Pemuda Sosialis dan PSM mengadakan protes di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur untuk menyatakan bantahan terhadap keganasan yang semakin meningkat di Manipur.
India: Kerakusan kaum kapitalis dan kerajaan boneka BJP sedang membakar Manipur
PSM membantah rusuhan kaum di Manipur, India, yang tercetus kerana kerakusan kapitalis dan manipulasi perkauman elit politik.
Jangan biarkan rasisme toksik bangkit lagi!
Rasisme yang mencetuskan emosi tidak menyelesaikan masalah majoriti masyarakat kelas pekerja berbilang kaum dan agama yang dibelenggui masalah gaji yang rendah, kerja tanpa jaminan, harga barangan tinggi, rumah yang tidak mampu dibeli, kos kesihatan serta pendidikan yang melambung naik, beban hutang, dan sebagainya.
Haruskah Belanjawan 2021 ditolak?
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Terdapat banyak keluhan daripada masyarakat kaum India tentang ketidakadilan yang kononnya wujud dalam Belanjawan Persekutuan 2021. Banyak komen dipapar dalam media sosial yang merungut tentang peruntukan sebanyak RM11.1 bilion untuk pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Bumiputera sedangkan hanya RM100 juta sahaja diberi kepada masyarakat India untuk tujuan yang sama. Ramai mengatakan Belanjawan ini … Continue reading Haruskah Belanjawan 2021 ditolak?
Jawi – Siapa nak berundur?
oleh S. Arutchelvan Kelmarin saya menghadiri satu forum bertajuk “Forum Jawi – Saling Memahami” anjuran Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. Forum ini amat baik kerana ia turut dihadiri oleh Dong Zong, Tamil Foundation, IKRAM, ABIM dan Dewan Perhimpunan Cina. Yang menjadikan Forum ini sempurna adalah ia dihadiri juga oleh Dr Habibah Abdul Rahim daripada Kementerian Pendidikan. Saya … Continue reading Jawi – Siapa nak berundur?
Membina jambatan merentasi jurang etnik – mesej Hari Krismas dan Tahun Baru 2020
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua yang menyambutnya, dan Selamat Tahun Baru untuk semua rakyat Malaysia. Dalam suasanan perayaan ini, kita semua harus merenung seketika dan mengambil maklum bahawa jika kita benar-benar ingin membina masa depan bahagian untuk negara kita dan anak cucu kita, kita … Continue reading Membina jambatan merentasi jurang etnik – mesej Hari Krismas dan Tahun Baru 2020
Kita semua adalah rasis?
oleh S. Arutchelvan Kenyataan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik mengenai kuota Matrikulasi mendapat kecaman hebat daripada pelbagai pihak terutamanya golongan Bukan Melayu dan mendapat sokongan pula daripada golongan Melayu secara amnya. Siapakah sebenarnya rasis? Saya beranggapan bahawa majoriti rakyat kita adalah rasis dan ia tertanam dalam sanubari kita setiap orang. Namun, isu Matrikulasi ini dipandang … Continue reading Kita semua adalah rasis?
13 Mei dan politik perkauman
13 Mei 1969 ialah titik hitam dalam sejarah negara kita. Pada 50 tahun dahulu, selepas Parti Perikatan yang diterajui oleh UMNO gagal memperoleh majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat berikutan Pilihanraya Umum ke-3 pada 10 Mei 1969, tercetusnya satu rusuhan kaum yang meragut nyawa ramai orang pada 13 Mei 1969 dan Darurat diisytihar. Peristiwa tersebut telah … Continue reading 13 Mei dan politik perkauman