2019 - a.jpg

SEMENYIH, SELANGOR – 26 FEBRUARI 2019: Sistem kontrak ataupun penyumberan luar (outsourcing) untuk kerja-kerja khidmat sokongan seperti kawalan keselamatan dan pembersihan di premis-premis kerajaan, telah membiak dan mengekalkan kemiskinan di kalangan pekerja-pekerja berpendapatan rendah. Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) mendesak kerajaan supaya menghapuskan sistem kontrak untuk kerja-kerja khidmat sokongan di premis kerajaan, dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan pada hari ini bersempena dengan kempen Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan DUN Semenyih.

Sidang akhbar ini dihadiri oleh Mohanarani Rasiah (Ahli Jawatankuasa Pusat PSM merangkap Penyelaras Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan), Kohilavani (Ahli Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan), Mohd Zin (wakil pekerja kawalan keselamatan) dan Nik Aziz Afiq (calon PSM untuk PRK Semenyih).

Mohd Zin berkata bahawa pengurangan pekerja pembersihan dan perubahan shif untuk pekerja kawalan keselamatan (dari 2 shif ke 3 shif) di sekolah-sekolah kerajaan pada awal tahun ini memang memberi impak yang besar kepada pekerja-pekerja kontrak yang diupah untuk berkhidmat di premis Kementerian Pendidikan. Sejak bulan Januari lalu, waktu kerja untuk pengawal keselamatan di sekolah telah dikurangkan dari 2 shif kepada 3 shif. Sebelum ini. pengawal keselamatan sekolah melakukan kerja secara 2 shif, shif waktu pagi dan shif malam. Setiap shif adanya dua orang pengawal keselamatan bertugas. Namun, mulai tahun ini, kontraktor baru memperkenalkan amalan 3 shif, iaitu waktu pagi 2 pengawal keselamatan, petang seorang dan malam seorang lagi. Apabila masa kerja telah dipendekkan daripada 12 jam kepada 8 jam, bermakna pengawal keselamatan yang berkenaan tidak lagi menerima bayaran kerja lebih masa (OT) yang lebih tinggi, menjadi jumlah gaji yang diterima pengawal keselamatan telah menurun dengan hebat. Keadaan ini membebankan lagi pekerja kerana pendapatan bulanan mereka telah merosot walaupun waktu kerja dikurangkan.

Ramai pekerja pekerja pembersihan sekolah di seluruh negara jugang dibuang kerja secara tiba-tiba pada tahun ini apabila kontraktor baru yang mengambilalih perkhidmatan pembersihan di sekolah mengurangkan jumlah pekerja dengan alasan Kementerian Pendidikan telah mengurangkan peruntukan kepada mereka. PSM telah menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Pendidikan berkenaan isu ini pada 31 Januari 2019, tetapi masih belum mendapat respon daripada pihak Kementerian.

Kohilavani mengatakan bahawa isu utama yang dihadapi oleh pekerja kontrak adalah gaji yang amat rendah dan ketiadaan jaminan kerja. Seorang pekerja yang bekerja untuk 10 tahun di premis kerajaan yang sama, tetapi gajinya seperti pekerja baru yang dibayar dengan gaji permulaan. Sekiranya dibuang kerja, pampasan pemberhentian kerja tidak mengambilkira tempoh khidmat 10 tahun. Selepas tempoh kontrak 2 tahun habis, pekerja menghadapi risiko tidak diambil kerja semula oleh kontraktor baru. Ini menyebabkan status kewangan keluarga pekerja kontrak ini tidak terjamin, susah untuk memilii rumah dan tiadanya jaminan hidup.

2019- v

Menurut Mohanarani, pekerja-pekerja yang diupah di bawah sistem kontrak untuk kerja khidmat sokongan seperti kawalan keselamatan dan pembersihan di premis-premis kerajaan menghadapi masalah umum seperti:

  • “gaji mati” (gaji sentiasa di paras gaji minimum dan tiada kenaikan gaji);
  • Tiada pinjaman rumah, tiada rawatan percuma di hospital, tiada pencen;
  • Banyak kontraktor tidak mematuhi undang-udang kerja (lewat membayar gaji, tidak membayar mengikut tetapan gaji minimum, tidak mencarun KWSP/PERKESO, membuang pekerja sesuka hati dan sebagainya).
  • langgar undang2 kerja ( bayar gaji lewat; tak bayar gaji minima; tak carum EPF/socso; buang pekerja sesuka hati; tak hadir pejabat buruh).

“Kerajaan mencuci tangan dan tidak memainkan peranan apabila pekerja-pekerja kontrak ini dimangsakan oleh kontraktor. Ramai pekerja tidak melaporkan masalah yang dialami mereka kepada jabatan tenaga kerja kerana takut hilang kerja. Kerajaan memilih kontraktor untuk mengupah pekerja-pekerja supaya berkhidmat di premis kerajaan, tetapi tidak membuat pemantauan dan tidak mencampurtangan,” begitu katanya Mohanarani.

Mohanarani menegaskan bahawa “kerja-kerja khidmat sokongan di premis kerajaan seperti kawalan keselamatan dan pembersihan bukannya kerja sementara ataupun kerja bermusim, tetapi adalah kerja bersifat tetap. Oleh itu, jaminan kerja untuk pekerja-pekerja ini perlu dilindungi dengan menjadikan mereka pekerja tetap yang diupah secara terus oleh kerajaan, seperti sebelum kerajaan melakukan penyumberan luar untuk kerja-kerja khidmat sokongan ini.”

“Kerajaan perlu menunjukkan teladan yang baik dalam memberi perlindungan dan jaminan kerja kepada pekerja. Jika tidak, bagaimana kerajaan dapat memastikan syarikat-syarikat swasta juga melindungi pekerja mereka?” ulas Mohanarani.

“Sistem kontrak yang dimulakan semasa zaman pentadbiran Barisan Nasional ini, telah menjadi formula untuk membiak dan mengekalkan kemiskinan di kalangan B20 (golongan berpendapatan terbawah 20%). Sistem yang begitu menindas pekerja ini tidak harus diteruskan oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang menwar-warkan pembaharuan.”

Calon PSM untuk PRK Semenyih Nik Aziz Afiq mengatakan bahawa kita perlu menggabungkan tenaga rakyat untuk bersama-sama mendesak kerajaan supaya mengubah sistem yang sedia ada untuk memastikannya lebih mesra pekerja.

PSM bertekad untuk berkempen supaya menghapuskan sistem kontrak di premis kerajaan, dengan penggajian pekerja-pekerja khidmat sokongan di premis kerajaan diambilalih semula oleh kerajaan daripada orang tengah (kontraktor) dan menjadikan mereka sebagai kakitangan awam ataupun pekerja tetap yang diupah secara terus oleh kerajaan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s