Kenapa rumit sangat? Tak boleh naikkan gaji minimum ke RM1,200 untuk seluruh Malaysia pada tahun 2020?

oleh S. Arutchelvan Merujuk kepada pengumuman Kementerian Sumber Manusia baru-baru ini bahawa gaji minimum akan dinaikkan ke RM1,200 sebulan di 57 buah bandar sementara gaji minimum akan kekal pada RM1,100 sebulan untuk semua tempat lain di negara kita. Kenapa tidak terus menjadikannya gaji minimum RM1,200 untuk seluruh Malaysia pada tahun 2020? Malaysia sepatutnya sudah menjadi … Continue reading Kenapa rumit sangat? Tak boleh naikkan gaji minimum ke RM1,200 untuk seluruh Malaysia pada tahun 2020?

Pekerja migran masih dieksploitasi Dasar Buruh Murah

oleh Mohanarani Rasiah  Hari ini, 18 Disember, ialah Hari Migran Antarabangsa. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan badan-badan berkaitan cuba memberi satu gambaran yang riang tentang buruh migran memainkan peranan yang dinamik dalam pembangunan di kedua-dua negara asal dan negara destinasi mereka, dan rakyat boleh bergerak secara bebas ke mana-mana yang diingini mereka untuk memperbaiki kehidupan mereka. … Continue reading Pekerja migran masih dieksploitasi Dasar Buruh Murah

Tangani lambakan graduan perubatan

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin menasihati Kerajaan supaya jangan mengurangkan pengambilan pelajar perubatan dalam universiti awam. Menurut laporan akhbar The Star 9/11/2019, ini merupakan salah satu penyelesaian yang sedang dipertimbangkan oleh Majlis Penasihat Kesihatan untuk menangani masalah lambakan graduan perubatan. Pada tahun 2018, terdapat seramai 1482 orang graduan perubatan daripada universiti awam, 2509 … Continue reading Tangani lambakan graduan perubatan

Naib Canselor UM, UPM, UPSI dan UiTM digesa letak jawatan kerana jatuhkan reputasi IPTA tempatan

Organisasi-organisasi pelajar dan anak muda mengeluarkan kenyataan bersama pada hari ini (9 Oktober 2019) sebagai respon kepada penglibatan Naib Caselor daripada 4 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam penganjuran Kongres Maruah Melayu yang penuh dengan kontroversi pada 6 Oktober 2019. Mereka menggesa perletakan jawatan Naib Canselor di 4 buah universiti yang telah menjejaskan reputasi … Continue reading Naib Canselor UM, UPM, UPSI dan UiTM digesa letak jawatan kerana jatuhkan reputasi IPTA tempatan

Hentikan pemusnahan kawasan tangkapan nelayan Perlis

oleh M. Sharan Raj Pengumuman projek penambakan di pelabuhan Kuala Sanglang, Perlis yang akan menghapuskan kawasan tangkapan ikan sangat mengecewakan. Nampaknya, kerajaan negeri Perlis pimpinan Barisan Nasional sedang ikut jejak kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Harapan yang mementingkan projek tambakan untuk dan mengabaikan nelayan. Projek Pelabuhan Kuala Sanglang akan menambak sehingga 4 km dari … Continue reading Hentikan pemusnahan kawasan tangkapan nelayan Perlis

Caj bank untuk perkhidmatan kaunter dan mesin CDM – Bank Negara dan PH perlu hentikan kerakusan bank

oleh S. Arutchelvan Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggesa Bank Negara sebagai Bank Pusat yang bertanggungjawab dalam menentukan regulasi bank tempatan supaya campurtangan dengan segera untuk menghentikan kerakusan dan ketamakan bank-bank komersial yang hendak mengenakan bayaran tambahan terhadap perkhidmatan kaunter dan mesin deposit tunai (CDM) bagi pembayaran bil kad kredit dan pembiayaan pinjaman. Tindakan tamak bank … Continue reading Caj bank untuk perkhidmatan kaunter dan mesin CDM – Bank Negara dan PH perlu hentikan kerakusan bank

Khalid Ismath dibebaskan – Mansuhkan Akta Hasutan

oleh Nik Aziz Afiq Aktivis PSM Khalid Ismath yang telah ditahan oleh pihak polis pada 13 September 2019 di bawah Akta Hasutan 1948 telah dibebaskan di bawah jaminan polis pada hari ini, pukul 12.15pm, dari Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi Pihak polis tidak meneruskan cadangan untuk mereman saudara Khalid Ismath, sebaliknya hanya mengambil keterangannya bagi … Continue reading Khalid Ismath dibebaskan – Mansuhkan Akta Hasutan

Tak perlu tahan – Bebaskan Khalid Ismath serta-merta

oleh S. Arutchelvan Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengutuk tindakan penahanan terhadap Khalid Ismath, mantan Ketua Pemuda PSM, atas tuduhan di bawah Seksyen 4(1)B Akta Hasutan untuk siasatan yang berkaitan dengan posting twitter mengenai Raja Permaisuri Agung. Beliau telah ditahan di rumahnya di Klang oleh 3 orang anggota Polis Bahagian D5 Bukit Aman yang diketuai oleh … Continue reading Tak perlu tahan – Bebaskan Khalid Ismath serta-merta

Jangan rampas peluang terakhir rakyat berteduh!

oleh Karthiges Rajamanickam Parti Sosialis Malaysia (PSM) membantah cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menggantikan Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan Program Perumahan Malaysia (PPM) yang berniat untuk melibatkan pemodal swasta dalam menyediakan rumah kepada rakyat marhaen. Petikan daripada laporan akhbar pada 6 September 2019 menyatakan bahawa kaedah perlaksanaan PPM  adalah melalui 'request for … Continue reading Jangan rampas peluang terakhir rakyat berteduh!

Lanjutkan usia persaraan satu tindakan salah

oleh Wan Zamzahidi bin Wan Zahid Hari ini, kita membaca di media-media utama tentang kenyataan Menteri Sumber Manusia, S. Kulasegaran bahawa kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk menaikkan had sia persaraan wajib dari 60 tahun kepda 65 tahun. Ianya dikatakan ini adalah cadangan daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) atas sebab melihat kepada keadaan sekarang yang … Continue reading Lanjutkan usia persaraan satu tindakan salah