Hari Wanita Antarabangsa: Pembebasan wanita dan kesamarataan gender yang belum selesai

Apabila dunia kita semakin maju dari segi pembangunan ekonomi dan kecanggihan teknologi, dengan robot dan kecerdasan buatan (AI) sudah dapat menggantikan manusia untuk melakukan pelbagai perkara, masih wujudnya ketidaksamarataan gender yang ketara, seperti yang ditunjukkan dalam statistik di atas. Walaupun banyak hak wanita telah direalisasikan hasil daripada usaha perjuangan masyarakat yang berterusan, masih terdapat banyaknya penindasan terhadap wanita, keganasan terhadap wanita dan jurang antara gender yang masih besar dalam pelbagai aspek.

Kuba: Referendum rakyat luluskan Kanun Keluarga yang paling progresif

Negara Kuba telah meluluskan Kanun Keluarga yang boleh dikatakan paling progresif di dunia pada masa kini selepas hampir 67% warga Kuba yang mengundi dalam referendum menyokong undang-undang baharu ini. Kanun Keluarga Kuba yang baharu ini telah memperluaskan hak wanita, kanak-kanak, warga emas, orang kelainan upaya dan minoriti seksual di sisi undang-undang, di samping menakrif semula makna sebuah keluarga dengan memberi penekanan kepada kasih sayang, maruah manusia dan tanpa diskriminasi.

(Galeri gambar) Sepintas lalu sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2021 di seluruh dunia

Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun di merata tempat di seluruh dunia untuk mengetengahkan tuntutan-tuntutan masyarakat yang berkaitan dengan kesamarataan gender. Sambutan Hari Wanita Antarabangsa biasanya disambut dalam pelbagai bentuk aksi seperti perhimpunan awam, perarakan jalanan dan sebagainya. Dunia kita telah terjerumus dalam krisis yang mendalam pada ketika ini, dengan krisis penularan … Continue reading (Galeri gambar) Sepintas lalu sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2021 di seluruh dunia

Perjuangan wanita dan pembebasan masyarakat

(Rencana khas Hari Wanita Antarabangsa) Masyarakat manusia dibentuk oleh lelaki, wanita dan golongan minoriti seksual yang lain. Proses kemajuan masyarakat merupakan hasil usaha manusia daripada semua gender, bukannya satu-satu gender sahaja. Walaupun sistem patriarki mendominasi pada kebanyakan masa sepanjang sejarah kewujudan masyarakat kelas di dunia ini, tetapi golongan wanita telah memainkan peranan yang amat penting … Continue reading Perjuangan wanita dan pembebasan masyarakat

Teguh bersolidariti bukan mendiskriminasi

oleh Biro Gender Parti Sosialis Malaysia (PSM) Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan yang menghakimi Seksyen 28 di bawah Enakmen Syariah Negeri Selangor berkenaan kesalahan melakukan persetubuhan di luar tabii adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 28 telah digunakan sebagai satu alat yang menindas dan untuk menjenayahkan orientasi seksual komuniti LGBT di … Continue reading Teguh bersolidariti bukan mendiskriminasi

(Galeri gambar) Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2020 di seluruh dunia

Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun dalam bentuk perayaan, protes, perhimpunan dan perarakan, untuk mengetengahkan isu yang dihadapi oleh wanita dan memperjuangkan kesamarataan gender. Sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang berasal daripada perjuangan gerakan pekerja wanita untuk menuntut hak mengundi dan kesamarataan hak tanpa mengira gender, telah menjadi satu acara tahunan yang meriah … Continue reading (Galeri gambar) Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2020 di seluruh dunia

MEF digesa sokong ratifikasi Konvensyen ILO 190

PETALING JAYA - 9 MAC 2020: Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada 8 Mac setiap tahun, Gabungan Pembaharuan Undang-undang Buruh (Labour Law Reform Coalition, LLRC) telah menyerahkan satu memorandum kepada Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) pada hari ini untuk menggesa pada MEF supaya menyokong usaha meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) No. 190 mengenai … Continue reading MEF digesa sokong ratifikasi Konvensyen ILO 190