Sistem kontrak di premis kerajaan – formula untuk kekalkan kemiskinan pekerja bawahan

SEMENYIH, SELANGOR – 26 FEBRUARI 2019: Sistem kontrak ataupun penyumberan luar (outsourcing) untuk kerja-kerja khidmat sokongan seperti kawalan keselamatan dan pembersihan di premis-premis kerajaan, telah membiak dan mengekalkan kemiskinan di kalangan pekerja-pekerja berpendapatan rendah. Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) mendesak kerajaan supaya menghapuskan sistem kontrak untuk kerja-kerja khidmat sokongan di … Continue reading Sistem kontrak di premis kerajaan – formula untuk kekalkan kemiskinan pekerja bawahan

Lagi pekerja kontrak dimangsakan! – Sistem penyumberan luar di sektor awam terus aniayai pekerja

oleh Sivaranjani Manickam Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat risau dengan penganiayaan yang berterusan terhadap pekerja kontrak. Menurut laporan suratkhabar The Star pada 14 Oktober 2018, pekerja-pekerja pengawal keselamatan sekolah kerajaan di sekitar Machang dan Kota Bharu, Kelantan, mengadakan protes di depan Pejabat Pendidikan Daerah kerana kontraktor ataupun majikan yang mengupah mereka tidak membayar gaji sejak … Continue reading Lagi pekerja kontrak dimangsakan! – Sistem penyumberan luar di sektor awam terus aniayai pekerja

Majikan guna taktik kotor halang pengiktirafan kesatuan pekerja hospital

Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Sokongan di hospital kerajaan hadapi ancaman pemecahan kesatuan Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia, sedang menghadapi ancaman daripada pihak majikan yang cuba menghalang usaha mendapatkan pengiktirafan kesatuan sekerja. Pihak majikan utama dan majikan langsung untuk pekerja-pekerja yang menganggotai kesatuan tersebut menggunakan pelbagai taktik kotor dalam cubaan memecahkan kesatuan … Continue reading Majikan guna taktik kotor halang pengiktirafan kesatuan pekerja hospital

Kisah seorang pekerja pembersihan di sekolah kerajaan

Saroja bekerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah sekolah kebangsaan. Dia diupah oleh sebuah syarikat yang mendapat kontrak perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan sekolah daripada Kementerian Pendidikan. Saroja telah bekerja di sekolah ini selama 5 tahun. Sebelum ini, dia bekerja untuk selama 10 tahun di bawah syarikat kontraktor perkhidmatan kebersihan yang berlainan, sehingga kontrak perkhidmatan kebersihan … Continue reading Kisah seorang pekerja pembersihan di sekolah kerajaan

Kisah seorang pengawal keselamatan di sekolah kerajaan

Shazni ialah seorang pekerja kawalan keselamatan yang bekerja di sebuah sekolah kebangsaan untuk selama 10 tahun. Gaji sebulannya lebih kurang RM 1,800. Dia bekerja 12 jam sehari, dan 7 hari seminggu. Jika Shazni mahu berehat untuk satu hari, dia perlu mencari seorang pengganti dengan membayarnya RM 50 sehari. Shazni tidak diupah terus oleh kerajaan walaupun … Continue reading Kisah seorang pengawal keselamatan di sekolah kerajaan

Pekerja suka kerja OT?

Tahukah anda berapa jam kerja lebih masa (OT) dibenarkan dalam sehari? Mengikut Seksyen 60A(3)(b) Akta Kerja 1955, “kerja lebih masa” (OT) ditakrif sebagai jumlah jam berlebihan selepas waktu kerja biasa dalam sehari. Mengikut Peraturan-peraturan Kerja (Had Kerja Lebih Masa) 1980, seseorang pekerja dibenarkan membuat kerja lebih masa sehingga 104 jam dalam mana-mana satu bulan. Maksudnya … Continue reading Pekerja suka kerja OT?

Cabaran untuk pekerja Malaysia

Pada takat ini, negara kita mempunyai tenaga kerja seramai 14.4 juta orang, dengan kadar pengangguran lebih kurang 3.5%. Di samping itu, adanya jutaan pekerja migran yang datang dari negara-negara Asia Selatan dan Asia Tenggara yang lain, yang diupah untuk bekerja dalam sektor-sektor seperti pembuatan, perladangan, pembinaan, pertanian, perkhidmatan dan kerja-kerja domestik. Golongan pekerja, iaitu mereka … Continue reading Cabaran untuk pekerja Malaysia

Menuju dasar nasional menyeluruh tentang migrasi buruh untuk Malaysia

Pada 20 Julai 2017, Gabungan Menuntut Hak untuk Pembelaan (Right to Redress) telah melancarkan satu laporan bertajuk “Menuju Dasar Nasional yang Menyeluruh tentang Migrasi Buruh untuk Malaysia”. Laporan ini mengandungi syor-syor dasar berkaitan 7 aspek dalam migrasi buruh. Semua syor ini diperolehi melalui siri rundingan siri meja bulat yang berlangsung sebanyak 4 kali bersama semua … Continue reading Menuju dasar nasional menyeluruh tentang migrasi buruh untuk Malaysia