mayday-logo-2019-final(1).jpgDeklarasi Hari Pekerja 1 Mei 2019

Tema Sambutan Hari Pekerja tahun ini yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Mei Satu adalah “TINGGIKAN GAJI, HENTIKAN DISKRIMINASI”. Tema ini dipilih sejajar dengan keadaan terkini, iaitu rakyat Malaysia tidak menerima gaji yang setimpal dengan kerja yang dilakukan oleh mereka.

Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan satu laporan yang menyatakan bahawa pekerja Malaysia tidak mendapat gaji yang setimpal dengan kerja yang dilakukan oleh mereka. Malah, banyak industri di negara ini memberikan gaji yang lebih rendah daripada pendapatan negara, iaitu hanya 35.2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding gaji negara/ekonomi penanda aras yang sebanyak 52.7%.

Sudah tiba masanya untuk Kerajaan Malaysia mewujudkan gaji kehidupan wajar (living wage) bagi pekerja Malaysia supaya mereka dapat menikmati taraf hidup minimum yang boleh diterima dan bebas daripada kekangan kewangan dan kesusahan. Pada masa yang sama, gaji minimum yang sedia ada haruslah ditingkatkan daripada RM 1,100 sebulan kepada RM 1,800 sebulan seperti yang disarankan oleh badan-badan masyarakat sivil, parti-parti politik dan kesatuan-kesatuan pekerja. Pakatan Harapan juga harus melaksanakan janji-janji pilihanraya dengan menaikkan gaji pekerja dengan serta-merta dan hentikan sebarang diskriminasi terhadap pekerja dari segi gaji, kewarganegaraan, gender, orientasi seksual dan kaum.

Akhir kata, 1 Mei adalah hari yang cukup istimewa, di mana hari ini disambut oleh pekerja di seluruh dunia dengan perhimpunan dan perarakan. Marilah kita tidak mensia-siakan hari yang bersejarah ini. Teruskan Membina Kuasa Pekerja kerana hanya pekerja yang mampu dan boleh membawa perubahan untuk semua.

Tuntutan Hari Pekerja 2019:

  1. WUJUDKAN/LAKSANAKAN GAJI KEHIDUPAN WAJAR untuk semua kelas pekerja.
  1. MENINGKATKAN GAJI MINIMUM KE RM1800 DENGAN SERTA-MERTA DAN MELAKSANAKAN COLA (Cost of Living Allowance – Elaun Kos Hidup) untuk menghadapi kenaikan kos hidup seperti yang disarankan oleh Bank Negara, di mana gaji minimum untuk hidup di Kuala Lumpur (KL) pada tahun 2016 dianggarkan sebanyak RM2,700 bagi orang dewasa, RM4,500 untuk pasangan tanpa kanak-kanak dan RM6,500 bagi pasangan dengan dua orang anak.
  1. HAK KESATUAN SEKERJA – Hormati semangat keharmonian industri dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di negara ini.
  1. HAK PEKERJA WANITA – Hentikan segala bentuk diskriminasi dan gangguan terhadap wanita di tempat kerja. Kuatkuasakan Konvensyen mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) dan gubal Akta Gangguan Seksual yang komprehensif.
  1. WUJUDKAN JAMINAN KERJA– Hapuskan sistem kerja kontrak bagi kerja tetap yang memiskinkan pekerja di sektor kerajaan dan swasta.
  1. HAK PEKERJA MIGRAN – Pekerja migran harus diberikan hak yang saksama dan perlindungan yang mencukupi. Hentikan eksploitasi – keadaan kerja yang tidak selamat, waktu kerja yang panjang, tiada latihan kemahiran, hak kesihatan tidak terjamin serta tiada perwakilan kesatuan sekerja.
  1. HENTIKAN PENSWASTAAN PERKHIDMATAN ASAS – Air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan tidak harus diswastakan demi keuntungan. Ianya satu perkhidmatan asas yang harus disediakan oleh Kerajaan untuk rakyatnya.
  1. HAK INDIVIDU YANG HIDUP DENGAN HIV – Pastikan tiada klausa atau budaya yang mempromosikan diskriminasi terhadap seseorang berdasarkan status HIV di tempat kerja atau insititusi pendidikan. Individu-individu HIV positif perlu diberikan akses kepada perubatan pada kos yang berpatutan dan diberikan manfaat perubatan dan insurans pada kadar yang sama.
  1. KEBEBASAN MEDIA – Media utama dan alternatif harus diberi kebebasan untuk menyampaikan maklumat sebenar kepada rakyat. Maka, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan ini harus dimansuhkan. Pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia yang menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara harus dibatalkan.
  1. KAWAL HARGA BARANG – Kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan, termasuk harga minyak dan berikan semula subsidi kepada rakyat.
  1. HAK MAHASISWA – Naikkan gaji graduan dan hapuskan diskriminasi antara graduan. Berikan pendididkan percuma kepada semua pelajar, kanak-kanak migran dan pelarian; dan akhir sekali, Mansuhkan AUKU, Akta 174, dan semua akta yang mengongkong kebebasan akademik mahasiswa serta kembalikan autonomi mahasiswa.
  1. HAK ORANG ASAL/ASLI – Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asal/Asli di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Rancangan pembangunan tanah Orang Asal hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asal/Asli.
  1. ALAM SEKITAR – Hentikan projek yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia seperti Perlombongan Bauksit, Lynas, Insinerator, loji nuklear dan lain-lain. Gunakan tenaga alternatif yang bersih dan murah.
  1. PERUMAHAN SELESA – Hentikan pengusiran paksa terhadap masyarakat marhaen, termasuk peneroka bandar, orang asal dan pekerja ladang. Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus dilaksanakan.
  1. HAK BERTANI DAN JAMINAN MAKANAN – Iktiraf dan berikan geran tanah kepada golongan petani yang telah lama bertani dan membekalkan hasil pertanian untuk kegunaan tempatan.
  1. MANSUHKAN AKTA ZALIM SEPERTI POCA, POTA, SOSMA DAN AKTA HASUTAN, serta segala undang-undang yang menindas rakyat.
  1. HAK BEKERJA ORANG KURANG UPAYA (OKU) HARUS DIJAMIN. Skim pekerjaan yang memberi peluang pekerjaan untuk OKU harus dilaksanakan.
  1. LAKSANAKAN JAMINAN PERLINDUNGAN SEKURITI SOSIAL untuk semua, termasuk Skim Pencen dan kemudahan untuk golongan warga emas.
  1. HENTIKAN DISKRIMINASI BERASASKAN GENDER DAN ORIENTASI SEKSUAL. Mansuhkan undang-undang, polisi dan tindakan yang mengakibatkan diskriminasi sedemikian. Gubal Akta Kesamarataan Gender (Gender Equality Act).
  1. HAK KANAK-KANAK. Melindungi dan menunaikan hak kanak-kanak mengikut Konvensyen Hak Kanak-Kanak.
  1. HAK PELARIAN DAN PEMOHON SUAKA. Ratifikasi Konvensyen Pelarian 1951 dan iktiraf hak pelarian dan pemohon suaka.
  1. HAK SAMARATA UNTUK SEMUA, tanpa mengira agama , kaum , jantina, gender, kewarganegaraan, status HIV dan seksualiti.

 

Deklarasi Hari Pekerja 1 Mei 2019 ini disokong oleh organisasi-organisasi berikut:

  1. Academy of Tamil Studies, Malaysia
  2. Agora Society Malaysia
  3. ALIRAN
  4. All Women’s Action Society (AWAM)
  5. Association of Women Lawyers
  6. Beyond Borders
  7. Borneo Komrad
  8. Centre for Independent Journalism (CIJ)
  9. Centre of Education. Research and Development (CEDAR) Malaysia
  10. Child Development Initiative Malaysia
  11. Community Development Centre (CDC)
  12. Council of Temples Malaysia
  13. Diversity
  14. FREEDOM
  15. Gabungan Pemandu Lori Perak
  16. Gabungan Pembebasan Akademik (GPA)
  17. Gabungan Selamatkan Petani and Peternak , Perak
  18. Gerak Malaysia
  19. Gerakan Pembebasan Wanita
  20. Group of Concerned Citizens Malaysia
  21. Imagined Malaysia
  22. Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan
  23. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
  24. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Bangi
  25. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Braemar
  26. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Brookhlands
  27. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Bukit Jalil
  28. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Dunedin
  29. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Klebang
  30. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Ladang Kamiri
  31. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Ladang Sungai Belata
  32. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Ladang Victoria
  33. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Semenyih
  34. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Stratshila
  35. Jawatankuasa Bertindak Kg. Chubadak Tambahan, Sentul
  36. Jawatankuasa Bertindak Ladang Changkat Salak
  37. Jawatankuasa Bertindak Ladang Gedung
  38. Jawatankuasa Bertindak Ladang Jin Seng
  39. Jawatankuasa Bertindak Ladang Kalumpang
  40. Jawatankuasa Bertindak Ladang Padang Meha
  41. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Bukit Kuda
  42. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Chepor
  43. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Gatco
  44. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Hospital Quarters
  45. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kg baru pokok sena
  46. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kg Jawa
  47. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kg Kastam
  48. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kg kesinai
  49. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kg Soon Lee
  50. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kg Tok Suboh
  51. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kg wakaf jln mengkuang
  52. Jawatankuasa Bertindak Penduduk PJS
  53. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Rumah Transit Ampang Jajar
  54. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Sg Kerian
  55. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Tali Ayer
  56. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Taman Permata, Dengkil
  57. Jawatankuasa Betindak Ladang Bagan Serai
  58. Jawatankuasa Hospital Cleaners Gemenceh
  59. Jawatankuasa HOSPITAL CLEANERS, KL
  60. Jawatankuasa Hospital Cleaners, Perak
  61. Jawatankuasa Penduduk Kampung Bukit Kuda
  62. Jawatankuasa Hospital Cleaners Gemenceh
  63. Jawatankuasa HOSPITAL CLEANERS, KL
  64. Jawatankuasa Hospital Cleaners, Perak
  65. Jawatankuasa Penduduk Kampung Bukit Kuda
  66. Jawatankuasa Penduduk Kampung Hakka, Mantin
  67. Jawatankuasa Penduduk Padang Tembak
  68. Jawatankuasa Penduduk PPR Ampang Jajar
  69. Jawatankuasa Penyelesaian Perumahan Tetap Penduduk Jinjang Selatan Tambahan
  70. Jawatankuasa Perumahan Pekerja Berjayacity
  71. Justice for Sisters
  72. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS)
  73. Malaysia Muda
  74. Malaysian Association of Indian University Graduates
  75. Malaysian Dravidian Association
  76. Malaysian Hindu Youth Council
  77. Malaysian Indian Historical Association
  78. MJIIT VOICES (UTMKL)
  79. Nadi Mahasiswa
  80. Nationwide Human Development and Research Centre Malaysia
  81. North South Initiative
  82. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  83. Pelangi Campaign
  84. Pemuda Sosialis
  85. People Like Us Support Ourselves (PLUsos)
  86. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
  87. Persatuan Sahabat Sembaruthi
  88. Plantation Resource centre (PRC)
  89. Projek Dialog
  90. Pusat KOMAS
  91. Sabah Action Resource Group (SAWO)
  92. Sahabat Rakyat
  93. Sahabat Wanita
  94. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  95. Seksualiti Merdeka
  96. Selangor Action Team
  97. Sosialis Alternatif
  98. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  99. Tenaganita
  100. University of Malaya Association of New Youth
  101. Women’s Aid Organisation (WAO)
  102. Youth Section of Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (Youth-KLSCAH)

4 thoughts on “Deklarasi Hari Pekerja 1 Mei 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *