oleh Gandipan Nantha Gopalan Pemuda PSM berpendapat bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) harus lebih kreatif dalam mengendalikan hutang peminjam PTPTN. Cadangan potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyelesaikan pinjaman pelajar sepertimana dilaporkan dalam FMT baru-baru ini, adalah satu cadangan yang sangat bercanggah dengan realiti rakyat hari ini. Jomo KS, salah seorang ahli … Continue reading Gugurkan cadangan potongan KWSP untuk selesaikan pinjaman PTPTN!
Warisan tradisional “Tongkat Ali” dicuri korporat
Akhbar The Star bertarikh 31 Julai 2019 menyiarkan satu “Notis Amaran” yang dikeluarkan oleh Messrs. Bustaman, peguamcara untuk syarikat Biotropics Malaysia Berhad, menyatakan bahawa Biotropics ialah pemegang lesen tunggal untuk paten terhadap komponen bioaktif daripada ekstrak akar tumbuhan Eurycoma longifolia (yang lebih dikenali umum sebagai “Tongkat Ali”)! “Notis amaran” tersebut mengatakan bahawa mana-mana individu atau … Continue reading Warisan tradisional “Tongkat Ali” dicuri korporat
Tak perlu orang tengah untuk upah pengawal keselamatan di sekolah
oleh M. Sivaranjani Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) melihat pengambilan terus pengawal keselamatan di sekolah kerajaan adalah langkah terbaik dalam jangkamasa panjang dari segi jaminan kerja, faedah pekerjaan, penjimatan kos dan mutu perkhidmatan. Kami tidak bersetuju dengan pandangan yang dikeluarkan oleh Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM), di mana kenyataan tersebut dari pandangan kami … Continue reading Tak perlu orang tengah untuk upah pengawal keselamatan di sekolah
Mana tanah gantian untuk petani jika isu dah selesai?
Berikutan penyerahan memorandum oleh 7 orang petani dari Tanah Hitam kepada Pejabat Menteri Besar Perak pada 25 Julai 2019, Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata bahawa masalah berkenaan sudah lama diselesaikan kerajaan sebelum pengumuman pemberian tanah kepada pemain pasukan bola sepak negeri Perak (menurut laporan Sinar Harian Online – 28 Julai 2019). Dalam satu … Continue reading Mana tanah gantian untuk petani jika isu dah selesai?
Perjuangan Progresif Malaysia Baru!
oleh A. Sivarajan Selepas setahun pemerintahan kerajaan baru Pakatan Harapan (PH), ianya semakin mengkukuhkan hujah kami bahawa pemerintahan tanpa ideologi yang jelas akan terpesong dan mudah diperdayakan. PSM sebagai pembangkang progresif Ini jelas dilihat dalam pelbagai isu yang cuba ditangani oleh kepimpinan Pakatan Harapan, seperti isu penetapan gaji minimum, isu pekerja asing, perobohan dan pengusiran … Continue reading Perjuangan Progresif Malaysia Baru!
Hentikan intimidasi terhadap pengkritik minyak sawit
oleh Arveent Srirangan Kathirtchelvan Pemuda PSM amat bimbang tentang kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa mereka akan mengambil tindakan terhadap sebuah sekolah antarabangsa atas sebab menyebar “propaganda anti-minyak sawit”. Kami ingin menegur pada Kerajaan Malaysia yang melakukan intimidasi ini dan melihatnya sebagai taktik untuk mengalih perhatian warga Malaysia daripada langkah-langkah membetulkan impak negatif perladangan kelapa sawit. … Continue reading Hentikan intimidasi terhadap pengkritik minyak sawit
Pencemaran Pasir Gudang: Penyelesaian holistik diperlukan
oleh P. Mohan Pencemaran udara kali kedua yang melanda Pasir Gudang baru-baru ini membimbangkan penduduk tempatan. Walaupun tidak berlaku sebarang kematian, tetapi ianya membawa gangguan kesihatan kepada orang ramai di kawasan tersebut, khususnya kanak-kanak. Pasir Gudang ialah bandar pelabuhan yang pesat maju di negeri Johor dan mempunyai banyak industri kimia. Dengan penambahan kepadatan industri moden … Continue reading Pencemaran Pasir Gudang: Penyelesaian holistik diperlukan
Sokong turunkan umur pengundi, tapi adakah kerajaan sedia hormati suara pengundi?
oleh Nik Aziz Afiq bin Abdul Pemuda PSM menzahirkan sokongan kepada usul pindaan perlembagaan bagi menurunkan kelayakan umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun. Menurut kenyataan Azhar Azizan Harun selaku Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), usul ini akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 4 Julai ini untuk dibahaskan. Kami melihat usul ini penting sekiranya … Continue reading Sokong turunkan umur pengundi, tapi adakah kerajaan sedia hormati suara pengundi?
Bila UMNO kalahkan Komunis?
oleh S. Arutchelvan Saya berasa agak kelakar apabila Najib mengatakan dalam mesyuarat agung tahunan UMNO Gombak bahawa UMNO dulu kalahkan Komunis, takkan hari ini takut lawan Pakatan Harapan (PH). Saya harus memperbetulkan Najib dari segi fakta bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) tidak pernah dikalahkan oleh UMNO, malah satu perjanjian perdamaian bersama telah ditandatangani untuk menamatkan … Continue reading Bila UMNO kalahkan Komunis?
Pengambilalihan 4 lebuhraya untuk selamatkan keuntungan Gamuda?
Rancangan pengambilalihan 4 syarikat konsesi lebuhraya bertol oleh kerajaan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini telah menimbulkan persoalan sama ada tindakan itu lebih kepada menyelamatkan keuntungan syarikat Gamuda Berhad. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 24 Jun 2019 oleh Sharan Raj selaku Penyelaras Biro Alam Sekitar Parti Sosialis Malaysia (PSM), PSM … Continue reading Pengambilalihan 4 lebuhraya untuk selamatkan keuntungan Gamuda?
