Pekerja bunuh diri tak mati, dibuang kerja pula oleh majikan

Seorang pengawal keselamatan di hospital cuba membunuh diri kerana tekanan yang diberikan oleh majikan selepas dia membuat aduan mengenai tindakan majikan yang menjejaskan hak pekerja. Walaupun nyawa pekerja ini dapat diselamatkan, tetapi pihak majikan yang menekannya habis-habisan sehingga memaksa dia bunuh diri itu, bukan sahaja langsung tidak mempedulikan peristiwa tragik yang hampir meragut nyawa pekerjanya, sebaliknya terus membuang kerja pekerja itu.

Gaji pengawal keselamatan sekolah di bawah Wira Corps tertangguh-tangguh sampai 2 bulan

Urusniaga syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan di premis kerajaan ini bukannya sejenis perniagaan yang hasil pendapatannya akan dipengaruhi oleh faktor turun naik pasaran dalam ekonomi. Ia akan tetap menerima bayaran daripada kerajaan tanpa mengira keadaan ekonomi di luar, selagi kerajaan menyalurkan dana kepadanya. Oleh itu, adalah tidak masuk akal untuk syarikat ini lewat dalam membayar gaji kepada pekerja-pekerjanya kecuali kelambatan pembayaran daripada pihak Kementerian Pendidikan.