Cadangan mengenai perumahan kos rendah dan perumahan mampu milik yang terkandung dalam Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030 mempunyai banyak kelemahan dan tidak memadai dalam menangani masalah perumahan yang dihadapi oleh rakyat Pulau Pinang.
Tugasan pertama PM ke-10: Tarik balik ratifikasi perjanjian CPTPP!
Menarik balik ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan segera haruslah dijadikan tugasan pertama Perdana Menteri ke-10!
Pendirian PSM mengenai senario pasca PRU-15 dan pembentukan kerajaan baharu
Negara kita sedang berada di persimpangan sejarah. Inilah saatnya kita perlukan kematangan dan kebijaksanaan politik daripada semua pihak untuk menghindar diri daripada permainan politik populis sempit yang memecah-belahkan rakyat dan menanam perasaan kebencian berasaskan etnik atau agama. Inilah masanya untuk kita memulakan semula usaha membina perpaduan rakyat demi mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih maju, adil, sejahtera, harmoni, demokratik, progresif dan inklusif.
Pengurusan Prasarana gagal tangani krisis – Perlunya dasar pengangkutan awam komprehensif
Reaksi Rapid KL selepas LRT mengalami gangguan teknikal sangat mengejutkan dan menyedarkan kita bahawa Rapid KL telah kehilangan kapasiti untuk menangani krisis.
Pemuda Sosialis sokong 15 tuntutan mahasiswa untuk PRU-15
Pemuda Sosialis PSM menyokong 15 tuntutan daripada gerakan mahasiswa yang ditujukan kepada calon-calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
PSM setuju bentuk pakatan pilihan raya dengan PH
PSM secara prinsipnya bersetuju dengan Persetujuan Pakatan Pilihan Raya dengan Pakatan Pakatan Harapan (PH) yang merupakan satu dokumen prinsip-prinsip asas persetujuan bersama.
Deklarasi Hari Habitat 2022: Perumahan bukan untuk keuntungan
Adalah hak rakyat untuk ditawarkan skim perumahan selesa mampu milik/sewa yang bukan berlandaskan keuntungan.
Jangan halalkan kemusnahan hutan – Bantahan terhadap kenyataan MB Selangor berkenaan Hutan Simpan Kekal Bukit Cerakah
Walaupun sudah memerintah untuk 14 tahun di Selangor, amat menghairankan bahawa MB Selangor tidak boleh mengubah keputusan kerajaan BN.
Komuniti berisiko tinggi diancam kelonggaran peraturan pakai pelitup muka
Keputusan melonggarkan peraturan pemakaian pelitup muka di tempat awam meninggikan risiko semua orang dijangkiti COVID-19, lebih-lebih lagi orang kurang upaya, orang dengan sistem keimunan yang terkompromi, warga emas, dan orang yang mempunyai kondisi sedia ada.
Jangan sekat penyertaan mahasiswa dalam kegiatan politik
Pemuda Sosialis bukan sahaja menuntut KPT supaya menggugurkan garis panduan yang membataskan penglibatan mahasiswa dalam kegiatan politik, malah menuntut pemansuhan AUKU sepenuhnya.