Rakyat marhaen mahukan kehidupan yang lebih baik – Catatan Forum Akar Umbi “Pandemik, Kemiskinan, Perjuangan”

Kehidupan rakyat marhaen telah bertambah susah kerana pandemik COVID-19, tetapi semangat untuk memperjuangkan tuntutan rakyat demi perubahan yang lebih baik bagi semua masih kuat dalam kalangan masyarakat akar umbi. Wakil daripada pelbagai sektor telah menyuarakan tuntutan rakyat marhaen dalam sesi forum kemuncak Himpunan Marhaen 2021.

Kemiskinan hanya dapat diatasi apabila rakyat terbanyak faham punca sebenarnya dan bersatu untuk perjuangkan perubahan – Catatan Forum Pakar “Pandemik, Kemiskinan, Perjuangan”

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Malaysia yang sebenar hari ini telah berjaya meningkat sebanyak 10 kali ganda berbanding 50 tahun dahulu, tetapi ramai dalam kalangan rakyat masih hidup dalam kesusahan, malah terus dibelenggu kemiskinan. Kenapa kita masih tidak dapat mengatasi masalah kemiskinan sedangkan negara kita sudah semakin kaya? Inilah salah satu persoalan yang dikupas dalam forum pakar mengenai kemiskinan anjuran Gabungan Marhaen.

Siri aktiviti ketengah suara MARHAEN

Gabungan Marhaen (MARHAEN) akan mengadakan satu siri aktiviti atas talian 6 hari berturut-turut, dari 12 hingga 17 Oktober 2021, untuk mengetengahkan keluhan masyarakat akar umbi dan tuntutan rakyat untuk pembaharuan sosial yang boleh menjamin kesejahteraan bersama. (Daftar untuk menyertai Himpunan Marhaen 2021 di sini.) Pengumuman siri aktiviti yang dikenali sebagai “Himpunan Marhaen 2021” ini dibuat … Continue reading Siri aktiviti ketengah suara MARHAEN