“Seekor hantu sedang berkeliaran di Eropah - hantu komunisme. Semua kuasa Eropah lama telah memasuki sebuah perikatan suci untuk mengusir hantu ini: Paus dan Tsar, Metternich dan Guizot, Radikal Perancis dan perisik polis Jerman,” begitu tulisnya Manifesto Komunis yang diterbitkan di London pada 21 Februari 1848. Namun, apa yang tidak dijangkakan oleh penulisnya Karl Marx dan Friedrich Engels pada masa itu, François Guizot daripada “Metternich dan Guizot” yang hendak mengusir hantu komunisme itu dijatuhkan dua hari selepas Manifesto Komunis diterbitkan kerana revolusi yang tercetus di Perancis; sementera Klemens von Metternich, jurubina susunan ultra-konservatif Eropah pasca Napoleon, digulingkan tiga minggu kemudian apabila pemberontakan rakyat tercetus di Vienna.
Revolusi 1830 (Siri Revolusi Dunia – 08)
Gelombang revolusi yang melanda pada tahun 1830 merupakan lanjutan momentum Revolusi Perancis 1789 yang belum selesai dalam suasana dominasi kekuasaan konservatif di seluruh benua Eropah.
Pilihan Raya Jerman 2025: Konservatif menang dan sokongan undi kepada pelampau kanan digandakan
Parti konservatif menang dalam Pilihan Raya Persekutuan Jerman 2025, dan parti pelampau kanan menjadi parti kedua besar dalam Parlimen. Parti Kiri yang dijangkakan kalah teruk dapat bangkit semula.
Protes gesa AS dan Jerman hentikan sokongan kepada Israel
Protes GEGAR menggesa AS dan Jerman supaya berhenti daripada bersubahat dalam jenayah genosid yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel.
Jerman: Gelombang protes lawan pelampau kanan yang anti-migran
Gelombang protes besar-besaran tercetus di negara Jerman sejak pertengahan bulan Januari 2024 untuk menentang pengkomplotan golongan pelampau kanan yang hendak mengusir keluar semua warga migran.
Pilihanraya Persekutuan Jerman: Pakatan Lampu Isyarat Trafik bakal gantikan zaman Merkel?
Parti Demokratik Sosial Jerman (SPD) muncul sebagai parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam Pilihanraya Persekutuan Jerman yang menandakan permulaan zaman pasca Merkel. SPD hendak membentuk kerajaan campuran “Pakatan Lampu Isyarat Trafik” dengan FDP dan Grüne.
Jerman: Kepimpinan baharu dalam Parti Kiri untuk hadapi cabaran pilihanraya
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah parti Die Linke memilih dua orang pengerusi wanita, dan juga merupakan satu-satunya parti di Jerman yang dipimpin bersama oleh dua orang wanita.
Jerman: Parti Kiri tuntut pembekuan sewa rumah
Parti Kiri Jerman, Die Linke, menuntut pembekuan sewa rumah (iaitu tidak menaikkan sewa) di seluruh negara Jerman sepanjang krisis pandemik COVID-19. Die Linke juga menyeru untuk menghentikan segala pengusiran sepanjang tempoh ini. Aktivis-aktivis daripada Die Linke mengadakan protes di luar ibupejabat Kesatuan Demokratik Kritian (CDU) di Berlin pada 15 Mei 2020, untuk menyatakan bantahan mereka terhadap pendekatan … Continue reading Jerman: Parti Kiri tuntut pembekuan sewa rumah
Jerman: Ketua Menteri Thüringen baru umum letak jawatan selepas sehari berkuasa
Hanya selepas 25 jam dipilih sebagai Presiden Menteri untuk negeri Thüringen di Jerman, Thomas Kemmerich daripada Parti Demokratik Bebas (FDP) mengumumkan bahawa dia akan meletak jawatannya, selepas mendapat tentangan hebat daripada masyarakat Jerman. Kemmerich membuat pengumuman itu selepas satu mesyuarat krisis dengan pemimpin parti FDP Christian Lindner pada 6 Februari 2020. Tindakan FDP yang hanya memperoleh 5% undi dan menguasai 5 … Continue reading Jerman: Ketua Menteri Thüringen baru umum letak jawatan selepas sehari berkuasa
Jerman: Liberal rampas kuasa di Thüringen dengan bantuan pelampau kanan
Walaupun Parti Demokratik Bebas (FDP) hanya menguasai 5 daripada 90 kerusi dalam Parlimen Negeri (Landtag) Thüringen, tetapi FDP telah merampas kuasa pemerintahan untuk Thüringen daripada parti berhaluan kiri yang menguasai kerusi terbanyak, hasil daripada bantuan parti pelampau kanan, Alternatif untuk Jerman (AfD)! Untuk kali pertama dalam sejarah Jerman sejak tamatnya Perang Dunia II, pantang larang … Continue reading Jerman: Liberal rampas kuasa di Thüringen dengan bantuan pelampau kanan