Tangani isu sosial dan pendidikan dengan tindakan berasaskan keadilan sosial

Dasar pendidikan harus disusun semula berasaskan prinsip keadilan sosial, termasuk pelaksanaan pendidikan seks yang inklusif, kesedaran gender, perkhidmatan kesihatan mental percuma, serta sistem sokongan komuniti yang kukuh supaya pendidikan benar-benar berfungsi untuk membebaskan manusia, bukan sekadar menyesuaikan mereka dalam sistem yang menindas.

Pembebasan wanita dan kesamarataan gender yang masih belum dicapai

Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun, bukan sekadar untuk memberi penghargaan kepada sumbangan dan pengorbanan golongan wanita kepada masyarakat kita, atau meraikan kejayaan dan pencapaian kaum wanita dalam pelbagai bidang, tetapi yang lebih penting adalah mengingatkan kita semua bahawa perjuangan harus diteruskan untuk menegakkan hak wanita, membebaskan wanita daripada segala bentuk penindasan dan mewujudkan kesamarataan gender.

Hari Wanita Antarabangsa: Pembebasan wanita dan kesamarataan gender yang belum selesai

Apabila dunia kita semakin maju dari segi pembangunan ekonomi dan kecanggihan teknologi, dengan robot dan kecerdasan buatan (AI) sudah dapat menggantikan manusia untuk melakukan pelbagai perkara, masih wujudnya ketidaksamarataan gender yang ketara, seperti yang ditunjukkan dalam statistik di atas. Walaupun banyak hak wanita telah direalisasikan hasil daripada usaha perjuangan masyarakat yang berterusan, masih terdapat banyaknya penindasan terhadap wanita, keganasan terhadap wanita dan jurang antara gender yang masih besar dalam pelbagai aspek.