Petani-petani di Kuala Bikam, Sungkai, Perak, telah menang dalam kes saman yang dibawa oleh syarikat Pengurusan Pasir Perak Sdn Bhd terhadap mereka apabila Mahkamah Tinggi Ipoh menolak tuntutan syarikat tersebut.
Dua adik-beradik akhirnya bebas dari tuduhan palsu
Mahkamah Sesyen Kajang melepaskan dan membebaskan dua orang adik-beradik yang dituduh di bawah Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Pemandu lori menang kes mahkamah: Majikan yang gagal bayar caruman KWSP tidak boleh tuntut bayaran daripada pekerja
Seorang pemandu lori menang dalam kes saman oleh majikan terhadapnya di Mahkamah Majistret Kampar, berkenaan dengan tuntutan baki caruman KWSP yang gagal dibayar oleh majikan itu sendiri.
Dua orang petani Mambang Diawan didakwa “menceroboh” tanah pemaju hartanah
KAMPAR: Dua orang petani di Mambang Diawan, Perak, yang sudah lama mengusahakan tanah pertanian, telah didakwa di Mahkamah Majistret Kampar pada 12 Mac 2021 atas pertuduhan aktiviti pertanian yang diusahakan mereka telah menceroboh tanah milik syarikat pemaju hartanah. Dua orang petani di Mambang Diawan ini ditangkap oleh polis dan ditahan semalaman di lokap Ibupejabat Polis … Continue reading Dua orang petani Mambang Diawan didakwa “menceroboh” tanah pemaju hartanah
Pengawal keselamatan berjaya cabar kekebalan Kedutaan AS
KUALA LUMPUR - 3 FEBRUARI 2021: Mahkamah Rayuan memutuskan pada hari ini dalam satu perbicaraan atas talian, untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun lalu yang berpihak kepada Kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang memohon untuk membatalkan rujukan kes pemberhentian kerja Subramaniam Letchimanan ke Mahkamah Perusahaan oleh Menteri Sumber Manusia. Keputusan Mahkamah Rayuan ini … Continue reading Pengawal keselamatan berjaya cabar kekebalan Kedutaan AS
Seorang balu B40 menang kes tuntutan pencen penakat terhadap PERKESO
oleh M. Sivaranjani Lum Kun Tai ialah seorang balu yang menuntut pencen penakat daripada PERKESO setelah suaminya meninggal dunia pada buan November 2015. Lum Kun Tai telah berkahwin dengan suaminya pada tahun 1991 mengikut adat tradisi di tokong dan mempunyai 4 anak. Salah seorang anaknya merupakan OKU. Permohonan untuk pencen penakat bagi Lum Kun Tai … Continue reading Seorang balu B40 menang kes tuntutan pencen penakat terhadap PERKESO
Mahkamah Rayuan ketepikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang mengusir penternak ikan Kuala Kuang
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan daripada 2 orang penternak ikan dari Kuala Kuang, Chemor, Perak, untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang mengusir mereka. Keputusan Mahkamah pada 5 Oktober 2020 ini dibuat secara sebulat suara oleh panel tiga orang hakim yang terdiri daripada Datuk Hanipah binti Farikullah, Datuk Nor Bee Binti Ariffin dan Dato’ … Continue reading Mahkamah Rayuan ketepikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang mengusir penternak ikan Kuala Kuang
Aktivis kesatuan pekerja pembersihan hospital dilepaskan daripada pertuduhan di mahkamah
IPOH, PERAK – 2 OKTOBER 2020: 5 orang aktivis kesatuan yang didakwa atas pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana mengadakan aksi protes membantah penindasan terhadap kesatuan sekerja di hadapan Hospital Besar Ipoh, telah dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ipoh, selepas pihak pendakwaraya menerima representasi daripada pihak peguam yang mewakili aktivis-aktivis tersebut untuk menggugurkan … Continue reading Aktivis kesatuan pekerja pembersihan hospital dilepaskan daripada pertuduhan di mahkamah
Mahkamah Rayuan benarkan penangguhan pelaksanaan pengusiran terhadap petani Chemor
PUTRAJAYA: Pada 22 September 2020, Mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang difailkan oleh 3 orang petani dari Chemor, Perak, maka menangguhkan pengusiran paksa yang sedang dihadapi oleh petani-petani berkenaan untuk sementara waktu. 3 orang petani telah bercucuk tanam di kawasan Kuala Kuang, Chemor, Perak, selama lebih setengah abad. Mereka … Continue reading Mahkamah Rayuan benarkan penangguhan pelaksanaan pengusiran terhadap petani Chemor
Persoalan undang-undang: Adakah pemecatan Kohila bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan?
Pada 9 September 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mendengar permohonan oleh pihak Bank Negara di bawah Aturan 33 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 untuk membicarakan sama ada Kod Etika Bank Negara selari dengan Perlembagaan Persekutuan atau tidak, dan adakah klausa-klausa yang digunakan untuk memecat Y. Kohila bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Hujah Bank Negara dibentangkan oleh peguam … Continue reading Persoalan undang-undang: Adakah pemecatan Kohila bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan?