oleh A. Sivarajan Selepas setahun pemerintahan kerajaan baru Pakatan Harapan (PH), ianya semakin mengkukuhkan hujah kami bahawa pemerintahan tanpa ideologi yang jelas akan terpesong dan mudah diperdayakan. PSM sebagai pembangkang progresif Ini jelas dilihat dalam pelbagai isu yang cuba ditangani oleh kepimpinan Pakatan Harapan, seperti isu penetapan gaji minimum, isu pekerja asing, perobohan dan pengusiran … Continue reading Perjuangan Progresif Malaysia Baru!
Hentikan intimidasi terhadap pengkritik minyak sawit
oleh Arveent Srirangan Kathirtchelvan Pemuda PSM amat bimbang tentang kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa mereka akan mengambil tindakan terhadap sebuah sekolah antarabangsa atas sebab menyebar “propaganda anti-minyak sawit”. Kami ingin menegur pada Kerajaan Malaysia yang melakukan intimidasi ini dan melihatnya sebagai taktik untuk mengalih perhatian warga Malaysia daripada langkah-langkah membetulkan impak negatif perladangan kelapa sawit. … Continue reading Hentikan intimidasi terhadap pengkritik minyak sawit
Pencemaran Pasir Gudang: Penyelesaian holistik diperlukan
oleh P. Mohan Pencemaran udara kali kedua yang melanda Pasir Gudang baru-baru ini membimbangkan penduduk tempatan. Walaupun tidak berlaku sebarang kematian, tetapi ianya membawa gangguan kesihatan kepada orang ramai di kawasan tersebut, khususnya kanak-kanak. Pasir Gudang ialah bandar pelabuhan yang pesat maju di negeri Johor dan mempunyai banyak industri kimia. Dengan penambahan kepadatan industri moden … Continue reading Pencemaran Pasir Gudang: Penyelesaian holistik diperlukan
Sokong turunkan umur pengundi, tapi adakah kerajaan sedia hormati suara pengundi?
oleh Nik Aziz Afiq bin Abdul Pemuda PSM menzahirkan sokongan kepada usul pindaan perlembagaan bagi menurunkan kelayakan umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun. Menurut kenyataan Azhar Azizan Harun selaku Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), usul ini akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 4 Julai ini untuk dibahaskan. Kami melihat usul ini penting sekiranya … Continue reading Sokong turunkan umur pengundi, tapi adakah kerajaan sedia hormati suara pengundi?
Bila UMNO kalahkan Komunis?
oleh S. Arutchelvan Saya berasa agak kelakar apabila Najib mengatakan dalam mesyuarat agung tahunan UMNO Gombak bahawa UMNO dulu kalahkan Komunis, takkan hari ini takut lawan Pakatan Harapan (PH). Saya harus memperbetulkan Najib dari segi fakta bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) tidak pernah dikalahkan oleh UMNO, malah satu perjanjian perdamaian bersama telah ditandatangani untuk menamatkan … Continue reading Bila UMNO kalahkan Komunis?
Pengambilalihan 4 lebuhraya untuk selamatkan keuntungan Gamuda?
Rancangan pengambilalihan 4 syarikat konsesi lebuhraya bertol oleh kerajaan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini telah menimbulkan persoalan sama ada tindakan itu lebih kepada menyelamatkan keuntungan syarikat Gamuda Berhad. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 24 Jun 2019 oleh Sharan Raj selaku Penyelaras Biro Alam Sekitar Parti Sosialis Malaysia (PSM), PSM … Continue reading Pengambilalihan 4 lebuhraya untuk selamatkan keuntungan Gamuda?
Tindakan kerajaan perlu selari dengan kenyataan dalam tangani isu pekerja kontrak
PUTRAJAYA - 12 JUN 2019: “Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat dengan isu melibatkan pekerja kontrak di sekolah kerajaan dan sedang berusaha gigi menanganinya bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara,” begitu katanya Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya pada hari ini. Menurut kenyataan Menteri Pendidikan hari ini, KPM telah mengadakan … Continue reading Tindakan kerajaan perlu selari dengan kenyataan dalam tangani isu pekerja kontrak
Salam Aidilfitri 2019
SALAM IDULFITRI DARI PARTI SOSIALIS MALAYSIA NEGERI PAHANG, TERENGGANU DAN KELANTAN oleh Wan Zamzahidi bin Wan Zahid dan Khairul Nizam bin Abdul Ghani Hanya beberapa jam saja lagi, umat Islam akan selesai menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan untuk tahun ini, dan insyaAllah, Hari Raya Idul Fitri akan disambut sebagai kemenangan setelah sebulan berlapar dan … Continue reading Salam Aidilfitri 2019
Rumah berharga RM250,000-300,000 bukan mampu milik, jangan perdayakan rakyat daripada realiti sebenar
oleh A. Sivarajan Seruan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin untuk mengekalkan dasar yang sedia ada dalam membina rumah mampu milik bagi para penjawat am, sekali lagi membuktikan bahawa rumah yang dikatakan mampu milik ini sebenarnya bukan mampu milik. Presiden CUEPACS Azih Muda juga menambah bahawa … Continue reading Rumah berharga RM250,000-300,000 bukan mampu milik, jangan perdayakan rakyat daripada realiti sebenar
RUU Benih untuk kepentingan korporat atau petani?
oleh Sharan Raj PSM difahamkan bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Tani dalam proses menggubal satu rang undang-undang (RUU) baru untuk mengawal dan menangani pengedaran haram benih. PSM risau bahawa RUU Benih tersebut akan mendatangkan implikasi negatif kepada petani tempatan. PSM khuatir bahawa Rang Undang-undang benih ini akan membuka ruang kepada syarikat-syarikat komersial pertanian (agri-bisnes) untuk … Continue reading RUU Benih untuk kepentingan korporat atau petani?
