20190801 - 67593086_2736784733021481_2989572395095818240_n.jpgoleh Gandipan Nantha Gopalan

Pemuda PSM berpendapat bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) harus lebih kreatif dalam mengendalikan hutang peminjam PTPTN. Cadangan potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyelesaikan pinjaman pelajar sepertimana dilaporkan dalam FMT baru-baru ini, adalah satu cadangan yang sangat bercanggah dengan realiti rakyat hari ini. Jomo KS, salah seorang ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), dalam tulisannya pernah mendedahkan bahawa rakyat hari ini memang mempunyai simpanan KWSP yang tidak mencukupi. Dalam keadaan sebegini, adakah ia wajar untuk sebuah kerajaan buat potongan KWSP yang akan mengurangkan lagi simpanan rakyat kelak? Tidak wajar.

Kerajaan sepatutnya meneliti punca remaja hari ini bergantung pada PTPTN untuk meneruskan pengajian ke peringkat tertiari dan mencari jalan untuk menyelesaikan kemelut ini. Antara punca remaja hari ini bergantung pada PTPTN adalah kos pengajian yang sangat tinggi di institusi swasta, kegagalan kerajaan dalam membina lebih banyak universiti awam dan kegagalan kerajaan dalam memperkembangkan universiti-universiti awam. Selagi kerajaan kita bergantung kepada faktor pasaran untuk memberi peluang pendidikan kepada rakyat, isu PTPTN ini masih akan wujud.

Kerajaan harus mencari jalan untuk menghapuskan hutang PTPTN supaya hutang PTPTN ini tidak akan membebankan rakyat dari segi perbelanjaan mereka yang juga akan membebankan negara nanti. Dalam sesi parlimen pada 4 September 2018, Dr. Maszlee Malik selaku Menteri Pendidikan menyatakan bahawa sehingga 31 Julai 2018, jumlah bayaran balik yang diterima oleh PTPTN adalah sebanyak RM13.64 bilion daripada 1.5 juta orang peminjam. Semenjak tahun 2007, pinjaman yang telah diberi kepada pelajar adalah RM54.6 billion. Kalau kita teliti data-data ini, ia menunjukkan bahawa memang kadar bayar balik sangat kurang dan situasi ini berlaku disebabkan beberapa faktor seperti gaji graduan yang kurang dan komitmen kewangan yang tinggi. Penghapusan hutang PTPTN akan menjadi satu langkah yang amat bermakna kepada remaja negara kita. Penghapusan hutang PTPTN untuk rakyat, bermakna rakyat akan mempunyai lebih wang di tangan mereka di mana mereka boleh berbelanja dalam aktiviti-aktiviti ekonomi sekitar mereka. Pendekatan ini akan memanfaatkan perusahaan kecil dan sederhana negara kita, yang juga akan mewujudkan peluang pekerjaan. Ini adalah antara kesan berantai positif yang akan dinikmati seluruh rakyat Malaysia jikalau hutang PTPTN dihapuskan.

Pihak PTPTN tidak harus berfungsi sebagai institusi kewangan korporat yang hanya fokus dalam mengutip balik hutang. Kerajaan yang mempunyai kuasa atas dasar fiskal negara harus mewujudkan pelan yang memanfaatkan rakyat terbanyak, bukan untuk kepentingan kapitalis neoliberal sahaja. Pemuda PSM berpendapat bahawa selain daripada penghapusan hutang, kerajaan juga harus menuju ke arah pendidikan percuma. Pendidikan bukan perniagaan. Penswastaan sistem pendidikan harus diberhentikan dan kerajaan perlu melabur untuk memperkembangkan institusi-institusi pengajian awam dan memiliknegarakan institusi pendidikan syarikat GLC. Pendidikan percuma merupakan satu-satunya solusi jika kerajaan memandang serius terhadap kebolehcapaian rakyat kepada pendidikan. Menurut laporan Organisasi untuk Kerja Sama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), melabur RM1 dalam pendidikan tinggi akan menyumbang RM6 balik kepada negara dalam bentuk cukai. Tanpa pelaburan daripada pihak kerajaan, maka ekonomi tidak akan berkembang dengan hanya berharap pada korporat swasta yang bermotifkan keuntungan.

==========

Gandipan Nantha Gopalan ialah Setiausaha Pemuda PSM.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s