Rakyat marhaen mahukan kehidupan yang lebih baik – Catatan Forum Akar Umbi “Pandemik, Kemiskinan, Perjuangan”

Kehidupan rakyat marhaen telah bertambah susah kerana pandemik COVID-19, tetapi semangat untuk memperjuangkan tuntutan rakyat demi perubahan yang lebih baik bagi semua masih kuat dalam kalangan masyarakat akar umbi. Wakil daripada pelbagai sektor telah menyuarakan tuntutan rakyat marhaen dalam sesi forum kemuncak Himpunan Marhaen 2021.

Tolak Apartheid Vaksin

Jika kita membenarkan negeri-negeri yang lebih kaya untuk memperoleh vaksin secara sendiri, bagaimana pula dengan negeri-negeri yang lebih miskin dalam Persekutuan Malaysia? Adakah nyawa rakyat di negeri-negeri lebih miskin itu kurang bernilai berbanding dengan penduduk-penduduk di Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak?

Hari Kesihatan Sedunia 2021: Lindungi kesihatan rakyat dunia daripada ancaman virus kapitalis

Krisis pandemik COVID-19 menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa betapa pentingnya untuk sebuah sistem kesihatan awam yang sempurna dalam melindungi nyawa dan kesejahteraan rakyat. Krisis ini juga membongkarkan hakikat bahawa sistem ekonomi kapitalis yang mendominasi dunia kita hari ini telah gagal sepenuhnya dalam mewujudkan sistem kesihatan awam yang mampu menyelamatkan rakyat dunia daripada ancaman kesihatan yang berterusan.

Tahun 2020: Ikthiar baru untuk perjuangkan pembebasan rakyat, keadilan sosial dan kesejahteraan bersama

Tahun 2020 menjelang, dengan Wawasan 2020 yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4 yang juga ke-7 hanya tinggal dalam ingatan untuk generasi yang hidup dalam 3 dekad yang kebelakangan ini. Retorik dalam Wawasan 2020 yang berbunyi sedap seperti “negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama”, “masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju”, “masyarakat demokratik … Continue reading Tahun 2020: Ikthiar baru untuk perjuangkan pembebasan rakyat, keadilan sosial dan kesejahteraan bersama

6 syarikat gergasi teknologi global tidak bayar cukai lebih USD100 bilion

6 buah syarikat gergasi di “Lembah Silikon” Amerika Syarikat, iaitu Amazon, Apple, Facebook, Google, Microsoft dan Netflix, yang juga dikenali sebagai “Silicon Six” telah mengelak diri daripada membayar lebih USD 100 bilion dalam cukai global untuk dekad ini! Pendedahan ini dibuat dalam satuanalisis yang diterbitkan baru-baru ini oleh Fair Tax Mark, satu kumpulan yang beribupejabat di … Continue reading 6 syarikat gergasi teknologi global tidak bayar cukai lebih USD100 bilion

Oxfam: Jurang kekayaan dunia semakin melebar

Pemusatan kekayaan dalam tangan golongan mahakaya semakin serius dengan 26 orang hartawan terkaya di dunia memiliki aset sebanyak yang dimiliki oleh 50% rakyat termiskin di dunia (iaitu bersamaan dengan 3.8 bilion orang). Inilah fakta yang didedahkan oleh Oxfam, sebuah badan amal yang memfokus pada bantuan dan pembangunan antarabangsa, dalam laporan tahunannya tentang pengagihan kekayaan dunia … Continue reading Oxfam: Jurang kekayaan dunia semakin melebar

Indonesia: Persidangan rakyat bantah IMF-Bank Dunia dihalang polis

Persidangan Global Rakyat Menentang IMF-Bank Dunia (Peoples’ Global Conference Against the IMF-World Bank) yang dijadualkan untuk diadakan pada 11 Oktober 2018 di Auditorium Radio Republik Indonesia di Denpasar, Bali, Indonesia, telah diganggu oleh polis Indonesia. Persidangan rakyat yang dianjurkan oleh Gerakan Rakyat Menentang IMF-WB, yang terdiri daripada badan-badan bukan kerajaaan dan organisasi masyarakat Indonesia, dengan … Continue reading Indonesia: Persidangan rakyat bantah IMF-Bank Dunia dihalang polis