Haruskah Belanjawan 2021 ditolak?

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Terdapat banyak keluhan daripada masyarakat kaum India tentang ketidakadilan yang kononnya wujud dalam Belanjawan Persekutuan 2021. Banyak komen dipapar dalam media sosial yang merungut tentang peruntukan sebanyak RM11.1 bilion untuk pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Bumiputera sedangkan hanya RM100 juta sahaja diberi kepada masyarakat India untuk tujuan yang sama. Ramai mengatakan Belanjawan ini … Continue reading Haruskah Belanjawan 2021 ditolak?

Jawi – Siapa nak berundur?

oleh S. Arutchelvan Kelmarin saya menghadiri satu forum bertajuk “Forum Jawi – Saling Memahami” anjuran Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. Forum ini amat baik kerana ia turut dihadiri oleh Dong Zong, Tamil Foundation, IKRAM, ABIM dan Dewan Perhimpunan Cina. Yang menjadikan Forum ini sempurna adalah ia dihadiri juga oleh Dr Habibah Abdul Rahim daripada Kementerian Pendidikan. Saya … Continue reading Jawi – Siapa nak berundur?

Membina jambatan merentasi jurang etnik – mesej Hari Krismas dan Tahun Baru 2020

  oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua yang menyambutnya, dan Selamat Tahun Baru untuk semua rakyat Malaysia. Dalam suasanan perayaan ini, kita semua harus merenung seketika dan mengambil maklum bahawa jika kita benar-benar ingin membina masa depan bahagian untuk negara kita dan anak cucu kita, kita … Continue reading Membina jambatan merentasi jurang etnik – mesej Hari Krismas dan Tahun Baru 2020

Kita semua adalah rasis?

oleh S. Arutchelvan Kenyataan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik mengenai kuota Matrikulasi mendapat kecaman hebat daripada pelbagai pihak terutamanya golongan Bukan Melayu dan mendapat sokongan pula daripada golongan Melayu secara amnya. Siapakah sebenarnya rasis? Saya beranggapan bahawa majoriti rakyat kita adalah rasis dan ia tertanam dalam sanubari kita setiap orang. Namun, isu Matrikulasi ini dipandang … Continue reading Kita semua adalah rasis?