Vaksin COVID-19: Biar cermat asal selamat!

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Ianya cukup jelas bahawa kita memerlukan vaksin COVID-19 bagi melawan pandemik koronavirus. Jika sejumlah besar populasi kita diimunkan secara signifikan – biarpun buat hanya sementara waktu atau untuk tempoh selama setahun atau dua – pastinya kadar jangkitan koronavirus akan menurun. Sekaligus, bermakna yang kita dapat mengurangkan tahap penjarakan sosial, serta lebih … Continue reading Vaksin COVID-19: Biar cermat asal selamat!

Akhbar Sosialis Edisi Khas Pandemik 2020 – Koronavirus, Krisis Ekonomi & Kapitalisme

Penerbitan Akhbar Sosialis bercetak telah tergendala sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kini dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, Akhbar Sosialis diterbit dalam siri buku kecil bentuk PDF atas talian untuk dimuat turun oleh para pembaca secara percuma. Penerbitan Akhbar Sosialis edisi khas secara atas talian ini bertujuan untuk membolehkan para pembaca dapat terus mengakses … Continue reading Akhbar Sosialis Edisi Khas Pandemik 2020 – Koronavirus, Krisis Ekonomi & Kapitalisme

Ada apa dengan Pendapatan Asas Sejagat (UBI)?

Dalam keadaan krisis ekonomi yang membawa kepada pengangguran dan kehilangan pendapatan secara meluas dalam masyarakat, sehingga wujudnya kemungkinan semakin ramai orang tidak mempunyai punca pendapatan tetap untuk mendapatkan makanan yang mencukupi, UBI semakin menjadi satu topik perbincangan hangat sebagai solusi kepada masalah ini. UBI yang dimaksudkan di sini bukannya ubi kentang, ubi kayu atau ubi keledek … Continue reading Ada apa dengan Pendapatan Asas Sejagat (UBI)?

Mencari strategi rawatan terbaik untuk selamatkan nyawa – Pandangan mengenai pengurusan klinikal bagi pesakit COVID-19

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Virus COVID-19 atau Koronavirus Sindrom Pernafasan Akut 2 (SARS-CoV-2) ialah sejenis patogen yang baru dan pakar perubatan masih belum mengetahui sepenuhnya mengapa ia mempunyai kesan yang lebih teruk ke atas sesetengah orang berbanding yang lain. Daripada data yang diperolehi dari China, nampaknya lebih kurang satu pertiga individu yang dijangkiti virus ini … Continue reading Mencari strategi rawatan terbaik untuk selamatkan nyawa – Pandangan mengenai pengurusan klinikal bagi pesakit COVID-19

(Komik) Lawan COVID-19: Tanggungjawab kita bersama

Usaha melawan penularan wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) ialah tanggungjjawab kita bersama. Perintah Kawalan Pergerakan telah diisytiharkan di seluruh Malaysia selama dua minggu (18-31 Mac 2020), kerana situasi wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan. Ini bukan sahaja perjuangan kakitangan perubatan di barisan hadapan untuk mengesan dan merawat mereka yang dijangkiti virus COVID-19, tetapi semua rakyat memainkan … Continue reading (Komik) Lawan COVID-19: Tanggungjawab kita bersama

WHO isytihar COVID-19 sebagai Pandemik

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytihar pada 11 Mac 2020 bahawa wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) boleh disifatkan sebagai “Pandemik”, iaitu kejadian wabak besar-besaran yang merebak seantero dunia dan melibatkan populasi yang besar. Ini merupakan pandemik pertama yang disebabkan oleh koronavirus (wabak SARS yang juga disebabkan oleh jangkitan koronavirus pada tahun 2002-2003 hanya dikategorikan sebagai epidemik). … Continue reading WHO isytihar COVID-19 sebagai Pandemik

Wabak COVID-19: Dasar kapitalis tiada guna untuk hadapi ancaman kesihatan awam

Wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), telah menjadi tumpuan dunia hampir dua bulan kebelakangan ini, dan membunyikan loceng amaran kepada kesihatan rakyat sedunia. Wabak yang bermula dari bandaraya Wuhan di negara China pada bulan Disember 2019 ini, telah merebak ke seluruh negara China dan juga sudah lebih 30 buah negara atau wilayah di peringkat dunia. Pertubuhan … Continue reading Wabak COVID-19: Dasar kapitalis tiada guna untuk hadapi ancaman kesihatan awam

Wabak Koronavirus 2019-nCoV: Darurat Kesihatan Awam Global terbaru

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytihar Darurat Kesihatan Awam yang Membimbangkan Antarabangsa (Public Health Emergency of International Concern, PHEIC) terhadap penularan wabak koronavirus baru, 2019-nCoV, yang tercetus di bandaraya Wuhan di China dan sedang menular di dalam dan luar negara China sekarang ini. Pengisytiharan ini dibuat selepas mesyuarat kedua Jawatankuasa Kecemasan yang dipanggil oleh Ketua … Continue reading Wabak Koronavirus 2019-nCoV: Darurat Kesihatan Awam Global terbaru

Wabak 2019-nCoV: Lawan wabak dengan kesedaran sivik bukannnya panik

Wabak Koronavirus Baru 2019-nCoV, atau juga dikenali sebagai Wabak Koronavirus Wuhan kerana ia paling awal ditemui di bandaraya Wuhan di China, sedang merebak bukan sahaja di bandaraya Wuhan dan Wilayah Hubei di China, tetapi di banyak tempat di dalam dan di luar negara China. Setakat 28 Januari 2020, dilaporkan seramai lebih 4600 orang telah disahkan … Continue reading Wabak 2019-nCoV: Lawan wabak dengan kesedaran sivik bukannnya panik