Koronavirus, kegawatan, krisis dan kapitalisme
Sungai Yangtze atau Sungai Panjang di China, sungai terpanjang di benua Asia, mengalir melalui satu tempat yang sebegini di wilayah Hubei yang terletak di bahagian tengah Tanah Besar China: Di tebing barat laut Sungai Yangtze, terdapat sebuah tempat bernama Hanyang, yang pernah menjadi pusat perindustrian yang penting di China, di mana kilang senjata Hanyang yang … Continue reading Koronavirus, kegawatan, krisis dan kapitalisme